♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, January 2, 2014

1st day of school 2014

Tahun ni, atas nasihat enche Neezam, aku tak ambil cuti sempena bebudak 1st day masuk sekolah.

Huhuhu...

Kalau ikutkan hati ni, sebuk nak cuti jugak, nak uruskan hari pertama sekolah Niesreena dan Naufal. Terutamanya Niesreena, nak tengok macam mana arrangement dengan transport dan nak siapkan dia ke sekolah. Tapi bak kata enche Neezam; Reena tau dah semua. Yelah... Niesreena dah pandai. Lagipun bukan tukar transit atau transport baru pun. Sama macam tahun lepas jugak... Cuma sekolah kebangsaan jer tukar ke petang, sekolah agama ke pagi... Biarlah Niesreena berdikari...

Hmmmm... Apalah aku nak risau sangatkan? Baik save cuti wat gi melancong. Huhu...

Lagipun aku yakin, Niesreena boleh berdikari dan menguruskan diri dia sendiri nanti. Dan aku yakin dan percaya dengan taska yang uruskan Niesreena dan Naufal. Cikgu-cikgu semua ok, pemilik dia pun baik, sebab tu kitorang tetap kekalkan Niesreena dan Naufal kat sana.

Pagi tadi enche Neezam hantar Naufal ke tadika. Hensem Naufal di hari pertama... Hahaha...

Balik petang tadi, Naufal sebuk cerita yang ada bebudak nangis kat sekolah dia. Bebudak barulah tu. Naufal kata, "tadi ada budak-budak baru nangis, mama. Naufal tak nangis pun..." Cewah... Memanglah tak nangis. Naufal dah senior. Tahun lepas nangis jugak. Huhuhu...

Niesreena nampak penat sangat. Sian baby girl mama... Lepas mandi terus tidur. Kejut makan jap then tidur balik. Nyenyak betul. Penat sangatlah tu...

Mama pun penat. Ayah lagilah penat... Terima kasih sebab uruskan anak-anak hari ni ye enche Neezam, uruskan urusan paip kat rumah, service kereta mama... hmmmm... macam-macam urusan enche Neezam selesaikan hari ni... Kereta comel aku tu pun dapat 4 biji tayar continental baru. Terima kasih sayang... (^^)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top