♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, February 17, 2014

Kesan kat kereta dah hilang, kesan di hati...

Alhamdulillah...

Kereta dah repair. Bila bawak gi check kereta, memang tak rosak banyak. Tak der internal damage. Just kemek jer dan sport rim calar sikit.

Repair cost pun beberapa ratus jer. Dan owner kereta tu nak bayar. So, aku tak perlulah susah-susah nak wat claim insurans dia.

~ Before ~

~ After ~

Lega tengok hilang kesan-kesan calar dan kemek kat kereta. Tapi kesan kat hati ni berparut!

Sampai sekarang aku masih fobia - fobia bila tengok divider jalan, fobia bila tengok Aphard hitam!

The worst part is aku kena lalu tempat kejadian hari-hari setiap kali aku pergi ke tempat kerja!

Setiap kali teringat peristiwa tu, dada aku akan berdegup kencang dan timbul perasaan yang tak dapat aku gambarkan - entah takut, entah marah... entahlah!

Lepas tu, rasa bersyukur sebab masih boleh bernafas di bumi Allah ni, masih bahagia di samping keluarga, masih boleh tengok senyuman orang-orang yang aku cintai dan sayangi.

Haaaaiiiisshhhhh... tetiba sentimental plak!

Aku nak lupakan insiden ni, tapi macam payah jer. Harap-harap lambat laun lupa jugak. Tapi pengalaman dan pengajaran tu tak kan sekali dilupakan.

Apa yang jadi semua ni memang tak berbaloi!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top