♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, September 30, 2013

DIY Teaser | Box + Plastics

Next!

DIY project was done!

Will share with you gals soon!

\(^^)/

Mode : Feeling great and happy!

Sunday, September 29, 2013

Aktiviti memerah otak di hujung minggu

Semalam ingat nak ke Parkson, Seremban. Bila dah parking, uncle parking tu kata Parkson tutup sementara sebab renovation. Hampeh betul! Baru ingat nak shopping voucher RM100 yang dapat masa lucky draw hari tu. Hmmmm... tak der rezeki... tak per... lain kali boleh...

So, kitorang berpatahlah balik ke Seremban 2; gi Tesco. Favourite shop aku kat sini ialah kedai Mr. DIY! Banyak barang kat kedai ni dan harganya pun murah! So, dapatlah aku grab beberapa barang; ntah hapa-hapa jer pun. Dan Niesreena dan Naufal pun dapat bahagian diorang!

Barang art Niesreena ni dah lama aku cari, tak sangka jumpa kat sini! Harganya pun murah! Baru RM1.80 satu set.

Nak tahu apa ni? Hmmm... aku pun sebenarnya tak sure apa nama dia. Tapi benda ni ala-ala puzzle lah.... Kena tengok dulu gambar, then fikirkan, mana yang nak lekat dulu.

Seronok buat benda ni. Aku pernah buat dengan Niesreena dulu masa diorang dapat hadiah puzzle ni dari tadika. Sekarang ni Niesreena boleh buat sendiri. Niesreena pun enjoy buat puzzle ni!

Niesreena's job well done!

Untuk Naufal plak, ayah Khairuns belikan lego. Padahnya... ayah Khairnuns terpaksa memerah otak untuk setupkan lori bomba tu. Tak kan nak suruh Naufal buat sendiri kan, memang tak kan jadi lah...

Lepas sejam! Baru siap!

Sebagai upah, ayah main dulu... Huhuhuhu... Bak kata ayah, "Ayah ajar cara main ni. Naufal tengok ayah main dulu eh... ". Iyoooolah tu ayah... Tak per... bagi can. Sian ayah penat perah otak 100++ pcs small blocks!

Sabar jer lah Naufal menunggu giliran... Hehehe...

Kelakar tengok ayah Khairuns main lego. Siap ada sound effect! Hehehehe... Comel!


Sep 28, 2013 |

Hmmmm... rindu enche Neezam. Tengahari tadi Enche Neezam bertolak ke Terengganu untuk interview calon-calon Permata Insan kat sana pulak. Selamat pergi dan selamat kembali k sayang!

Thursday, September 26, 2013

Wudu cling untuk little Khairuns

Assalamualaikum

Sejak mula bersekolah awal tahun ni, Niesreena tak pernah tinggal solat subuh. Alhamdulillah...

Setiap kali lepas mandi, Niesreena akan ambil wuduk. Setiap kali itu jugaklah aku dengar Niesreena jerit, "Mama... lepas muka apa?", "Lepas tu apa?"

Aku yang sibuk wat breakfast ni pun terjerit-jeritlah balik kat dia; lepas ni apa, lepas tu apa... Haiiissshhhh...

Lama kelamaan Niesreena dah hafal semua step wudu. Alhamdulillah... Tapi aku perasan, ada sesekali beberapa step yang Niesreena tertinggal. Kadang-kadang tu ada yang terbalik. Bila tanya kenapa... Niesreena kata, "Eh! Terlupa plak". Comel jer jawapan! :)

Hmmmm... cam ner ek? Yup! I need to get solution...

Thanks to Google, aku jumpa benda ni... sangat membantu!

Nampak tak apa yang kuning tu? Itulah wudu cling yang aku buatkan untuk Niesreena.

Eh... actually aku tak buat, aku jumpa kat google! \(^^)/

Oh! I ❤ googling! Hehehe...

Then aku print... gunting... laminate kemas-kemas...

Dan lekat kat toilet!

