♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, February 27, 2014

Musim kemarau

Nampak gayanya keadaan kemarau sekarang ni semakin genting. Bukan setakat air kat empangan mengering, malah hutan-hutan jugak turut terbakar. Cuaca memang sangat panas sekarang ni!

Sejak beberapa minggu yang lepas, kawasan hutan bersebelahan dengan highway Elite Dengkil turut terbakar. Sejak beberapa hari ni keadaan bertambah buruk. Setiap kali melalui kawasan ni, kitorang mesti bukak lampu sebab jerebu dari asap kebakaran yang sangat tebal! Bomba dan para penyelamat dah mula berkampung kat sini bagi mengawal kebakaran.

Semalam, keadaan jerebu di kawasan Sepang dan Nilai pun semakin teruk. Kelabu jer... Tak suka nyer... Terasa sangat sedut udara yang kotor.

Kat kawasan Nilai, banyak hutan-hutan berdekatan dengan kawasan Usim yang terbakar teruk! Yang paling menakutkan bila kawasan yang terbakar tu berdekatan dengan rumah orang.

Hari Ahad lepas, ada kebakaran di sekeliling banggunan Islamic Enrichment Centre, Nilai berdekatan dengan Usim. Sangat menakutkan! Nasib baik bomba bertindak cepat dan kebakaran tak sampai ke banggunan yang baru dibuka tu. Alhamdulillah...

Di kawasan berdekatan dengan rumah, kat Sepang, pun banyak pokok-pokok tepi jalan yang terbakar. Abu kebaran tu terbang hingga sampai ke rumah! Hmmmm... teringat kejadian Black Saturday Bushfire kat Australia dulu. Menakutkan! Nauzubillah...

Malam tadi enche Neezam sibuk tadah air. Hari ni, kawasan rumah kitorang mula dicatu air selama 2 hari - bergilir-gilir. Bawah ni jadual catuan bekalan air bagi kawasan Kuala Langat dan Sepang.

Kitorang kat kawasan Sepang Zon 2. So, silalah simpan air yer kengkawan...

Klik gambar untuk lebih besar.

WILAYAH KUALA LANGAT DAN SEPANG

Zon 1

*Kampung Olak Lempit *Kampung Bukit Changgang *Kampung Labohan Dagang *Selangor Dredging *Taman Changgang Jaya *Kompleks Perabut Olak Lempit *RTB Bukit Changgang *Bandar Sri Ehsan *Bandar Mahkota *Bandar Sungai Emas *Taman Arked *Taman Ambar *Taman Sri Dagang *Taman Langat Murni *Taman Langat Utama *Taman Murnimas *Taman Seri Telok Datok *Taman Sri Cheding *Sekolah Tamil Sungai Sedu

Zon 2

*Kota Warisan *Warisan Bestari *Taman Bunga Raya *Taman KLIA Indah *Tiara Heights *Taman Ixora *Taman Dahlia *Taman Seroja *Taman Mawar ( Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana, Emas Villa ) *Taman Kenanga *Taman Desa Vista *Taman Desa Bestari *Salak Permai

Harap-harap hujan akan turun tak lama lagi...

1 comment :

Alynn Mueez said...

Musim kemarau ni ramai yang demam ni...
http://www.chatchantek.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top