♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, October 5, 2013

Study HARD Week

Minggu depan dah masuk minggu peperiksaan. Peperiksaan Naufal bermula hari Isnin ni. Niesreena pulak start hari Selasa. Niesreena peperiksaan tahun satu, 4 hari jer. Naufal peperiksaan tadika 2 minggu! Hebat betul!

Huhuhu...

Study! Study!

Biasanya kalau Niesreena study aku dan enche Neezam tak pantau sangat sebab dia memang study bebetul walaupun sorang-sorang. Kalau ada yang Niesreena tak faham baru dia akan tanya aku atau ayah dia.

Kerja sekolah Niesreena pun biasanya dah disiapkan kat sekolah atau taska. Asal tanya "Reena, ada kerja sekolah ke tak?" Mesti jawab Niesreena, "Tak der... dah siap!" Kadang tu tak percaya. Check jugak satu persatu buku sekolah... tapi memang tak der kerja sekolah...

Tapi kalau tanya Naufal, "Naufal, ada kerja sekolah ke tak?" Jawapannya pun sama macam kakak dia. Tapi bila check buku sekolah.... banyaknyerlah homework yang tak siap. Siap cikgu dia tulis dekat buku dengan pen merah

Siapkan!

Kerja rumah! Siapkan

Adoiii aiii... Naufal... Naufal...

Naufal ni kalau study, memang kena pantau. Baru dia bersemangat dan rajin sikit...

Tapi setiap 10 minit, mesti dia

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Hilang!

Banyak rehat dari study! Haiiissshhhh...

So, minggu ni, NO TV for little Khairuns and for me! Rekod jer sumer dulu, then lepas habis diorang peperiksaan nanti baru kiter tengok tv sampai lebam! Huhuhuhu...

Bawah ni, video cikgu Niesreena ajar Naufal bahasa Arab. Maklumlah, mama dia ni tak pernah ambil matapelajaran bahasa Arab. Sabar jer Niesreena mengajar Naufal yang... hmmm... tengoklah sendiri...

Dalam peperiksaan yang lepas, Naufal dapat nombor 3. Pastu Naufal dapat tukar ke kelas yang lebih baik. So, dalam kelas baru ni, tak tau lah Naufal dapat nombor berapa plak. Harap-harap masih dalam ranking yang terbaik.

Niesreena plak baru ni nak rasa debar peperiksaan. Pertengahan tahun dulu tak der peperiksaan. Aku pun tak paham sekolah ni. Sekolah lain sumer ada peperiksaan pertengahan tahun, sekolah Niereena tak der. Tak kan sekali jer peperiksaan dalam setahun kan? Maksudnya, students kena cover silibus dari awal untuk satu-satunya peperiksaan ni. Banyak kena study...

Sekarang ni kat sekolah dah tak der sistem gred dan nombor peperiksaan lagi dah. Sekolah-sekolah dah gunakan PBS dan sistem 'band'. Band 1 hingga band 6; band 1 paling lemah dan band 6 paling cemerlang. Diorang dapat band berdasarkan analisa guru. Sebab tu ada parents yang tak setuju dengan sistem ni. Mana lah tau cikgu bias ke kan... Biasalah manusia...

Kalau ikut aku, aku suka sistem zaman aku sekolah dulu; ada gred, ada nombor peperiksaan. Baru semangat berlumba-lumba tu meluap-luap! Sumer nak dapat nombor 1! Kalau dapat nombor 5, kiter tahu, ada 4 orang lagi lebih baik dari kiter dalam kelas tu.

Tapi ye lah... orang-orang yang pakar dalam bidang ni mesti lebih tahu dan kaji baik buruk sistem baru ni. Mungkin lebih sesuai dengan zaman sekarang ni kot. Apapun mesti ada pros dan kons jugak. Tapi kalau nak dapatkan band yang terbaik so, kenalah buat dan tunjukkan yang terbaik! Betul tak?

Mama doakan

Niesreena dan Naufal akan dapat keputusan yang cemerlang

dalam peperiksaan kali ni!

Amin...

Honestly, mama pun nervous! Hehehe...

Oh ya... tertarik dengan artikel yang aku jumpa pagi ni; "Children of working mums do better at school". Jom baca! Dan buat analisa...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top