♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, April 22, 2014

Takziah teacher

Semalam dapat perkhabaran sedih dari cikgu sekolah Naufal.

Teacher sekolah Naufal yang telah berbulan-bulan terlantar koma, akhirnya telah meninggal dunia pagi semalam. Terkejut dan sedih dengan berita ni. Masa teacher Minal dalam koma ari tu, kitorang sempat melawat beliau kat hospital.

Tadi aku bagitau berita ni kat Naufal, masa aku jemput dia kat sekolah. Naufal kata, "Naufal tahu dah. Tadi cikgu bagi tahu. Kesian teacher Minal. Teacher Minal ajar Naufal ABC". Niesreena pun sedih jugak bila dengar berita ni.

Takziah kepada keluarga teacher Minal. Semoga tabah menghadapi kesedihan ini. Jasa teacher Minal mengajar Niesreena dan Naufal di tadika Islam Miftahul Ulum selama beberapa tahun ini tidak akan dilupakan.

2 comments :

afifah fazlin said...

As salam...sdih kn sis.. sy sempat bwk ank2 ziarah d rumah kemarin.jasa dia mengajar ank2 saya xkn sekali2 di lupakan..takziah utk family teacher minal..

Juliet Le Sweetheart said...

Salam Afifah,
Saya tak sempat nak gi melawat. Kitorang pun akan kenang jasa teacher yang pernah mengajar Reena dan Naufal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top