So, lepas ni, wuduk Niesreena dan Naufal akan lebih baik lagi dan sempurna. Insya Allah...

Menarik kan? So, aku nak kongsi dengan korang. Kalau berminat nak buat benda yang sama, bolehlah

download kat sini.

Love it!

Wednesday, September 25, 2013

Wordless Wednessday | Family lidi saya

Monday, September 23, 2013

Super Mama week!

It is THAT week again!

A week *perhaps two!* without him!

Need to change daily routine!

And be a SUPERMAMA!

Chaiyok Julie!

I know I can do it!

This week: Dr Khairunneezam will be in Johore; interviewing new students for Permata Insan. Good luck for the candidates and parents! Thrilled! Hopefully we'll be one of the proud parents next year! Amin...

Sunday, September 22, 2013

Anugerah cemerlang lagi...

Alhamdulillah...

Rezeki enche Neezam lagi. Tak sia-sia penat lelah, usaha dan masa yang dicurahkan untuk berbakti kepada anak bangsa dan negara... Nawaitu lillahi ta'ala... Insya Allah, Allah jugak ada beri bahagian untuk enche Neezam.

So happy for him! ❤

Saturday, September 21, 2013

Today task | Laundry folding day!

Arrrrrgggghhhhhh!!!!

Banyak-banyak kerja rumah... melipat baju adalah kerja yang paling malassssssss nak buat! Tapi nak buat macam mana? Kalau tak lipat jadi harta karun lah plak.

Aku tak tau lah korang... tapi kat rumah aku memang ada masalah lipat kain baju. Aku lah punca masalahnyer... Malas! Huhuhu...

Kadang tu seminggu sekali, kadang dua minggu sekali. Apapun... aku bersyukur sangat sebab dikurniakan suami yang sangat rajin. Enche Neezam sangat rajin melipat baju! Tu yang buat aku saayyaaaaaaannnggg sangat kat dia. Muah! Muah! Hehehe...

Tapi bila dua-dua tengah busy... balik kerja penat... so, tak der masa nak melipat baju. :(

*sigh*

Part membasuh even meyental dengan berus dan menyidai pakaian, aku memang enjoy. Aku tak kisah basuh dan sidai banyak baju. Tapi bila part melipat baju... ohhhhhh TIDAK!!! Hahaha... memang dari bujang dulu, ini lah task yang paling aku tak suka, tapi aku suka almari baju kemas! Cam no?

Dulu masa kat rumah sewa **rumah setingkat, bilik 3 jer, fully occupied** aku boleh kata rajin lah lipat baju. Bila angkat baju dari ampai, letak kat depan tv, sambil tengok tv, sambil lipat kain sebab sakit mata bila tengok baju berlonggok kat ruang tamu. Pastu terus masukkan baju dah berlipat dalam almari memasing.

Sekarang, bila masuk rumah baru **rumah 2 tingkat, 4 bilik, 1 spare room** satu bilik kitorang jadikan bilik baju. Kat bilik inilah biasanya aku akan letakkan baju-baju bersih yang belum berlipat, kononnya nak lipat bebila free yang mana entah bila.

Korang bayang, Niesreena dan Naufal pakai at least 3 pasang baju setiap hari. Seminggu dah berapa pasang? Kalau seminggu tak lipat baju, boleh bayang tak macam mana membukitnya baju nak lipat? Bila penat, simpan dulu kat bilik baju. Adoiii... Bila dah lipat depan tv, kena bawak naik atas plak... Adooooiiii *lagi*...

Sebenarnya ada beberapa tips yang aku jumpa di blog-blog bagi memastikan bakul baju bersih sentiasa kosong!

