♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, July 10, 2014

Manjanya bini enche Neezam ni

Sampai jer kat taska Naufal... salam-salam, cium-cium sikit kat dak comey tu... then cikgu tegur...

"Eh! Kenapa dengan tayar tu?"

Ya Allah! Bila masa pulak pancit ni???

Dalam kepala otak ni terus terfikirkan

"Abang!!!! Tolong!!!"

Haiiisssshhhh... macam manalah boleh pancit plak ni? Tension betul! Enche Neezam dah lah ke tempat lain hari ni. Kalau ada kat USIM, tak der lah aku nak menggelabah sangat.

Apa pun... first thing... mesti call enche Neezam dulu...

Enche Neezam kata "tunggu abang datang..."

Oh! My hero!!!

Sementara tunggu hero aku datang, kebetulan ada sorang ayah student yang hantar anak ke tadika, cikgu minta tolong dia untuk tukarkan tayar spare kereta aku. Alhamdulillah...

Aku sempat call enche Neezam, bagitau ada orang tolong gantikan tayar. So, tak payahlah datang. Tapi enche Neezam kata, "Tak per... tunggu situ... abang datang."

Adik tu kata (sebab dia panggil aku kakak) "Akak ada alat sumer?" Hmmmm... aku jawab.. "Tak der... kot..." Aku bukak bonet kereta... "Ada ni..." kata adik tu. Huiiissshhh malu... Nampak sangat aku tak pernah ambik tahu... huhuhu...

Dia tolong gantikan tayar kereta. Alhamdulillah... ada yang membantu. Terima kasih banyak-banyak!

Actually tengok dia buat macam senang jer. Aku rasa aku pun boleh buat. Dengan badan besar macam aku ni, tak kan lah tak mampu nak buat kan? Huhuhu... Tapi... serius tak larat nak angkat tayar tu. Berat gilos. Konon tadi nak tolong angkat tayar. Tapi... uuurrrrgggghhhh... beratnya...

Ni first time kereta comel aku ni pakai tayar spare. Aku tengok, keciknya tayar spare ni. Memang tayar spare kecik ker? Dah tu tak cukup angin plak tu... Haiiisshhhh... Boleh pergi balik Shah Alam ke gini? Hmmmm... Tak per lah... tunggu hero aku datang...

15 minit lepas tu enche Neezam sampai. Tukar kereta dengan aku dan sama-sama pergi bengkel. Bengkel tak bukak lagi. Pukul 9 baru bukak. Sama-samalah lepak dalam kereta sampai bengkel bukak dan siap betulkan tayar. Enche Neezam bayar RM5.

Ooooo... thank you so much abang...

Actually aku rasa, kalau enche Neezam bagitau jer kat phone apa perlu aku buat, aku boleh buat sendiri jer sebenarnya. Ganti tayar spare then pergi bengkel. Bengkel pun dekat jer. Pastu bayar 5 hengget. Settle!

Ini enche Neezam terpaksa bersusah payah patah balik dari Labu sebab masalah aku ni. Lepas tu perlu ke sana semula. Haaaiiihhhh... menyusahkan jer kan... Manjakanlah sangat bini awak ni... Hmmm... tapi...

I appreciate it so much! Thank you, sayang...

Tapi, for sure, kalau next time jadi lagi. Aku boleh buat sendiri! Insya Allah... Tapi harap-harapnya... tak terjadi lagi lah... huhuhu...

Ooooo... alang-alang bercerita pasal enche Neezam kan... Yup! Aku memang bertuah sangat dapat suami sebaik dia... Sila jangan jeles. Hehehhe...

Dua malam lepas, dua malam aku demam. Enche Neezam yang menguruskan sajian untuk berbuka. Well, actually enche Neezam masak sebab nak buat surprise kat aku... kot... Konon aku balik rumah, dia dah siap masak. Rupanya aku plak wat surprise kat dia, aku balik demam, memang tak boleh masak. Huhuhu... Malam tu, enche Neezam masak paru goreng bercili, ayam masak kicap, telur bungkus dan bok choy masak lemak.

Tak cayer??? Percayalah... Meriahnya sajian enche Neezam, kalah masakan aku. Huhuhu... Walaupun aku tak der selera dan deria rasa pun tak berfungsi sangat masa tu, tapi aku boleh rasa keenakkan air tangan dia. Ooooo... I'm so lucky!

Aku tak pernah ambil tahu hal bayar-bayar bil, duit kereta, duit rumah, bayar yuran, bayar cukai malah bayaran jpa dan ptptn aku pun enche Neezam yang uruskan. Duit gaji aku dia tak pernah usik. Aku gunakan untuk keperluan aku jer...

Kadang-kadang aku terlupa, betapa bertuahnya aku memiliki dia sebagai suami. Sebab tu kadang-kadang kena ketuk sikit kepala ni, halau setan-setan yang bertandang, membisikkan kata nista kat telinga dan membentuk perasaan curiga kat hati. Haaaiiiissshhhh...

I love you so much abang....

Ok! Ok! Enough with all jiwang-jiwang... Kang ada yang muntah baca... Huhuhu....

Actually hari ni enche Neezam dan Niesreena ke SMAP Labu. Temankan Niesreena yang menduduki ujian UKM2 untuk kemasukkan ke Permata Insan. Alhamdulillah... hari tu saringan pertama UKM1, Niesreena berjaya. So, this time, saringan kedua pulak.

Aku harap sangat Niesreena akan berjaya jugak kali ni. Amin... Amin ya Rab...

Korang doakanlah untuk Niesreena yer...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top