♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, July 25, 2014

#isupportgaza

My name is Julieana.

I'm from Kuala Lumpur, Malaysia.

And I support Gaza.

#isupportgaza

My thoughts and prayers will always be with you.

Thursday, July 24, 2014

Program Ihya Ramadhan

Semalam kitorang sekeluarga sempat join program Ihya Ramadhan di tadika Naufal belajar, Tadika Islam Miftahul Ulum. Program ni memang diadakan setiap tahun pada bulan puasa.

Hari ni Naufal masuk pertandingan bercerita dan hafazan.

Sian Naufal, mama dan ayah dia sampai lambat ke tadika. Tak sempat tengok Naufal bercerita. Entah macam manalah agaknya persembahan dia... Sorrylah Naufal sayang...

Tapi nasib baik masih sempat tengok Naufal masa turn dia hafazan.

video

Untuk pertandingan hafazan, Naufal diminta untuk baca ayat seribu dinar dan ayat antara 2 sujud. Kat rumah praktis ok jer. Bila atas pentas boleh tersasul-sasul plak. Kebetulan masa Naufal atas pentas masa hafazan, enche Neezam pun sampai.

Dalam kedua-dua pertandingan ni, Naufal dapat tempat ketiga untuk pertandingan hafazan dan saguhati bagi pertandingan bercerita. Hmmm... mesti masa bercerita tu ada yang Naufal skip apa-apa tu. Kat rumah praktis ok jer... Tak per lah... dah masuk bertanding pun kira ok... Tahun depan cuba lagi baik ok! (^-^)

Naufal pun buat persembahan nasyid jugak. Comel jer bebudak ni. Mata tengok kat cikgu jer. Huhuhu...

video

Pada hari ni jugak pihak tadika buat majlis berbuka puasa. Banyak sangat makanan dan ramai jugak ibubapa yang datang.

Hari ni, bebudak kat tadika dah berkurangan. Mungkin dah balik kampung. Niesreena dan Naufal masih bersekolah dan akan bersekolah jugak esok sebab mama dan ayah diorang masih bekerja. Hmmmm... harap-harap boss bagi pelepasan balik awal lah esok. Amin!

Insya Allah... kitorang akan balik beraya kat Tapah Road tahun ni. Beg baju tak siap packing lagi... Enche Neezam jer dah siap kemas dia punyer. Semangat betul! Hehehe...

Ok Julie! Semangat! Semangat!

Wednesday, July 23, 2014

Worldless Wednesday | We will not go down! Gaza Tonight...

#prayforGaza #savePalestine

Tuesday, July 22, 2014

Resepi | Spaghetti Aglio Olio

Niesreena dan Naufal suka sangat makan spaghetti. Begitu jugak dengan mama dan ayah diorang. Selain daripada spaghetti bolognese, satu lagi spaghetti kegemaran kitorang sekeluarga ialah

Spaghetti Aglio Olio

Resepi ni sangat ringkas dan mudah tetapi sedap!

Hujung minggu hari tu sempatlah buat untuk sajian berbuka. Sedapnya... Buat sikit jer... Tak cukup! Huhu...

So, malam tadi buat lagi. Puas makan! Tapi kalau makan hari-hari pun best!

So, hari ni nak kongsi dengan korang resepi Spaghetti Aglio Olio yang ringkas, mudah dan sedap ni.

Bahan-bahannya ialah:-

1/2 bungkus spaghetti
Udang dan sotong sebanyak mana korang suka
3 ulas bawang putih dicincang halus
5 sudu olive oil - aku suka extra virgin
1 sudu serbuk lada hitam
3 sudu basil flakes
3 sudu parsley flakes
1 sudu chili flakes
Cendawan shitake kering
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Rebus spaghetti sehingga lembut. Jangan overcook - tak sedap.

Dalam kuali lain, gunakan olive oil dan tumis bawang putih yang telah dicincang.

Kemudian masukkan sotong yang telah dibersihkan dan dipotong-potong dan juga cendawan shitake.

Kalau korang suka, boleh masukkan lada benggala dan juga cendawan butang. Begitu jugak kalau korang seafood lain - scallop atau kupang pun sedap!

Bila agak-agak sotong dah masak, baru masukkan udang. Udang masak sekejap jer. Jangan overcook! Kalau overcooked, nanti udang jadi lembut sangat dan lembik. I don't loike...

Bila udang dah masak (kemerah-merahan), masukkan spaghetti yang telah direbus dan ditus tadi. Kalau nampak macam kering sangat, tambahkan lagi olive oil dan ratakan ke seluruh spaghetti tu.

Masukkan serbuk lada hitam, basil flakes, parsley flakes, chili flakes dan garam. Ratakan ke seluruh spaghetti. Herba-herba ni korang boleh dapatkan kat pasaraya jer. Aku selalu beli jenama McCormic. Kalau nak lebih pedas boleh tambahkan chili flakes lebih banyak lagi. Atau nanti bila dah masuk pinggan masing-masing, pandai-pandailah tambah chili flakes tu masing-masing kalau nak pedas lagi.