  1. Basuh baju setiap hari. Jadi kuantiti tidak terlalu banyak. Basuh pada awal pagi dan boleh terus lipat sebelum masuk tidur. -- Hmmmm... aku basuh baju 3 hari sekali. Sorted. Biasanya baju basahan setiap hari Rabu dan Jumaat. Baju sekolah Niesreena dan Naufal serta baju kerja aku dan enche Neezam serta tuala-tuala setiap hari Sabtu. Sebab tu baju menimbun. Mustahil nak basuh baju hari-hari. Penat dan banyak guna letrik! *sigh*
  2. Jangan ada bakul baju yang besar untuk menyimpan baju bersih. -- Sangat setuju! Bakul baju bersih yang besar menyebabkan rasa untuk melonggok pakaian pun besar!
  3. Jika perlu lipat baju yang banyak, asingkan mengikut almari atau kategori; mama, ayah dan anak-anak. Kemudian mula lipat. Siapkan satu persatu sehingga masukkan ke dalam almari sebelum lipat pakaian orang lain plak.
  4. Lipat baju depan almari baju! Dah sorted pakaian kan? So lipat depan almari baju accordingly. Fokus pada melipat so korang akan dapat lipat dengan cepat dan bila habis melipat, pakaian tu korang akan terus masukkan dalam almari.
    Ada banyak tips yang aku jumpa suruh lipat baju sambil-sambil tengok tv. Tapi aku tak bolehlah. Lipat baju depan tv akan jadi lambat dan lama-lama jadi malas. Terutamanya bila bilik tidur kat tingkat atas, baju-baju tu tentu akan perlu dibawa ke bilik pulak. So, apa yang akan korang buat ialah *mungkin* (1) masukkan baju-baju yang dah berlipat dalam bakul semula sebab nak bawa naik ke atas. So, sampai atas mungkin akan dibiarkan terus dalam bakul tanpa menyusun pakaian dalam almari. Atau (2) susun dulu pakaian yang dah berlipat tu kat tangga dengan harapan bila naik atas nanti baru pakaian tu semua akan dibawa naik. Tapi kadang-kadang baju-baju tu akan dok lepak kat tepi tangga tu berjam-jam lamanya... Huhu...
  5. Jangan pakai baju banyak-banyak!
  6. Ambil maid! Senang! Kuar duit jer lah...
  7. Ajak mak atau mak mertua datang tolong lipat baju. Kalau tak tau malu. Huhuhu...

Kalau baju sekolah Niesreena, kitorang basuh setiap hujung minggu. Sekali mesin semua baju putih. Baju sekolah Niesreena memang kena sental dulu. Bak kata enche Neezam, baju sekolah dan kasut sekolah Niesreena tahap kotornya macam orang gi menoreh getah! Huhuhu...

Ada sekali tu, sebagai hukuman baju kotor sangat, aku suruh Niesreena basuh baju sendiri. Biar dia tahu betapa susahnya nak bersihkan kotoran kat baju putih! Hehe... sian Reena...

Apa pun... aku berharap, suatu hari nanti ada yang bijak pandai akan reka mesin untuk melipat baju. Masuk baju kotor dalam mesin, siap basuh, siap kering, siap lipat! Oh bahagianya... Hehehehe....

Oh ya... laundry room kitorang dah siap! Nanti aku reveal eh... Sekarang masa untuk melipat baju! Semangat!

Update!!!

Alhamdulillah... rumah aku sekarang bebas baju bersih tak berlipat! Hehehe... bahagianya. Nak tau aku gunakan tips nombor berapa? Hehehehe...

Aku gunakan tips nombor 7! Memang tak malu. Bukan ajak mak tau... tapi mak mertua yang tolong lipatkan baju. Huhuhu... bahagianya... sayang mak mertuaku!

Friday, September 20, 2013

Naufal @ Story Telling & Bomba

Alhamdulillah... Naufal sangat aktif kat tadika. Sebelum ni masuk pertandingan bercerita, pertandingan hafazan dan kuiz bahasa Arab, jadi maskot rumah sukan, bersukan dan kali ni story telling plak. Habis cuti mama sebab nak gi tengok Naufal kat sekolah. Huhuhu...

