♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, May 4, 2014

When Kronies reunite

Seronoknya hari ni berkesempatan berjumpa semula dengan kengkawan rapat masa kat UTM dulu. Meriah kedai Baya dengan kehadiran kitorang dan anak-anak masing-masing!

Ni pun tak semua berkumpul! Yang datang pada hari ni ialah aku *of course lah kan!*, Nurul, Nani Bear, Sheri, Adah, Hada, Nani Haze dan kak Dah serta tuan punyer kedai, Baya. Ramai lagi kroni yang tak dapat datang sebenarnya... Dah tu semua bukan dari area dekat-dekat sini - ada yang kat Kedah, ada yang kat JB. Hari ni yang paling jauh dari Shery dari PD.

Macam-macam cerita kitorang borakkan. Biasalah... kalau kat watsapp pun boleh berjela-jela... beribu-riban messages, inikan pulak bila dah berjumpa... kan??? Sumer citer keluar!

Memang rindu sangat kat diorang semua. So, seronok lah dapat berjumpa kali ni. Kebanyakkanya kali terakhir aku jumpa diorang more than 10 years ago! Tapi diorang tak banyak berubah pun! Masing-masing mantain comel macam dulu gaks. (^-^)

Perjumpaan kitorang kali ni kat kedai makan Baya & Mie - Restoran Penang Kaw Kaw! Memang kaw kaw tau! Amazingly... semua sedap! Sumer Baya masak sendiri tau! Unsangkarable! Eh... bukan aku jer tak sangka tau. Kengkawan lain pun tak sangka Baya boleh masak sesedap itu. Masa belajar dulu, Baya pandai makan jer! Huhuhu...

So, korang, kalau nak rasa masakan Penang yang kaw kaw, bolehlah datang kat restoran kawan aku ni kat The Core, Kota Damansara. Promote gitu...

Insya Allah, akan datang kiter reunite lagi yer kroni-kroni sekalian. Lepas ni Sit, Sarah, Dayah, Liza, Ija,Huda dan Zu pun mesti join sekali!

#kroniutm #friendsforever #reunion

Next venue

Port Dickson!

Kredit pics from Kroni.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top