♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, June 2, 2014

Kusinero Cinta

Assalamualaikum!

Happy Monday morning everyone!

Kebetulan last Monday kan, main tekan-tekan remote tv; dari satu channel ke satu channel. Macam boring jer, tak der citer nak tengok. Tetiba terberhenti kat channel Mustika HD.

"Is that Brighton Beach? Is that RMIT? Is that Melbourne?!!!"

"Oh! Ye lah... Oh! I miss Melbourne so much!"

Oh! Citer apa ni?

The making of

Kusinero Cinta

Waaa... Aaron Aziz lah! Mesti best.

Heroin... Tiz Zaqyah? Hmmmm... okay...

Wow! Jericho Rosales! Seriously?!

Tengok the making, macam best!

SINOPSIS DRAMA KUSINERO CINTA

"Fredo Rivera (Jericho Rosales) adalah seorang anak muda yang berasal dari Cebu, Filipina yang mengejar impian untuk menjadi chef yang berjaya.

Edrinna Mahadzir (Tiz Zaqyah) pula gadis yang datang ke Manila bersama ibunya, Datin Raudhah (Jasmin Hamid) untuk melawat kafe milik mereka yang beroperasi di sana.

Namun, takdir menemukan Fredo dan Edrinna di kafe berkenaan. Pada mulanya hubungan mereka kurang baik kerana kehadiran Hafizul Fitri yang meminati Edrinna.

Pada suatu hari, Edrinna hilang di Manila dan Fredo yang berjaya menyelamatkannya. Justeru, hubungan mereka juga semakin akrab semula.

Fredo yang tidak ada tempat tinggal dan pekerjaan juga diambil bekerja oleh Chef Rio yang memiliki restoran yang terkenal di Manila. Bermula sebagai pencuci pinggan, Fredo akhirnya berjaya menjadi pembantu chef kepada Chef Rio. Di La Secret, Fredo bertemu dengan Justina, anak perempuan Chef Rio yang turut bekerja di situ.

Sementara itu, Syed Izmir (Aaron Aziz) pula sangat meminati bidang masakan, tetapi terpaksa menyambung pengajian dalam jurusan perniagaan kerana memenuhi hasrat bapanya yang kaya.

Dalam perjalanan ke Manila kerana urusan perniagaan bapanya, Syed Izmir bertemu dengan Edrinna. Pada masa sama, dia juga bertemu dengan Fredo dan berkawan baik dengannya. Mereka juga bertemu kembali ketika menyambung pengajian di Melbourne."

Macam menarik kan? Seriously, apa yang menarik minat aku tengok citer ni sebab diorang buat penggambaran kat Melbourne. You know I love Melbourne so much!

So, saper yang dah terlepas episod 1, 2 dan 3, jom tonton Kusinero Cinta kat sini. Malam ni jangan lupa episod seterusnya di Astro Mustika HD okey!

♥ Episode 1 ♥

♥ Episode 2 ♥

♥ Episode 3 ♥

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top