♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, December 22, 2013

Lost di Lost World of Tambun!

Seperti yang dirancang, hari ni seharian kitorang akan melepak di Lost World of Tambun. Lepas breakfast di Garden Terrance terus jer masuk ke water park area.

Seronok gak kids area ni. Ada banyak slides dan kawasan dia luas. Puas dan penat jugaklah Niesreena dan Naufal main. Naylee main kat gigi air jer. Tunggu besar sikit nanti jadi jaguh macam abang Naufal yer...

Aku lepak kat sini jer dengan bebudak. Enche Neezam dah entah kat mana... gi main slides agaknyer...

Pukul 12 tengahari, kitorang gerak ke Petting Zoo.

Sempatlah tengok raccoons dan porcupines feeding.

Best kat kawasan kolam ni. Ada banyak sangat ikan. Semua nampak kelaparan jer.

Pukul 2 petang pulak ada tiger feeding. Seronok Niesreena dan Naufal tengok harimau-harimau tu tangkap daging yang dibaling. Bak kata Naufal, "Wow! Menakjubkan!" Hahahaha...

Selain harimau, ada jugak binantang-binantang lain yang buat pertunjukkan. Ada white parrots, comel giler! Paham bahasa plak tu. Ada jugak raccons dan beberapa binatang lain.

Dua gambar di atas aku google yer. Sebab tak bawak hp masa ni. Rugi betul!

Ini orang sudah penat!

Nap time Naufal. Memang wajib tidur! Atas tilam empuk. Hehehehe...

Kat sini jugak ada amusement park. Tak lah besar pun. Tapi seramlah jugak bebenda yang aku naik tu. Semua aku naik! Huhuhu...

Kapal tu kan... nampak macam apalah sangat kan? Tapi seramlah jugak! Kecut perut dibuatnya.... Eh! Tapi best! Aku naik 2 kali. Sekali lagi dok paling hujung! Paling tinggi! Huhuhu... ada beran?

Last sekali kitorang ke Tin Valley. Niesreena beria-ia nak tengok timah. Terpaksalah jugak aku cuba mendulang...

Dan akhirnya...

Taraaaaa!!!

Dapat jugak! Serbuk hitam-hitam tu lah timah... Hebat tak?

Tapi bukan aku yang dulang. Huhuhu... Beberapa minit aku mendulang, tak nampak hasil tapi penat jer lebih. Last last, aku suruh pekerja kat situ yang tolong dulangkan. Berapa saat jer dia buat, terus dapat. Hehehe...

Kawasan kat sini memang cantik sebab ia terletak di kaki bukit batu kapur. Pastu ada tasik dan kawasan hutan yang masih ada lagi monyet-monyet bergayut kat pokok-pokok kat situ. Kat tasik plak ada itik dan angsa. Memang nature laaa...

Balik ke area water park, aku, enche Neezam, Niesreena dan Naufal main air kat wave pool plak. Penat jugak nak lawan ombak. Bersyukur sangat cuaca hari ni sangat cantik. Mendung jer... So, tak lah terbakar kulit kitorang...

Penat giler. Dari pagi sampai ke petang dalam water park. Tak pernah macam ni.

Pukul 6 baru kitorang keluar. Sehari suntuk! Tu pun Niesreena dan Naufal tak nak keluar pool gak. Ayooo... dah jadi badak berendam dah anak-anak...

Moh ler kiter balik...

Malam tu... kitorang masih ada tiket free untuk masuk ke Springs & Spa. Tapi semua orang dah keletihan. Tak larat dah... Dan hujan pun turun mencurah-curah. Memang kena rehat kat bilik jer lah gamaknyer...

Hmmmm... tidur! Tidur! Esok nak balik...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top