♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, December 30, 2013

Juliet le Sweetheart's 2013

السلام عليكم

Tahun 2013 hampir melabuhkan tirai dalam masa beberapa hari ni. Banyak benda yang terjadi sepanjang tahun ni; ada yang baik ada jugak yang sebaliknya. Tapi aku boleh kata, tahun 2013 adalah antara tahun terbaik buat aku dan aku percaya 2013 jugak adalah antara tahun terbaik buat suami tercinta, Dr Khairunneezam.

Permulaan tahun ni agak sibuk buat aku dan enche Neezam sebab first time Naufal ke sekolah tadika dan Niesreena masuk tahun 1.

Alhamdulillah... sepanjang tahun ni, Niesreena dan Naufal cemerlang di sekolah dan dalam pelajaran masing-masing. Niesreena merupakan top 10 student di sekolah dia dan Naufal juga antara pelajar terbaik. Cikgu Niesreena kata, Niesreena fokus masa belajar dan sangat berdisiplin dan Cikgu Naufal kata Naufal memang advance kat sekolah. Lasak pun yer jugak!

Tahun ni jugak Naufal sangat aktif bertanding dalam semua pertandingan yang dianjurkan kat tadika dia. Dan alhamdulillah... Naufal dapat tempat pertama dalam semua pertandingan yang Naufal masuk.

Antara pertandingan yang Naufal masuk tahun ni ialah pertandingan bercerita.

video

Alhamdulillah, tahun ni jugak Niesreena dah boleh membaca jawi. Video ni diambil masa awal tahun, masih terkedek-kedek lagi. Tapi sekarang Niesreena semakin lancar baca jawi!

video

Yang aku kesalkan, Niesreena tak lagi naik Al-Quran tahun ni. Salah aku sebenarnya; ingatkan kat sekolah agama, akan belajar mengaji. Rupanya tak. So, berbulan-bulan Niesreena skip mengaji tahun ni. Patutlah pelik, naperlah tak naik-naik Al-Quran.

Tahun ni jugak tahun pertama Niesreena berpuasa and amazingly, Niesreena berpuasa penuh! Dapat hadiah daripada pihak taska and of course dari mama dan ayah jugak.

Awal tahun ni jugak kitorang pindah ke rumah sendiri. Seronok sangat! Akhirnya masuk rumah sendiri dan the best part tentulah sebab rumah sekarang lebih dekat dengan sekolah Niesreena, tempat kerja enche Neezam dan jugak tempat kerja aku.

Kitorang masuk ke rumah baru sejurus selepas dapat kunci. Pasang grill, kipas dan lampu yang peting-penting dan basic jer. Then terus pindah. Sebab rumah sewa sebelum ni jauh dari tempat kerja kitorang dan sekolah Niesreena.

So, disebabkan terus pindah, tak dapatlah kitorang nak wat renovation rumah sangat. Dan bila dah masuk rumah, malas pulak nak renovate sebab tak nak lawan habuk! So, terpaksalah buat reno sikit-sikit.

Tahun ni, kitorang cuma sempat reno belakang rumah untuk laundry area dan dalam proses sekarang tanam rumput kat ruang tepi rumah.

video

Hahaha... comel kan Naufal tolong sidai baju. Itulah laundry area rumah.

Alhamdulillah, tahun ni jugak, kitorang tambah ahli keluarga. Ahli keluargalah sangat kan??? Hahahha...

Sebenarnya, kitorang beli skuter. Untuk kemudahan enche Neezam ulang alik hantar Niesreena dan Naufal pergi sekolah. Jimatlah minyak sikit...

Dan beberapa bulan yang lepas, alhamdulillah ada rezeki lebih sikit, kitorang ambil kereta baru pulak. The power of dreams!

Sebenarnya, target tahun ni nak bagi adik pada Niesreena dan Naufal. Hehehe... tapi tak der rezeki lagi agaknya. Tak per lah... Cuba lagi tahun depan! Hehehe...

Walau apapun, aku tetap bersyukur sebab tahun ni aku terima 2 orang baby yang comel-comel bangat! Anak-anak buah aku, kebetulan seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Sepasang! Bertuah betul rasanya.