Gaulkan semua sehingga rata dengan menggunakan api yang kecil.

Dan siap!

So, petang ni bolehlah cuba buat yer...

y(^^)y

Selamat mencuba! Dan selamat berbuka puasa!

Sunday, July 20, 2014

Popia Nestum Horlicks

Projek semalam... Niesreena sibuk sangat nak buat kuih raya. So, cari-cari kuih yang paling senang sekali. Popia nestumlah! Dah lah senang.. sedap plak tu... huhuhu...

First time makan kuih ni, last year - buah tangan dari Isma dan Hairil. Ingatkan kuih batang buruk. Rupanya popia nestum. Sedap! Tahun ni berlambak-lambak dah dijual kat bazar Ramadhan dan jugak kat FB. Kreatif betul orang yang mencipta resepi ni, kan...

Nak buat kuih ni tersangatlah senang! Bahan-bahan yang diperlukan cuma kulit popia, nestum, horlicks, gula dan sedikit adunan tepung untuk dijadikan pelekat...

Ini budak exited nak buat kuih....

Naufal pun tak lepas peluang. Naaaaak buat jugak!

Senang jer buat popia ni. Bahagi kulit popia tu kepada 2 bahagian dan gulung kecil-kecil dan tampal hujungnya dengan adunan tepung supaya ia melekat.

Hasil kat bawah ni - kat belah kiri, gulung besar sikit tu tu hasil tangan Niesreena dan yang comel-comel tu tentulah hasil tangan mama diorang. Hmmmm... yang kat tengah, leper, penyek tu... tekalah saper punyer... Tentulah Naufal! Huhu... sukatilah son...

Lepas tu guntingkan kecil-kecil.

Siap gulung dan gunting! Senang kan...

Niesreena dan Naufal dengan hasil tangan masing-masing.

Seksi budak sorang ni. Naufal pakai baju tangan panjang sebelum tu. So, tak nak baju kotor, berlenggeng jer lah jawabnya... huhu...

Yang ini mama Khairuns punya.

Comel kan...

Sepeket kulit popia tu 50 keping dapat banyak ni. Itu pun terpaksa aku buat laju-laju sebab tak nak Niesreena dan Naufal guna banyak guna kulit popia tu. Selagi aku tak stop, diorang pun tak nak stop.

y(^^)y

Lepas kulit popia tu dah kering. Bolehlah digoreng dengan minyak sederhana panas.

Mama punyer popia masih tak disira lagi. Tunggu dekat nak raya nanti yer...

Niesreena dan Naufal punya dah siap disira.

Untuk serbuk dia ni, aku gunakan nisbah 1:2:3 untuk gula : horlicks : nestum. Maksudnya kalau 1 sudu gula + 2 sudu horlicks + 3 sudu nestum. Campur dan kisarkan halus semuanya. Kemudian taburkan pada kulit popia yang telah digoreng dan disejukkan pada suhu bilik.

So, lepas bebuka puasa semalam, Niesreena dan Naufal dengan bangganya meratah snack hasil tangan diorang sendiri.

Bravo kids!

Saturday, July 19, 2014

Malam 7 Likur

Hari Selasa yang lepas aku cuti, Nuzul Quran. So, culik enche Neezam jap. Bawak gi dating lepas enche Neezam habiskan kerja dia (yang sebenarnya tak habis-habis tu). Kitorang ke Seremban 2 jer - ke AEON dan Mydin yang besar giler kat sana. Seronoknya berjalan berdua jer. Niesreena dan Naufal sekolah. Hehehhe...

Kitorang berkesempatan beli pelita. Sajer jer nak hiasi rumah. Biasanya enche Neezam pasang pelita kat rumah parents dia kat Segamat. Ini first time kitorang berpuasa dan beraya kat rumah ni, so, sajer jer lah naikkan seri rumah sikit. Lagipun student sumer tak der. Kitorang jer lah kat KK1 ni...

So bermulalah projek enche Neezam.

Busy man...

So malam tadi, baru berkesempatan hidupkan pelita dan hiasi kat depan rumah jer...

Niesreena dan Naufal seronok main bunga api.

Saper nak join? Meh ler singgah KK1. Hehehehe..

Ayah dan mama pun ambil kesempatan main bunga api sama-sama Niesreena dan Naufal. Hehhehe... Bunga api jer tau. Mercun kitorang tak main. Hmmmmm... ye ke? (^^)y

Huhuhu...

Terasa kemeriahan nak beraya. Thank you lah enche Neezam sebab susah payah pasang pelita.

Hmmm... rasanya kena pasang lampu lip lap lip lap plak kat porch tu, ye tak? Baru naik seri kan? Hehehhe...

Alhamdulillah... kita dah memasuki 10 malam terakhir Ramadhan. So, kena naikkan lagi gear untuk beribadat.

Semoga kita dipertemukan dengan malam Lailatulqadar.

Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top