♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, December 31, 2013

|A|Z|A|M|1|4|

Biasalah... bila dah hujung-hujung tahun ni, semua orang cakap pasal

AZAM

Hahahhaha... aku tak derlah nak berazam bagai sangat sebenarnya. Tapi bila nak memulakan sesuatu yang baru, memang kiter tak boleh nak lari daripada azam. Tapi azam tahun lepas tercapai ke idok?

Kalau ikut aku, boleh kata 60% azam aku tercapai. Kadang tu azam aku, bukan untuk diri aku je, tapi untuk orang lain jugak; untuk anak-anak, untuk suami dan untuk keluarga.

Bagi aku, azam tahun baru tu memang wajib! Capai atau tak, tu bergantung pada usaha sepanjang tahun ni nanti... Kalau nak capai, kenalah usaha lebih. Kalau malas, hmmmm... lu pikirlah sendiri.

Hmmmm... tahun ni sebagai mama, aku ada banyak azam untuk Niesreena dan Naufal.

Aku harap Niesreena dapat khatam Quran tahun ni. Bukan tu je, aku nak Niesreena boleh membaca Quran dengan lancar dan betul. Begitu jugak dengan Naufal, harap-harap dapat naik quran, sebelum berakhir tahun 2014 ni nanti.

Aku jugak berharap Niesreena dan Naufal dapat menjadi lebih cemerlang dan aktif lagi kat sekolah. Aku berazam akan korbankan waktu tv untuk aku waktu malam untuk berikan lebih perhatian kepada pelajaran Niesreena dan Naufal. Hmmmm... buleh kaaa??? Hehehe... Aku bukanlah kaki tv sangat. Cuma kalau waktu malam, memang waktu berehat, baring-baring, tengok tv dan sangat sikit peruntukkan untuk pelajaran Niesreena dan Naufal. Harap-harap tahun ni aku dapat fokus lagi waktu untuk pelajaran diorang dan periksa buku sekolah pada setiap malam!

School nights definitely no tab and no psp untuk Niesreena dan Naufal! Harap-harap aku dan enche Neezam takkan cair dengan pujuk rayu diorang. Hehehe...

Semoga Niesreena dan Naufal akan menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. Amin...

Sebagai seorang isteri... hmmmm... aku berazam.... hmmmmmm....

hehhehehe... cam tu lah...

Aku berazam menjadi isteri yang solehah dan sentiasa mentaati dan mencintai suami. Sentiasa menyokong suami dikala senang dan susah. Insya Allah... Itu azam aku setiap tahun sebagai isteri. Semoga tahun ini akan menjadi isteri yang lebih baik lagi.

Semoga Allah sentiasa merahmati cinta kitorang dan akan bersemi dengan lebih utuh lagi ❤ Dan semoga kiter semua diberikan kesihatan yang baik bagi menghadapi hari-hari yang mendatang. Amin...

Hmmmm... azam tahun ni nak bagi adik kat Niesreena dan Naufal! Hehehe... Insya Allah... kalau ada rezeki.... Amin....

Aku ada banyak azam sebenarnya azam aku sebagai anak, sebagai menantu, sebagai kakak, sebagai blogger, sebagai pekerja dan yang penting sebagai hamba Allah swt.

Kalau nak list sumer azam aku kat sini, memang panjanglah nak taip. Hehehe...

Macam-macam...

Nak reno rumah... Nak tukar tu... Nak tambah ni...

Nak gi sana, nak gi sini...

Nak belajar tu, nak buat ni...

Nak Mazda3... Oppppsss... idok ler... masih sayang lagi Myvi pink aku tu. Tukar keter mungkin dalam list azam 2016 kot. Tapi kot ada orang nak bagi free, saya sudi menerimanya. Huhuhuhu...

Untuk kerja... nak strike for 1.5 mill!

Last but not least, semoga tahun ni aku menjadi hamba Allah yang lebih baik dan sentiasa mendapat keredhaanNya. Insya Allah...

Ishhh... panjang kalau nak list azam!

Apa-apa pun, aku harap 2014 akan menjadi tahun terbaik buat kiter semua; tahun yang penuh kasih sayang, cinta, kebahagiaan, kesenangan, pengertian, keikhlasan, penghargaan, keselamatan, keharmonian, positif, dan taubat... dan semua yang baik-baik harapnya dari Allah swt...

Selamat tahun baru 2014.

Semoga kite lebih bersedia menempuh hari esok dengan wajah dan semangat baru!

Do the best and strike for the best! Semangat!

❤❤❤❤❤❤❤❤❤

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top