~Haziq Khawarizmi~

~Khaireena Sofea~

Kerjaya enche Neezam pun berjalan seperti yang dirancang. Tahun ni enche Neezam dilantik menjadi ketua kem Permata Insan. So, setiap kali cuti sekolah, enche Neezam akan sibuk dengan kem Permata Insan.

Enche Neezam jugak dilantik menjadi pengetua di salah sebuah kolej kediaman USIM. Busy sangatlah enche Neezam jadinya...

Enche Neezam jugak dapat keluarkan beberapa buah buku tulisannya. Cuma tahun ni, enche Neezam sangat kurang hantar tulisannya ke akhbar. Macam tahun-tahun lepas, kerap jugak tulisan-tulisan enche Neezam disiarkan samada kat Utusan juga Berita Harian. Hmmm... may be next year kena fokus pada penulisan lebih sikit. Ye dak enche Neezam?

Alhamdulillah, rezeki enche Neezam tahun ni, enche Neezam mendapat beberapa sijil anugerah di atas kecemerlangan beliau! Berbaloi-baloi! Bangga sangat!

Apapun, event yang paling penting tahun ni ialah konvokesyen Dr. Khairunneezam. Setelah bertahun-tahun bertungkus lumus memerah otak dan keringat serta pelbagai ujian yang mendatang, akhirnya enche Neezam berjaya menamatkan pembelajaran beliau di La Trobe University, Melbourne, Australia. Alhamdulillah...

Dan dalam kerjaya aku, alhamdulillah, tahun ni aku dapat naik ke jawatan baru. Lebih baik lagi. Tak sangka dapat naik secepat ini. Terima kasih atas kepercayaan yang bos-bos bagi kat aku. Bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi! Insya Allah... tahun depan, aku akan berusaha lebih lagi! Lebih baik lagi! Semangat!

Tahun ni jugak, aku dan enche Neezam berkesempatan bawak Niesreena dan Naufal gi cuti-cuti ke beberapa tempat. Mostly, favorite place kitorang kat Melaka lah. Sebelum akhir tahun ni, kitorang sempat ke Tambun, Ipoh.

Selain tu, dapat jugak pergi bercuti dengan famili yang lain; dengan famili aku dan famili enche Neezam. Memang best! Dan menyeronokkan!

Aku sempat jugak ke Melbourne masa konvo enche Neezam. Rindu Melbourne! Seronok sangat bila dapat jejak ke sana semula!

Enche Neezam sempat ke Korea jugak tahun ni. Misi mencari Jhi Hyo katanya... hahaha...

Bestkan jalan. Next year nak plan jauh-jauh skit.

Antara yang tak best tahun ni...

Naufal... Naufal...

Hmmmm... dah kata anak lelaki kan... sana benjol! Sini koyak! Situ bengkak! Jangan patah riuk sudahlah sayang oi! Risau mama..

Ada jugak benda-benda tak best tahun ni. Tapi tak payah citerlah... Sebab tak nak ingat sangat pun.

Tapi alhamdulillah... kebanyakkannya berjalan lancar jer hidup kitorang tahun ni. Happy jer! Harap-harap tahun 2014 akan lebih baik lagi... lebih happy... dan lebih dimurahkan rezeki lagi...

Yup! Sebab ni lah aku suka sangat blogging! Aku boleh tengok semula apa yang terjadi. Kenangan-kenangan manis! Sebenarnya ada banyak lagi cerita dan gambar-gambar... Cuma kekadang tu tak der masa jer nak blog. Insya Allah tahun depan! Akan cuba lebih aktif lagi yer! Chaiyok!

Dikesempatan ini, dengan rendah hati, aku ingin memohon ampun dan maaf atas segala ketelanjuran dan salah silap yang pernah aku lakukan. Mungkin secara sengaja atau tidak menyakitkan hati dan mengguris perasaan korang. Mungkin pernah mengeluarkan kata-kata atau bertindak yang tidak sepatutnya.

Semoga di tahun 2014, kiter membuka lembaran baru. Bak kata pepatah, 'Buang yang keruh, Ambil yang jernih'. Cewah!

Aku doakan, perjalanan kiter pada masa akan datang akan jauh lebih baik lagi dari sekarang dan sentiasa dibawah lindungan Allah swt.

Amin! Amin Ya Rab!

Dan semoga CINTA kita bersemi dengan lebih utuh dan kuat lagi yer sayang...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top