♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, September 1, 2013

PATA Reunion

Chak!!!

Hensem tak aku berkumis tebal. Hehehe...

Semalam kitorang berkesempatan join reunion family PATA. PATA ni ialah 'Persatuan Anak Cucu Tok Arshad @ Arsat'. Arshad ni ialah moyangku belah abah. Perjumpaan setahun sekali ni diharapkan boleh merapatkan silaturrahim di kalangan anak cucu tok Arsat.

Kalau nak cerita pasal sejarah dan susur galur Tok Arsat ni memang aku fail lah. Tapi yang jelasnya, kitorang ni memang keturunan jawa. Mbah aku, anak Tok Arsat yang ke-6 dari 8 adik beradik. Tapi semua adik-beradik mbah dah meninggal dunia. Tinggal mbah sorang jer sekarang; yang tertua dalam keturunan Tok Arsat ni. Mem besar! Huhu...

Ramai jugaklah yang berkumpul kali ni; ada yang aku kenal, ada yang aku biasa nampak, dan ramai jugak yang aku tak kenal langsung! Dan bila dah berkumpul ramai-ramai ni, atok nenek pakcik makcik sumer pakat speaking London Java! Hehehhe... Orang-orang muda, termasuklah aku... ramai tak menurun cakap jawa.

~Keluarga kecil PATA~

Ini gambar belah mbah aku jer. Abah 10 orang adik beradik, cucu mbah ada berpuluh-puluh begitu jugak cicitnya pun dah berpuluh-puluh! Tapi ramai yang tak datang.

Niesreena dan Naufal sempat masuk pertandingan mewarna dan dapat hadiah. Lucky enche Neezam pun dapat hadiah cabutan bertuah! Nombor aku jugak tak naik.

Si comel bawah ni *ehem... dua-dua comel* anak buah aku, Haziq yang bam bam! Baru 3 bulan lebih, tapi badan kuuusssss semangat!

Ok lah... mood raya masih membuak-buak ni. Sat lagi nak kuar gi shopping plak.

Yey!!!

Me and my love!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top