Actually dah seminggu lepas dah pertandingan ni. Hari ni baru sempat nak update.

Alhamdulillah pertandingan kali ni Naufal dapat tempat pertama lagi! Yey! Walau bagaimanapun, banyak sebutan yang perlu diperbaiki lagi. Kena rajin lagi menghafal! Huhuhu...

Dalam ramai-ramai yang bertanding ni, aku tertarik dengan dua beradik Fatin ni; seorang 5 tahun dan seorang lagi 6 tahun. Kedua-duanya sangat lancar bercerita! Dan diorang pun dapat nombor 1!

Video Naufal bercerita kat bawah ni... tapi separuh jer... tak sempat nak start cerita pun... ;p

Hari Rabu yang lepas plak, sekolah Naufal ada buat rombongan ke balai bomba. Balik tu, Naufal seronok bercerita pada kitorang, pengalaman dia ke balai bomba. Seronok katanya! Naufal kata "kalau rumah terbakar, talifon bomba. Nombor 994 tapi tak boleh main-main". Pandai anak mama.

Naufal kata seronok naik kereta bomba tapi kereta bomba tu tak jalan. Hehehe...

Aku ajar Naufal nyanyi lagu ni,

Rumah terbakar panggil bomba...

Bomba datang berlumba-lumba...

Pernah tahu tak? Dulu masa kecik-kecik nyanyi masa main lompat getah. Budak sekarang dah tak dengar dah lagu ni. Panjang lagi lagunya tapi aku ajar Naufal 2 kerat tu je lah. Pastu Naufal dok nyanyi jer. Huhuhu...

Insya Allah, awal bulan depan tadika Naufal akan buat rombongan ke Safari Melaka plak. First time nak lepaskan Naufal sesorang gi berjalan tanpa keluarga. Nervous plak rasanya. Tapi Naufal kata dia tak sabar nak jalan naik bas! Harap-harap Naufal enjoy nanti!

Happy Friday everyone!

And enjoy your weekends!

Thursday, September 19, 2013

Hot Chat @ hot.fm | Anda dan Talifon Pintar

Setiap pagi on the way ke tempat kerja aku akan dengar hot.fm. Aku memang suka hot chat yang diorang selalu borakkan. Selalunya topic diorang memang menarik.

Topic pagi ni ialah tentang 'Anda dan Talifon Pintar'. Ada ramai caller yang bercerita pengalaman masing-masing dengan smart phone. Ada yang pengalaman manis tapi banyak jugak yang sebaliknya!

Aku tertarik dengan dengan sorang caller ni. Dia kata, disebabkan applikasi dalam smartphone ni, dia berpisah dengan isteri dia. Baru 4 bulan yang lepas diorang berpisah. Ni sumer gara-gara applikasi WeChat! Hmmmm... apa ek WeChat ni? Yang Lisa Surihani & Shahezy Sam guna tu kan? Hmmmm... yang Neelofa tu apa plak ek? Macam-macam sangat applikasi chat sekarang. Tak tau yang mana dah...

Ok, berbalik cerita pada caller tadi tu. Wife dia kantoi bila dia nampak msg WeChat wife dia ni dengan sorang lelaki. Bila dia tanya, wife dia kata, kawan sekolah lama. Tapi akhirnya disebabkan itu, diorang berpisah. Mungkin wife dia ni memang dah jalinkan hubungan dengan kenalan WeChat dia nih. Sian kan...

Tapi aku kurang setuju dengan nasihat lelaki malang ni tadi. Katanya lebih kurang; kalau WeChat gunalah gambar sama-sama dengan pasangan pastu jangan tipu status; dah kahwin, mengaku bujang! Dan kalau chat dengan tunang orang ke, isteri orang ke, janganlah sehingga kacau hubungan diorang tu.

Emmmm... setuju tak korang? Aku kureng setuju...

Bagi aku... from the start... from the beginning! Jangan gatal-gatal nak install applikasi-applikasi yang boleh dapat kenalan express macam ni! Pastu borak entah dengan sesaper! Kalau terjerat dengan orang jahat, kan susah. Pastu membazirkan masa, membazirkan duit!

