♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, July 19, 2014

Malam 7 Likur

Hari Selasa yang lepas aku cuti, Nuzul Quran. So, culik enche Neezam jap. Bawak gi dating lepas enche Neezam habiskan kerja dia (yang sebenarnya tak habis-habis tu). Kitorang ke Seremban 2 jer - ke AEON dan Mydin yang besar giler kat sana. Seronoknya berjalan berdua jer. Niesreena dan Naufal sekolah. Hehehhe...

Kitorang berkesempatan beli pelita. Sajer jer nak hiasi rumah. Biasanya enche Neezam pasang pelita kat rumah parents dia kat Segamat. Ini first time kitorang berpuasa dan beraya kat rumah ni, so, sajer jer lah naikkan seri rumah sikit. Lagipun student sumer tak der. Kitorang jer lah kat KK1 ni...

So bermulalah projek enche Neezam.

Busy man...

So malam tadi, baru berkesempatan hidupkan pelita dan hiasi kat depan rumah jer...

Niesreena dan Naufal seronok main bunga api.

Saper nak join? Meh ler singgah KK1. Hehehehe..

Ayah dan mama pun ambil kesempatan main bunga api sama-sama Niesreena dan Naufal. Hehhehe... Bunga api jer tau. Mercun kitorang tak main. Hmmmmm... ye ke? (^^)y

Huhuhu...

Terasa kemeriahan nak beraya. Thank you lah enche Neezam sebab susah payah pasang pelita.

Hmmm... rasanya kena pasang lampu lip lap lip lap plak kat porch tu, ye tak? Baru naik seri kan? Hehehhe...

Alhamdulillah... kita dah memasuki 10 malam terakhir Ramadhan. So, kena naikkan lagi gear untuk beribadat.

Semoga kita dipertemukan dengan malam Lailatulqadar.

Amin...

2 comments :

fazianbatrisyia said...

Kecik2 dulu berlumba pasang pelita dgn sepupu...kalau rumah dia byk kita pon tak mo kalah nak pasang byk jugak.

Julie Mangsor said...

Seronoknya Fazian... Mesti rumah dekat-dekat dengan sepupu kan... kalau balik kampung, husband rajin pusing kampung lepas tarawih nak tengok pelita kat rumah orang... seronok gak... hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top