♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, July 7, 2014

Pengalaman Umrah Part 1 | Madinah Al Munawarah

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah... hari ni hari yang ke-9 umat Islam berpuasa. Niesreena masih berpuasa penuh dan Naufal masih... ehemmm... bersahur pukul 8 pagi dan berbuka pukul 10.30 pagi.

(^-^")

Hari ni aku nak ceritakan pengalaman aku dan suami buat Umrah 15 - 25 June yang lepas. Sementara masih segar diingatan ni kan, baik aku post dulu.

Catatan pengalaman indah ini agak panjang, so aku pecahkan by part, mana yang sempat dipost dulu... aku sempat ambik note sikit-sikit sepanjang kat sana. Kot ada yang tersalah silap fakta tu, silalah tegur yer...

Actually, kitorang ke sana dengan projek fakulti enche Neezam iaitu program 'Pembangunan Kompetensi Mutawwif 2014' anjuran USIM. First time program ni dapat membawa para mutawwif ke tanah suci. Alhamdulillah... Ibarat impian menjadi kenyataan, kata enche Neezam.

Membawa 42 orang mutawwif beserta mahram bagi mutawwif perempuan dan kitorang lah. Mak ayah enche Neezam pun join sekali. Kitorang pergi dengan agen HM Global. Sehari sebelum bertolak, pihak agensi mengadakan taklimat mengenai aktiviti umrah kitorang kat sana.

Kitorang bertolak ke KLIA pada malam pukul 9.30 malam 14 June dengan menaiki bas USIM dari KK1. Sedih meninggalkan Niesreena dan Naufal. Naufal menangis-nangis, teresak-esak nak ikut. Niesreena pun sedih. Nasib baik ada ahli keluarga yang tolong comfortkan diorang... dan aku... Huhu...

Alhamdullillah... segala urusan check-in berjalan lancar. Kitorang fly dengan Emirates. Transit di Abu Dhabi selama 6 jam.

Kitorang selamat tiba di Jeddah lebih kurang pukul 11 malam 15 June. Perjalanan dari airport Jeddah ke Madinah mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Dalam bas kitorang diberikan satu set AlBaik. Sedap! Or mungkin jugak sebab lapar. Hehehe...

Tiba di Madinah lebih kurang pukul 1.30 pagi 16 June. Hotel kitorang hanya satu blok ke Masjid Nabawi. Tapi tak nampak masjid dari hotel sebab terlindung dengan hotel lain. Masuk bilik terus tidur... kepenatan... 24 hours journey...

Lebih kurang pukul 4 pagi, bangun semula. Subuh masuk pukul 4 lebih. Walaupun penat dah letih tapi hati bertekad untuk tunaikan solat Subuh di masjid Nabawi. Tak sabar sangat nak ke sana.

Di saat terlihat kelibat masjid Nabawi, hati lagi terasa macam tak sabar sangat. Rasa macam nak berlari masuk ke dalam masjid!

"Ya Allah!
Ya Rasulullah... aku datang... membawa seribu satu salam dari umatmu...
Ya Allah... Rasa tak percaya... aku betul-betul berada di sini...
Aku bersyukur atas kesempatan ini Ya Allah...
Syukur alhamdulillah..."

Masjid Nabawi tersergam indah di depan mata... Hati aku sebak... Air mata aku mengalir... Sangat bersyukur dapat berada di sini, terutama sekali bersama-sama suami tercinta.

Selesai solat subuh, balik berehat kat hotel. Hari pertama kat sini, kitorang dibawa ziarah di dalam Masjid Nabawi.

~Taklimat oleh Ustaz Jafni~

Jemaah wanita dibawa oleh Ustazah Faridah, untuk ziarah dalam Masjid Nabawi. Alhamdulillah... pada hari ni, walaupun orang yang terlalu ramai dan bersesak-sesak, aku dapat menjejakkan kaki, solat dan berdoa di Raudah serta menyampaikan salam yang dikirimkan kengkawan buat Rasullullah saw.

