♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, October 19, 2013

Chill @ Sungai Chilling Waterfall

Korang pernah jejak ke Air Terjun Sungai Chilling?

Aku dengar nama tempat ni pun tak pernah sebelum ni. Ni lah first time ke sini. Nasib baik company wat outing ke sini, kalau tak... tak jejak lah...

Air terjun Sungai Chilling ni terletak di Kuala Kubu Baru, jalan menghala ke Bukit Fraser. Sebelum naik ke sungai Chilling, kitorang berkumpul kat kawasan empangan KKB - Splash. Tepat jam 7.45 pagi aku dan enche Neezam sampai kat sana. Cantik sangat permandangan pagi! Kabus pun tebal! Terasa macam kat Melbourne masa winter dolu-dolu... Huhuhu...

Bila semua dah berkumpul, barulah kitorang bergerak ke Sungai Chilling. Dari Splash ke jalan masuk Sungai Chilling ni mengambil masa tak sampai 5 minit pun. Dekat jer...

Sampai di tapak perkhemahan Sungai Chilling, kitorang breakfast dulu. Tambah tenaga! Sebab perjalanan ke tempat air terjun tu mengambil masa lebih kurang 45 minit dan merentas 5 batang anak sungai!

Terasa exited betul! Huhuhu...

Memang adventures betul!!! Melalui denai dan becak, tanah dan lumpur! Naik bukit, turun bukit! Dan paling best - meretas anak sungai! Dan kat sungai ni banyak sangat ikan kelah!

Dan banyak sangat pokok periuk kera sepanjang perjalanan. Excited dapat tengok live! Hehehe... *saya orang bandar*

Hampir 45 minit perjalanan, akhirnya kitorang tiba kat air terjun sungai Chilling ni! Walaupun air terjun ni tak setinggi dan sebesar mana, tapi cantiknya... Subhannallah...

Rasa berbaloi-baloi penat berjalan 45 minit! :)

Ada banyak sangat ikan kelah! Bila kitorang bagi makan, berebut-rebut ikan-ikan ni. Huhuhu...

Air sungai pun sangat sejuk! Macam ais batu! Tapi aku belasah berendam jugak. Dah tu semua dok berendam kan... Aaaaarrrrgggghhhh... sejuk giler! Tapi menyegarkan! Best! Best!

Enche Neezam pun nampak enjoy. Entah berapa kali dia wat samersop masuk air. Samersop setengah bulat! Huhuhu... Walaupun company trip ni, company aku, tapi dia buat cam company dia jer... Hehe... Biasalah enche Neezam kan...

Alhamdulillah... seronok sangat! Yang paling best, cuaca memang ok sangat! Bila kitorang dah sampai bawah balik, barulah mula hujan gerimis.

Memang enjoy! Walaupun penat... Thanks for the organizer. Insya Allah... ada rezeki nanti akan sampai lagi ke sini...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top