♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, January 1, 2014

Persiapan akhir sekolah 2014

First post tahun ni! Excited!

Selamat Tahun Baru 2014 diucapkan kepada semua!

Esok akan mula persekolahan penggal yang baru. Aku percaya, hari ni, semua ibubapa sibuk dengan persediaan akhir persekolahan anak-anak. Termasuklah aku!

Hari ni baru sibuk nak tampal lencana sekolah Niesreena kat 5 pasang tudung dia! Jenuh gak... Aku bukan pandai sangat menjahit dan tampal lencana bukan semudah yang dijangka. Hahaha...

Tapi alhamdulillah... aku berjaya! Hahaha...

Tahun ni Niesreena sekolah kebangsaan petang. Agak sedih jugak sebab tak dapat nak siapkan Niesreena esok. Nampaknya Niesreena kena berdikari dan bersiap setiap hari kat taska. Cikgu taska mungkin akan tolong sikit-sikit. Minggu depan baru mula sekolah agama waktu pagi...

Sian Naufal, pakai kasut tahun lepas. Boleh? Kedekut betul mak bapak dia kan? Hahahaha... Nampak buruk plak ek? Kalau bebetul tengok tak lah nampak teruk sangat! Siannya... nanti kiter cari kasut sekolah baru lah yer Naufal...

Nasib baik buku-buku sekolah awal-awal lagi aku dah siap balut. So tak lah kelam kabut sangat. Dan nasib baik jugak Niesreena dapat buku teks elok-elok jer. Sedap sikit mata memandang.

Siap dah persiapan untuk Niesreena! Lega rasanya... Tahun ni Niesreena kata tak nak beg gambar-gambar princess pink bagai. Sebab katanya ramai kengkawan pakai beg macam tu. So Niesreena nak beg sandang yang simple-simple jer. Roda pun tak nak! Rasa matang dah baby girl aku sorang ni. Huhuhu...

Naufal yang senang. Bawak beg kosong jer. Nanti kat tadika, semua cikgu bagi... Hmmm... tapi tahan sebulan jer lah. Pastu semua hilang. Semua dah bertukar dengan kengkawan. Haaaaiiisssshhhh...

Semoga semuanya selamat dan dipermudahkanNya esok...

Selamat memulakan persekolah untuk Niesreena dan Naufal serta semua para perlajar dan jugak guru-guru! Semangat!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top