♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, April 13, 2014

Pindah sikit... konon...

Masa mula-mula tahu kena pindah dulu, enche Neezam kata

"rumah fully furnished. So, bawak barang sikit-sikit jer..."

Dalam otak aku pun...

"Ok! Itu tak payah bawa... ini tak payah bawa! Settle!"

But at the end,

macam semua nak bawak!

Aaaaarrrrrgggghhhhh!

Ingatkan nak bawak sikit-sikit, tapi rupanya banyak jugak yang perlu dibawa -- tv (actually tv ada kat rumah tu, tapi rosak dan ambil masa untuk diorang ganti), peti ais (peti ais pun ada disediakan... tapi kecik... tak muat barang makan kitorang yang besar-besar ni ;p huhu...) mesin basuh, pinggan mangkuk, periuk belanga, kain baju, bakul, karpet, hanger and the list masih panjang lagi!

Kerusa sofa L yang tak der dalam list nak bawak pun turut terbawa berpindah jugak. Nasib baiklah meja makan marble ku itew berat... kalau ringan macam belon, dah tentu aku bawak jugak! Huhuhu...

Beberapa hari lepas, enche Neezam kata, rumah dah dicat. Akhirnya! Alhamdulillah! Clear dah dinding. Bersih jer... Dah tak macam galeri seni lagi dah... Barulah ada selera nak pindah... Huhuhu...

Semalam, adik-adik jaksa KK1 datang tolong untuk berpindah. Dalam pada kononnya tak banyak barang untuk dibawa berpindah, penuh jugak satu lori!

Kat rumah baru, ada adik-adik yang menolong pasangkan langsir. Alhamdulillah...

Terima kasih yer adik-adik. Appreciate sangat bantuan korang. Nanti enche Neezam open table yer...

Y(^-^)Y

Alhamdulillah... hari ni dah banyak jugak benda yang settle... terpaksalah berdikit-dikit. Kemas dan siapkan bilik by bilik.

Bersyukur sangat dapat husband yang sangat-sangat-sangat rajin dan selalu membantu. Bersyukur jugak sebab selalunya, aku dan enche Neezam selalu sependapat tentang susun atur perabot dalam rumah. Bersyukur sangat ada enche Neezam... Love you so much sayang!#happy #blessed #love

Niesreena dan Naufal pun seronok kat rumah baru. Kat belakang rumah ada padang besar diorang boleh main, walaupun rumputnya tak segebu rumput kat rumah lama. Hmmmmm... sian rumput kena tinggal... giler kalau nak bawak! Huhu...

Lega bila tengok rumah dah kemas. Walaupun penat, tapi rasa berbaloi!

Rumah lama pun perlu dikemas jugak... Nak balut semua barang-barang yang tak digunakan kat sana. Sayang... takut rosak...

Dalam masa kitorang duduk dirumah baru ni, ada projek yang akan kitorang buat kat rumah lama. Insya Allah... kalau ada rezeki. Banyak nak dibuat dalam masa 3 tahun ni! Dan tak sabar jugak nak balik ke rumah sendiri lepas ni!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top