♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, January 25, 2014

Beli-beli buku

Semalam Niesreena dapat duit Brim. Niesreena kata nak beli buku. Biasanya destinasi kitorang kalau nak beli buku tentulah ke Popular! Aku suka beli buku kat Popular ni sebab selalunya mesti ada potongan untuk member.

Pilih punyer pilih punyer pilih... akhirnya Niesreena terjumpa dan nak beli buku ni...

Running Man!

Adooiii ai. Komik kot. Aaahhh ye... Niesreena memang suka baca komik. Dulu asik layan komik Lawak Kampus jer. Sekarang dah pandai layan Ujang. Dan kali ni komik Running Man!

Niesreena memang suka tengok Running Man. Kalau malam Sabtu dan malam Ahad, sanggup tunggu Running Man start pukul 11 lebih dan habis pukul 2 lebih! Dok lah tergelak sorang-sorang. Hmmmm... kali ni nak komik plak? Dapat ker?

Sudah tentulah TIDAK!

Hehehe...

Ayah Niesreena tak kasi. Mahal tu komik ni. Sampai RM19.90! Baiklah cari buku yang lebih bermanfaat dengan harga macam tu. Hmmmmm... kalau harganya takat RM10 tu, mungkin bolehlah jugak kan?

Nak tahu pilihan Naufal?

Naufal nak sangat buku Rukun Iman tu. So, aku bagi bonus, beli buku Rukun Islam sekali.

Bagus perisian kedua-dua buku ni. Huraiannya yang lengkap dengan gambar yang menarik. Memang bagus untuk Niesreena dan Naufal serta aku jugak.

Ehemmmm... dan buku ni...

Mestilah untuk cik Juliet le Sweetheart.

Lepas ni kena masak sedap-sedap untuk enche Neezam dan anak-anak yer... Huhuhu...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top