♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, November 7, 2013

Sanita

Pada cuti Awal Muharam yang lepas, aku dan enche Neezam serta little Khairuns sempat balik ke Segamat, walaupun cuti sehari! Going back with the mission! Katanya... Hehehehe...

Misi apa??? Nanti kiter citer kendian... Tapi hari ni nak cerita..

Masa keluar kat plaza tol ******** (sila teka), adik yang jaga tol tu namanya Sanita. Terus aku dan enche Neezam teringat pada satu barang jenama Sanita yang sangat famous pada suatu ketika dahulu.

Barang ni, enche Neezam memang tak guna dan aku pun tak sempat nak guna... Tapi masa kecik-kecik dulu aku memang kena gi beli benda ni.

Korang tau tak apa?

Cer teka!

Cer teka!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Apakah Sanita yang dimaksudkan?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Ha...

Inilah dia!

So, topik perbualan aku dan enche Neezam selepas melepasi tol tu ialah mengenai tuala wanita!

Hahaha...

Dulu masa kecik-kecik memang tolong mak pergi beli Sanita kat kedai runcit depan rumah. Nenek kedai tu akan balut dulu kotak Sanita ni elok-elok dengan surat khabar baru bagi kat aku.

Memula tu konfius jugak; naper nak kena balut-balut macam hadiah bagai??? Masuk plastik ajer sudahlah kan. Sebab... kalau balut pun, orang tau, dalam tu ialah tuala wanita! Huhuhu...

Lama kelamaan, kitorang dah jarang beli barang sikit-sikit kat kedai runcit, tapi beli barang stok sebulan sekali banyak kat supermarket - Giant. Masa tu, orang kaunter tu tak balut pun Sanita. Terasa segan plak!

Bebudak 80-an mesti pernah dapat tugasan membeli Sanita kan? Huhuhuhu... Honestly, aku kagum dengan enche Neezam. Enche Neezam kata "abang ingat lagi kotak sanita tu ada bunga-bunga warna kuning". Uiiikkksss... aku ingat nama... tapi tak teringat plak paket dia cam ner. Puas gak cuba ingat...

Sekali google... memang betul!

Sekarang ni aku tak sure brand Sanita ni masih wujud lagi atau tak dipasaran. Lagipun dah banyak sangat brand-brand tuala wanita sekarang. Kalau dulu, Sanita lah yang famous!

Orang kalau beli pun tak der nak balut-balut lagi dah. Beli besar-besar, banyak-banyak pun tak segan. Beli dua paket 30 pcs dapat percuma 1 paket lagi! Kemain banyak stok! Huhuhu...

Kalau iklan tuala wanita kat tv sekarang ni pun, selamba jer... ceria jer... Tapi banyak-banyak iklan tuala wanita, aku suka iklan Libra yang pernah aku tengok kat Melbourne dulu...

Yup yang kat bawah ni... enjoice!

No comments :

back to top