♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, May 30, 2014

Pasrah!

Semangat berkobar-kobar dah ni!

Kemain isi borang

&

ready for check-up.

Tetiba...

Waaaaa... sadis tol! Baru nak try. First experience!

Ambik kau, doktor tanda ☑ Not eligible.

"Sorry, you cannot donate" kata doktor.

Nampak gayanya memang tak boleh menderma sampai bebila.

Pasrah jer lah...

Tak perlah... Tak der rezeki.

Kat office aku ni memang tiap-tiap tahun organise untuk menderma darah. Buat kat office dengan kerjasama HUKM.

Ingat tahun ni nak lah join. Tapi doktor kata tak boleh plak sebab aku dok England dulu antara tahun 1981 hingga 1985.

Ya, antara salah satu sebab korang tak boleh menderma darah ialah

pernah menetap di UK antara tahun 1980 hingga 1996 melebihi 6 bulan. This is international rule!

Hmmm... aku dan famili dok sana dulu sebab abah sambung belajar.

Kenapa tak boleh derma darah kalau tinggal di UK dalam tahun 1980 hingga 1996?

Aku tanya soalan ni kat doktor tu tadi. Dan katanya,

Pada tahun tersebut, tersebarnya wabak penyakit lembu giler atau Bovine Spongiform Encephalopathy (BSE). Wabak ni mula dikesan pada lembu di United Kingdom pada tahun 1985.

Kemudian, pada tahun 1996, Variant Creutzfeldt-Jakob Disease (vCJD) iaitu sejenis penyakit saraf atau neurodegeneratif dikesan pada manusia hanya selepas 10 tahun BSE dikesan di UK. Penyakit ini berpunca daripada manusia yang telah termakan daging yang tercemar dengan BSE.

So, kalau kita dah termakan daging lembu yang tercemar dengan jangkitan penyakit tersebut, ianya hanya boleh dikesan selepas 10 tahun atau berdekad dalam badan manusia! Sebab itulah larangan tersebut tidak ditarik balik sehingga sekarang.

Lama kan?

So, kalau aku tipu dan derma jugak. Tetiba aku ada penyakit tu, tak pasal-pasal aku sebarkan penyakit pada orang yang terima darah aku.

Tapi alhamdulillah... aku dan famili ok jer! Mintak-mintak dijauhkanlah dari segala penyakit! Amin!

Tak der rezeki nak derma darah kat orang. Korang jer lah yang derma darah yer... Hehehe...

By the way, darah aku A+!

Happy Friday and have a fabulous weekends everyone!

Thursday, May 29, 2014

Throwback Thursday | His hardworks

Tak sempat nak update pasal ni, on the date or before. Tapi nak masuk blog gak! I don't care!

Hehehhe...

Because I'm so proud of him.

Dr Khairunneezam as one of presenter @ IC-DAIM 2014.

And his publication this year.

Congrats sayang!

May more to come!

Wednesday, May 28, 2014

Happy birthday, Abah!

Happy birthday Abah!

Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki & stay handsome!

Hehehehe...

We love you soooooo much!

Tuesday, May 27, 2014

Leopard perkasa! Kamilah juara!

Aiseh... tajuk tak tahan kan... Actually itu ialah motto rumah sukan Naufal tahun ni, yang diadakan pagi tadi kat Dewan Kuarters KLIA.

Tahun ni merupakan tahun ke-7 sambutan Hari Sukan Tadika Miftahul Ulum. Manakala tahun ke-3 kitorang sertai.

Macam-macam acara Naufal sertai hari ni. Ada dapat tempat pertama, ada jugak dapat tempat terakhir. Keseluruhannya, team Naufal dapat tempat ke-4; dari 4 team. Huhu... Tak kesah... janji kiter enjoy!!!

Orang penat bersorak! Huhu...

Para penyokong Naufal. Ayah sempat buat kerja.

Ayah Khairuns pun sempat join acara untuk bapa. Kelakarlah diorang. Team ayah dapat tempat kedua! Yey!

Dan kitorang, dapat tempat pertama dalam acara famili!

Yey!

Alhamdulillah... rezeki Niesreena dan Naufal. Banyak giler jajan dalam hamper.

Naufal pun dapat banyak hadiah lain.

Tamatnya hari sukan, kitorang terus bertolak balik ke Segamat. Kan dah mula cuti sekolah... Macam biasa, Niesreena dan Naufal kitorang hantar duduk rumah atok dia. So, sepanjang cuti sekolah ni, Niesreena dan Naufal akan ikut ayah tok dan mak tok jalan-jalan pusing Malaysia. Huhu...

Sebelum diorang dok bercuti panjang, tinggalkan mama dan ayah diorang kat sini, kitorang sempat bawa diorang makan special sikit malam tadi. Niesreena dan Naufal suka makan pasta dan speghetti. So, kat Nilai ni, kat mana lagi kan... Secret Recipe je lah...

Naufal's favorite tentulah speghatti cabonara with lots of salami!

Niesreena's all time favorite ialah Aglio Olio. My favorite too! Yummeh!

Enche Neezam makan burger jer.

Dan aku, tentulah my favorite 3 cheese spinash lasagna. I loike!

Start 3 minggu cuti sekolah. Lamanya...

Enjoy your holiday Niesreena and Naufal. Mama willl be missing you both so much!

Monday, May 26, 2014

Susun atur tudung

Puas hati bila tengok tudung semua (oh! tidak semua...) dah cantik tersusun rapi kat raknya. Lega

Ok tak?

y(^-^)y

Dapat idea ni dari group Kami Suka Susun Atur. Bagus tau group ni. Ahli group semua tak lokek idea dan tips. Dan yang paling penting, tak der iklan mak nenek bagai. I loike! Jomlah join!

Ok! Berbalik pada tempat penyidai tudung ni. Ia sebenarnya bukanlah design untuk letak tudung.

Tapi...

Rak kasut!

Kebetulan gi AEON Seremban 2 hujung minggu lepas dan jumpa rak ni. And the best part is... got discount for member! Yey!

Sebelum ni, aku sangkut je tudung dalam almari.

Bila dah banyak-banyak tudung tu. Rasa macam semak sangat pulak dalam almari.

Then aku lipat plak.

Hmmmm... nampak kemas jugak kan. Nak cari tudung pun senang.

Then, bila ternampak rak kasut tu kat AEON ari tu, rasa macam... why don't we try?!

Then, ok gak kan?

Aku sangkut tudung yang selalu guna jer. Senang nak cari dan gantung semula. Boleh guna both side; front and back. Loike!

Untuk tudung express... aku masih gantung dalam almari.

Tapi dah nampak kurang semaklah.

I loike!

y(^-^)y

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top