Aku, memang tak der nak install applikasi-applikasi mengarut macam ni. Bagi aku, tak der faedah pun. Cukuplah facebook, twitter dan instagram. Kekawan yang add pun yang aku tahu latar belakang diorang; memang kenal dan pernah kenal. Bukan add sesajer.

Banyak gak cerita kantoi tadi. Macam-macam!

Situasi kat atas ni pun selalu tengok kan? Atau pernah rasa? Hehehe...

Tak dapat disangkal, dalam dunia yang serba berteknologi tinggi dan pantas ni, smartphone dan gadget-gadget canggih ni memang sangat-sangat diperlukan. Tapi bebenda macam ni, banyak jugak keburukkan dari kebaikkannya. Apa-apapun ia bergantung macam mana cara kiter gunakannya...

Kekadang tu bila keluar dinner kat kedai-kedai makan pun, mesti terjumpa family yang kusyuk dengan gadget memasing. Mak bapak dengan smartphone memasing, anak-anak dengan ipad, iphone memasing. Baby pun dengan ipad! Hebat diorang ni! Senyap jer meja diorang. Behave sungguh! Yes! Gadgets are now the best babysitter! Serious!

Ada sekali tu, aku tengok, satu family ni. Anak-anak sambil masuk ke dalam kedai makan, masing-masing pegang gadget. Sambil pesan makanan, mata masing-masing kat gadget. Sementara tunggu makanan tiba masing-masing kusyuk dengan gadget; ayah dan anak-anak 4 orang yang aku kira masih bersekolah lagi. Emak dia dok termenung menongkat dagu jer tengok muka masing-masing. Sian mak dia... Hmmmm... masa makan pun, mata kat gadget! *sigh*

Semalam, masa lunch pun ternampak satu meja ni. Ada 2 orang perempuan tengah tunggu pesanan makanan. Masing-masing kusyuk dengan hp masing-masing. Bila aku lalu, aku tengok, dua-dua tengah main Candy Crush!

Hmmmm... Candy Crush ni pun satu kegilaan kan sekarang. Paling tak tahan bila satu hari tu, Niesreena bagitau yang cikgu dia main Candy Crush dalam kelas! Geram jer aku dengar! Aku bagitau kat Niesreena, kalau nampak lagi sekali, bagitau kat aku dan aku akan buat report pada sekolah. Apa punya etika cikgu lah macam ni! Kalau nak main sangat, gi lah toilet ker kan... yang student tak nampak... haaaaiiissshhhh... dah gian sangatlah tu! Tu yang aku takut nak start bebenda macam ni!

Gadget yang canggih ni mengurangkan komunikasi langsung antara family. Secara tak sedar, kiter lebih sibuk dengan hal kerja, hal kengkawan dari hal famili sendiri. Cuba-cubalah kurangkan waktu bermain dengan gadget-gadget macam ni.

Kalau balik kampung pun, bebudak sekarang sibuk dengan gadget memasing. Tak der dah macam kiter dulu, waktu tu lah jumpa sepupu sepapat. Waktu tu lah dok borak-borak, gelak-gelak, main-main...

Kebetulan beberapa bulan lepas tertengok video ni. Memang betul apa yang cuba disampaikan! Silah tonton yer...

Bagi aku sendiri, handphone aku sangat penting bagi aku. Kalau gi kerja, tertinggal hp kat rumah, rasa macam tak keruan jer... hehehe...

But honestly, bila balik rumah, aku cuba buang hs jauh-jauh. No online whatsoever! Cuma untuk call jer. Waktu kat rumah adalah waktu untuk suami dan anak-anak. Cuma sebelum tidur, kadang-kadang tu aku check gak fb... sekejap... huhu...

Zaman sekarang ni, smartphone dan kiter memang tak boleh dipisahkan... setuju?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top