♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, November 23, 2013

Apa jadi hari ni (^-^)

Pagi-pagi lepas subuh, aku terus bertolak balik ke KL. 7.30 pagi dah terpacul depan rumah mak. Terkejut emak aku. Huhuhuh...

Plan hari ni nak jalan-jalan dengan mak. So, memandangkan Niesreena dan Naufal pun takder, enche Neezam pun tak der, kitorang plan gi meronda-ronda berdua-dua jer - aku dan emak jer! Abah tinggal kat rumah baik-baik yer... ~~(^-^)~~

Lepas sarapan, aku dan emak gi Ikea. Ada benda yang aku dah aim kat sana dan alhamdulillah masih ada stok lagi. Seronok ke Ikea tanpa anak-anak; barulah aman damai dan fokus sikit nak tengok dan belek barang-barang. Kalau bawak Niesreena dan Naufal, hmmmmm... asik nak risaukan diorang jer... nak tengok barang betul-betul pun tak boleh.

Lepas tu kitorang ke pasar Jalan TAR. Dah lama aku tak ke sini. Dulu, masa aku kecik-kecik, pasar Jalan TAR ni bukak malam Sabtu jer; start dari depan Sogo tu, hinggalah dekat ke dataran. Tapi sejak tahun 90-an rasanya, pasar ni dipindahkan kat Lorong TAR sebelah Pertama Komplexs atau Campbell hinggalah ke Jalan Masjid India. Memang panjang giler! Dari pagi dah bukak dan tak lah mengganggu laluan jalan raya.

Banyak sangat barang yang dijual kat sini; daripada aksesori wanita hinggalah ke makanan! Tudung jangan cakaplah... memang banyak giler. Lebih-lebih lagi tudung bertinkek-tingkek ni. Telekung bermacam warna dan corak dan murah-murah! Ada satu kedai ni, jual brooch murah-murah! Hmmm... apa lagi... boronglah...

Kalau orang luar datang KL, pasar Jalan TAR ni memang tempat wajib datang. Rugi kalau tak singgah!

Tapi yang aku jengkel dan kesalkan, ada banyak jugak peminta sedekah kat sini! Boleh kata sepanjang aku dan emak berjalan pergi dan berpatah balik, aku didekati lebih kurang 10 orang peminta sedekah! Tak kira usia, jantina dan bangsa! Memula bagilah jugak, tapi kalau dah ramai sangat, tak boleh lah kan... Nak tengok barang pun terganggu...

Masa aku berhenti tengok baju kat satu kedai ni, ada sorang budak perempuan lebih kurang 7-8 tahun. Dari rupa dia, rasanya berbangsa pakistan. Dia datang kat aku dan terus menghulurkan surah Yasin kecil pada aku. Dengan keadaan aku sedang memegang baju, aku tak sempat nak ambil Yasin yang dia hulurkan dan aku katakan pada budak tu "Tak per lah dik". Tapi dia tetap jugak hulurkan dan letakkan Yasin tu pada lengan aku dan Yasin tu terus jatuh ke tanah. Ye lah... walaupun lenganku lebar tapi tak stabil dik non oi!

Budak tu terus jerkah aku dan kata "Kenapa tak ambil?!" Aku terus kata pada dia "Kan saya dah kata tak nak. Kenapa you bagi jugak?". Sambil tunduk untuk mengambil Yasin yang jatuh tu, budak tu sempat memijak kaki kanan aku. Obviously dengan sengaja! Aku terkejut dan dengan spontan terus angkat kaki aku yang dipijak tu dan TERpijak pulak kaki dia. Ya... TERpijak... Memang aku tak sengaja. Budak tu terus menangis sambil mengusap kaki dia yang dipijak aku tu. Aku kesian pada dia, tapi dalam masa yang sama aku rasa sangat marah dengan tindakan dia yang biadap tu. Aku cakap pada budak tu, "Kurang ajar betul eh kau ni! Biadap betul!". Budak terus bangun dan kata "F**k You!". Then dia keluar dari kedai tu dengan kawan-kawan dia.

Ya Allah... Sabar jer lah... Tapi waktu tu aku tak marah... aku tergelak. Aku tak sangka budak perempuan elok bertudung, mengharapkan simpati dengan meminta sedekah, boleh keluarkan perkataan macam tu. Mengucap panjang aku...

Pekerja kat kedai tu nampak insiden yang berlaku dan dia kata budak-budak tu memang macam tu. Diorang akan dapatkan jugak duit. Pekedai pun selalu jadi mangsa. Dalam sehari sampai 7-8 kali datang mintak sedekah. Pandai demand plak tu. Seringgit tak nak!

Seorang dari pelanggan kat situ menyampuk perbualan kitorang. Kata dia, kekawan budak tadi tu ada mintak jugak kat dia. Kata peminta sedekah tu "derma kak seiklas hati". Tapi bila bagi seringgit, diorang tak nak. Mintak 5 hengget. Seikhlas hati apa namanya tu. Then aku cakap dengan pelanggan tu, "tu maksudnya, seikhlas hati dia, bukan seikhlas hati awak". Haaaiiiisssshhhh... sabar jer lah... Spoil mood betul!

Sepanjang perjalanan aku dan emak lepas tu, aku teringat kat budak tu. Mesti sakit kaki dia kena pijak dengan aku. Dia dah lah kecik halus jer dan aku pulak... ehemmmm... besar dan of courselah berat! Bayangkanlah... Mesti sakitkan... Kesian jugak. Sorrylah dik sebab tak sengaja... tulah... cari pasal lagi... kan dah kena!

Apa-apa pun... happy sangat hari ni sebab dapat jalan-jalan dengan emak. Other than the incident happened, emak memang nampak happy... Aku pun seronok jugak. I love you emak!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top