♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, December 27, 2013

Next House's Project

Apa ituuuuu?

Coba tekaaaaaa....

Hahaha...

Sebenarnya ni ialah projek untuk rumah yang sedang berjalan sekarang. Kitchen cabinet? Oohhh belum lagi....

Ini projek luar rumah!

Kitorang punyer projek membela lalang terpaksa diberhentikan dan digantikan dengan projek tanam rumput. Hehehe...

Dah lama sebenarnya nak tanam rumput. Tapi tak berkesempatan. Ingat nak buat masa musim cuti sekolah sementara Niesreena dan Naufal tak der kat rumah, tapi dah nak naik sekolah pun tak sempat-sempat jugak. Hmmmm... dah minggu terakhir cuti dah! Akhirnya, disempat-sempatkan jugakssss!

Actually, my beloved hubby yang deal dengan supplier. Aku ada survey jugak sikit-sikit pasal rumput sebelum decide rumput macam mana yang kitorang nak guna.

Rumput hiasan ni ada beberapa jenis; ada cow grass, pearl grass then rumput karpet. Rumput karpet pun ada beberapa jenis; Taiwan, Japan dan Philippines. Orang kata kalau pearl dan cow grass senang nak jaga. Kalau rumput karpet ni payahlah sikit. Manja! Tapi kalau pandai jaga, Insya Allah, hasilnya tentulah jauh lebih cantik!

Ha cantik tak?

Rumput yang digunakan ialah rumput Taiwan. Rumput ni halus berbanding dengan cow grass. Cantik kan? Sedap mata memandang!

Hmmmmm... mesti korang kata, "Eeeee... cantiknya rumah Julie..."

Tq! Tq!

Sebenarnya ni bukan rumah aku. Gambar ni kredit daripada fb supplier. Kalau service bagus, nanti aku promote kat sini yer. Hehehe...

Kat bawah ni pulak ialah cow grass. Gebu jer. Cantik jugak kan?

Gambar kat atas ni pun dari fb supplier. Cow grass ni harganya lebih murah berbanding rumput karpet.

Enche Neezam decide untuk tanam rumput Taiwan Gred A. Alhamdulillah, supplier bagi harga murah jugaklah dari banyak-banyak yang dah enche Neezam survey.

Kerja-kerja menanam rumput ni dah bermula semalam; diorang racun rumput dulu. Dan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk selesai. So, kiter nantikan hasilnya macam mana eh.

Feeling ~ excited!

\(^^)/

back to top