♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, May 11, 2014

Jalan-jalan Hari Ibu @ #KLIA2

Hari ni, aku dan enche Neezam berkesempatan bawa Niesreena dan Naufal ke KLIA2. Bukan hantar atau ambil sesaper pun kat sana. Tapi sajer jer jalan-jalan. Dekat jer pun dengan rumah.

Kitorang parking kereta kat stesyen ERL Salak Tinggi dan naik train ke KLIA2.

Lebih kurang 5 minit jer perjalanan menaiki ERL ni dari Salak Tinggi ke KLIA2. Seronok Niesreena dan Naufal. Ye lah... budak jarang-jarang naik kenderaan awam, macam ni lah... eheemmm... aku pun sama. Huhu...

ERL ni akan berhenti kat KLIA dulu dan kemudian terus ke KLIA2. Senang kan? Kalau kena transit dan tukar flight, tak perlu naik bas macam dulu - dari KLIA ke LCCT. Boleh terus naik ERL jer.

Melangkah masuk ke dalam KLIA2 ni memang terasa kagum sangat! Besar giler!

Ada banyak sangat kedai-kedai. Restoran pun banyak giler. Macam-macam ada! Dari McD ke Baskin Robins ke Pastaworld ke Nandos ke Johnny Rocket! Sumer ada... Tapi yang best - Kluang Station pun ada! Wajib pekena kopi dan roti bakar kat sini!

Kitorang tertarik sangat kat satu restoran ni.

Unik kan meja makan dia? Tak tau lah kalau ada kat tempat lain. Tapi aku baru first time jumpa kedai ni. Tu yang jakun skit. Huhu...

Kaunter-kaunter check-in, balai berlepas dan balai ketibaan sangat luas dan selesa. Tak lah terasa crowded sangat.

Walaupun KLIA2 sangat besar tapi ada banyak tanda arah yang menunjukkan mana tempat check-in, balai ketibaan dan balai berlepas, parking, tandas dan surau. Tak lah tercari-cari macam mana nak kemana. Siap ada tulis berapa minit kalau nak berjalan ke balai berlepas dan balai ketibaan.

Kaunter imigresen pun sangat banyak. Kaunter imigresen dengan passport Malaysia sangat laju. Yang kat bawah ni foreigner... nampak sangat ramai orang asing keluar masuk Malaysia kan...

Memang penat jalan! Sebab KLIA2 ni memang besar sangat! Kalau orang kena transit setakat 5/6 jam memang puas lah jalan sambil menunggu next flight, kan...

So, korang... jom lah jalan-jalan kat sini. Cuci-cuci mata jer...

Untuk info lebih lanjut mengenai KLIA2 ni boleh klik sini. (^-^)y

❤ ❤ ❤

Bersempena dengan Hari Ibu ni, aku jugak nak ambil kesempatan untuk mengucapkan

Selamat Hari Ibu 

khususnya pada emak tersayang, Pn Kalsum. Thank you for raising us with all your greatest l❤ve! Julie, Joy, adik dan abah sayaaaaaannnngggg sangat kat mak!

Mmmmpppuuuuaaaahhhh! Cium ketat-ketat!

Of course for my mother in law, Pn Zaliha Ismail. You are the coolest and easy going mil! I'm so lucky to be part of your family. L❤ve you!

And

Happy Mom's Day

to all my friends!

❤ ❤ ❤

No comments :

back to top