♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, October 2, 2013

Naufal @ lawatan sekolah

Malam tadi tak lelap tidur.

Sebab...

hari ni Naufal akan mengikuti lawatan sekolahnya ke Melaka.

First time lepaskan Naufal gi jauh sorang-sorang tanpa ditemani samada aku atau enche Neezam atau atok-atok Naufal.

Honestly, aku memang agak risau.

Macam ni gak perasaan masa lepaskan Niesreena ikut lawatan sekolah dia tahun lepas. Huhu...

Malam tadi aku sempat gak berborak dengan Naufal pasal lawatan dia ni. Naufal nampak excited sangat. Kata Naufal, "nanti cikgu nak bawak pergi z.o.o. Zoo! Naufal nak tengok haiwan. Harimau, gajah, zirafah, semua!"

Aku sempat usik Naufal, "Naufal tak payah pergilah... boleh tak? Nanti mama dan ayah bawak pergi." Muka Naufal terus monyok, perlahan-lahan Naufal kata "Naufal nak pergi dengan cikgu dengan kawan-kawan naik bas. Nanti Naufal pergi lagi dengan mama, ayah, kakak dengan Naylee." Hehehe... sempat tambah nama sepupu kesayangan dia.

Hmmmm... tak lena tidur aku dibuatnya. Takut Naufal tertinggal atau..... eh... macam-macam plak aku pikir.

Dah lah petang semalam masa ambil Naufal dari taska, kepala dia benjol. Kata cikgu dia, sebab Naufal panjat meja dan lompat. Haaaiiissshhhh... geram betul! Bukan marah kat cikgu, tapi marah kat Naufal. Memang Naufal ni lasak dan aktif! Kekadang tu sampai diri dia yang sakit! Lagilah buat aku rasa macam tak nak lepaskan Naufal pergi hari ni!

Pagi tadi Naufal bangun awal dan memang senang sangat bangun. Berbanding hari-hari lain, memang liat! Nampak sangat excited nak gi lawatan.

Sampai sekolah, salam-salam, cium-cium, terus berlari masuk. Aku bekalkan duit belanja RM20 kat cikgu untuk Naufal buat belanja. Asal jangan beli mainan ntah apa-apa sudahlah...

"Haaaaiiiilah hati... biarkanlah Naufal rasa pengalaman gi lawatan dengan kengkawan dia. Doakanlah Naufal dan semua selamat dan sentiasa dilindungi. Doakanlah jugak agar cuaca hari ni baik. Amin..."

So, memandangkan taska tutup hari ni sebab diorang gi lawatan dan memandangkan enche Neezam masih lagi di Terengganu, maka terpaksalah aku mengambil cuti separuh hari untuk menjaga puteri aku yang sorang tu.

Pagi tadi berulang-ulang kali Niesreena kata, "Mama jangan lupa ambil Reena dekat sekolah tau hari ni."

Pukul 12.15 aku dah terpacak kat bus stop depan sekolah. Pukul 12.30 bunyi loceng dan meluru ramai bebudak sekolah keluar dari kawasan sekolah. Sekejap tu, ternampak kelibat Niesreena. Laju meluru berlari ke arah kereta. Muka Niesreena... obviously happy nampak mama dia yang comel ni! Huhuhu...

Aku bawak Niesreena gi lunch kat nasi beriani gam. Bersungguh-sungguh Niesreena makan. Niesreena kata, "Reena suka lah mama ambil Reena. Esok mama cuti lagi boleh?" OOoooooo... tentulah tak boleh sayang... Hehehe... Sian anak mama... Mama kenalah kerja...

Sebelum balik ke rumah, kitorang sempat ke kedai buku Popular. Borong buku-buku latihan tahun 2 untuk Niesreena. Then, balik dan berehat sebelum ambil Naufal lebih kurang pukul 6 petang nanti...

Hmmmm... apa citerlah Naufal...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top