Pengalaman yang sangat indah dan bersyukur sangat. Indahnya Masjid Nabawi... Indahnya perasaan semasa berada kat sini.

Waktu atau masa untuk masuk ke Raudah untuk jemaah lelaki dah perempuan adalah berbeza. Waktu untuk perempuan lebih terhad berbanding lelaki.

Untuk jemaah lelaki, diorang ke Raudah melalui Babus Salam. Diorang dapat melihat makam Rasullullah saw, makam Saiyidina Abu Bakar dan makam Saiyidina Umar ra dengan lebih dekat. Kemudian diorang jugak dibawa melawat makam-makam ahli keluarga dan sahabat-sahabat Rasulullah di tanah perkuburan Baqi.

~Enche Neezam di Raudah~

Di luar kawasan masjid Nabawi ada ramai sangat para peniaga. Dari lepas subuh lagi diorang dah mula berniaga. Macam-macam ada dijual kat sini. Tapi yang menarik perhatian aku ialah peniaga-peniaga arab ni bila diorang nampak orang Malaysia, diorang akan kata "Malaysia bagussssssss... Singgah dulu..." Hahahaha... sambil menyebutkan harga jualan mereka dalam bahasa Melayu! Dilambung-labung barang jualan diorang untuk tarik perhatian pembeli.

Kitorang jugak tak lepaskan peluang untuk shopping kat sini. Orang kata barang kat Madinah lebih murah berbanding kat Mekah. Tapi pada aku... sama ajer!

Malam tu, kitorang di bawa oleh Ustaz Jafni makan nasi Arab kat luar. Original nasi arab kat tanah arab. Banyak giler nasi dan besar betul kambing dalam talam. Sedap! Tapi memang tak boleh habis! Huhu...

Hari kedua di bumi suci Madinah, kitorang dibawa untuk ziarah luar pula. Ziarah sekitar Madinah. Antaranya singgah ke masjid Quba, bukit Uhud,  kilang membuat Al-Quran dan ladang kurma. Dan lalu di masjid Qiblatain, masjid Tujuh, masjid Bilal bin Rabah dan universiti Madinah.

Di Masjid Quba, kitorang sempat buat solat-solat sunat. Fadhilat solat kat sini adalah sama seperti menunaikan satu ibadah umrah.

Di ladang kurma pula, pengunjung boleh makan sebanyak mana kurma yang mampu... FOC! Macam-macam jenis kurma ada kat sini dengan harga yang berbeza. Favorite aku tentulah kurma nabi @ ajwa. Sedap sangat!

Kat Madinah jugak first time aku makan kurma muda. Sejuk dan sedap!

Seronok ikut ziarah hari ni. Ustaz banyak menceritakan tentang sejarah setiap tempat yang kitorang pergi. Cerita-cerita yang pernah aku dengar dari zaman sekolah lagi dan aku tak sangka aku akan berada di tempat ini sekarang.

Terutamanya bila berada di Bukit Uhud. Ustaz menceritakan tentang sejarah kawasan ni, yang pernah aku dengar dan belajar dahulu. Kata Ustaz, dulu bukit Uhud ni tinggi, tak macam sekarang. Aku terbayang-bayang macam mana Rasulullah saw dan para sahabatnya berjihad menentang tentera musyrik Quraisy kat sini dahulu.

Terdapat kawasan kubur para syuhada kat sini.

Sekarang kawasan ni penuh dengan para peniaga.

Destinasi terakhir kitorang pada hari ini ialah ke kilang pembuatan Al-Quran. Kilang ni merupakan kilang pembuatan Al-Quran yang terbesar di dunia. Setiap jemaah lelaki mendapat senaskah Al-Quran percuma. Kitorang jugak tak lepaskan peluang untuk membeli beberapa naskah Al-Quran kat sini. Pembuatan Al-Quran kat sini sangat cantik dan kemas serta harganya sangat berpatutan.

