♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, October 7, 2013

This book belongs to Reena!

Next projek... balut buku!

Niesreena memang giler buku! Giler sangat dengan buku!

Dan aku...

... giler nak membelikan buku untuk Niesreena dan Naufal!

Hehehehehe...

Aku suka beli buku-buku untuk Niesreena dan Naufal kat Popular. Sebab jadi member, so memang wajib dapat potongan! Dan potongan untuk member di Popular memang banyak. Best!

Last week, aku dan Niesreena gi membeli-belah buku kat Popular lagi. Kitorang borong buku-buku latihan tahun 2 sebab kebanyakkan buku-buku latihan tahun 1 Niesreena dah habis Niesreena buat.

Pastu, kitorang terjumpa buku-buku mini yang memang menarik perhatian Niesreena. Harga sebuah buku cuma RM1.90, dapat potongan 10%. So, jadi RM1.70 jer sebuah.

Biasanya buku-buku bacaan dan teks Niesreena memang wajib balut. Kalau tak balut memang sekejap jer lah jahanam sebab Niesreena asyik dok baca jer. Sampai lunyai buku tu jadinya...

Dan biasanya, bila balut buku, aku akan siap lekatkan nama Niesreena atau Naufal pada buku-buku diorang.

Memandangkan kali ni buku mini, jadi tak bolehlah nak tampal nama kat depan buku. Kalau tak kang, habis tertutup tajuk depan muka buku. So, kali ni, terpaksalah tampal stiker nama kat belakang buku. Dan memandangkan ada banyak lebihan kertas dari projek plastic storage hari tu, baiklah kiter gunakan yer. Cover seluruh belakang buku.

Kemudian tampalkan stiker nama.

Dan bolehlah mula membalut buku!

Aku suka gunakan Magic adhesive book wrapper ni sebab plastiknya tebal, bercorak dan ada self sticker. So tak perlu gunakan salotep. Sehelai wrapper ni boleh cover keempat-empat buku mini ni.

Siap! Dan kemas!

I loike!

Niesreena pun suka! Seronok dia tengok buku dia dah terbalut kemas. :)

Bolehlah Niesreena bawa dan baca buku ni kemana-mana. Aku tahu... buku ni akan lunyai jugak akhirnya... tapi sekurang-kurangnya bertahan lamalah sikit...

Huhuhu..

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top