♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, May 15, 2014

Hadiah sempena hari guru dari little Khairuns

Salams uoollllssss..

Kitorang baru balik beli hadiah untuk sambutan Hari Guru sekolah Naufal esok.

Insya Allah, Naufal akan bawa kek jer. Boleh kongsi ramai-ramai dengan cikgu-cikgu dan kengkawan.

Naufal seronok tengok kek yang akan dibawa ke sekolah esok. Naufal ingatkan harijadi dia. Huhuhu... Harijadi Naufal dah lepas lah, sayang.

Niesreena pulak! Dari beberapa minggu lepas dah mintak carikan hadiah untuk cikgu-cikgu dia. Dan alhamdulillah... dapat cari sesuatu dan dah lama dah Niesreena siap bungkus!

Niesreena hadiahkan cikgu-cikgu dia kalkulator yang comel-comel ni. Kitorang beli kat Daiso. Harga pun berpatutan. Ok lah kan... Harap-harap cikgu-cikgu Niesreena boleh manfaatkan benda ni.

Malam ni, Niesreena dan Naufal buat kad ucapan khas untuk cikgu-cikgu diorang.

Naufal pun buat... tiru kakak dia. Sepatutnya buat kad ucapan

"Selamat Hari Guru"

Tapi...

Naufal buat kad ucapan

"Selamat Hari Gurau"

Adoiaiiiii...

Muka innocent!

Buat balik semula!

Baguslah... belajar menghargai guru... Banyak jasa guru pada kita.

Korang cam ner? Dah siap dengan hadiah untuk Hari Guru esok?

Masih tak der idea lagi?

Mai check post aku yang lepas ni >>> Idea hadiah sempena Hari Guru.

Hmmmm... sempat lagi ke nak cari hadiah?

(^,^)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top