Sebelum balik ke hotel, kitorang dibawa melalui dan melihat dari jauh beberapa buah masjid di sekitar kota Madinah. Setiap masjid yang mempunyai cerita dan sejarahnya yang tersendiri seperti masjid Qiblatain, masjid Tujuh dan masjid Bilal bin Rabah. Kitorang sempat jugak lalu kat Universiti Madinah.

Selepas solat Asar, balik berehat kat hotel dan kemudian aku ajak enche Neezam pergi awal ke masjid Nabawi. Petang tu adalah petang terakhir kitorang kat sini. Esok kitorang akan berangkat ke kota Mekah. Aku nak lihat keindahan masjid Rasulullah tu sepuas-puasnya.

Dan minum air zam-zam sepuas-puasnya!

Aku jugak nak tengok payung tertutup. Huhuhu...

Tepat pukul 7 malam, payung tertutup. Lepas hajat. Hajat ngengada. Hehehe... Lepas tu terus duduk kat masjid sehinggalah Isya'...

Lepas makan di hotel malam tu, kitorang jemaah perempuan buat ziarah Wida' sebab takut esoknya tak sempat. Kali ni aku bertekad untuk jejak lagi di Raudah dan berdoa sepuas-puas mungkin. Alhamdulillah... walaupun ramai orang dan terpaksa menunggu lama serta betolak-tolak, aku dapat solat dengan selesa di karpet hijau tu sekali lagi. Kali ni terasa sedih sangat solat kat sini sebab ini adalah kali terakhir. Entah bila aku akan dapat ke sini lagi...

Sementara menunggu giliran masuk ke Raudah. Nampak tak kubah hijau tu? Di bawah kubah tu lah terletaknya makan Rasulullah dan di sekitar situlah kawasan Raudah.

Hari terakhir kitorang kat sini, lepas solat Subuh, aku ajak enche Neezam duduk di dataran masjid. Menikmati pagi terakhir kitorang kat sini.

Selepas bersarapan di hotel, kitorang berkesempatan melawat ke Madina Media Museum, terletak berdekatan dengan hotel kitorang. Jalan kaki jer ke sana. Bayaran masuk pun hanya 5 Riyal.

Walaupun muzium ni kecil jer tapi banyak info dan barang pameran kat sini yang dapat memberikan penjelasan lebih lagi tentang Masjid Nabawi dan Raudah serta sejarahnya.

Waktu solat Zuhur terakhir di masjid Nabawi hati aku terasa sangat sayu. Itu solat terakhir aku kat masjid yang indah ni...

Balik ke hotel, kitorang terus bersiap, mandi dan berihram. Kitorang akan berniat ihram di Bir Ali.

Bas bergerak tepat pukul 2.15 petang... melalui Masjid Nabawi yang indah... aku tak melepaskan pandangan ke setiap sisi Masjid Nabawi. Makin lama, makin jauh dan makin menghilang dari penglihatan. Hati terasa sayu dan sebak. Air mata mula bergenang. Kenangan yang cukup manis dan indah kat sini.

"Selamat tinggal ya Rasulullah... Aku harap akan dapat ke sini lagi..."

~To be continued...~

6 comments :

Juliet Le Sweetheart said...

Done follow you too MyCherita...
:)
Salam ramadhan...

Mimie said...

Ya Allah...seronoknya...bertuah jadi tetamu rumah Allah

Unknown said...

jalan2 blogwalking dr segmen Senarai URL Blog #6 Mialiana ... n dah follow sini :D

Juliet Le Sweetheart said...

Tq Mimi & Qaseh.. :)

Legasi said...

BUKU PANDUAN RINGKAS UNTUK HAJI DAN UMRAH.
As salam, sekadar berkongsi. Kami Penerbit dan Pengedar buku diatas.
Maklumat lanjut boleh layari: https://panduanringkashajiumrah.wordpress.com/
Terima Kasih

alizal said...

Alhamdulillah..... untung lah dapat makan nasi Arab di bumi Arab... kami haritu kena cari sendiri... huhu....

back to top