♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, August 6, 2013

Raya | Raya | Raya

Assalamulaikum wbt

Insya Allah 2 hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Rasa sekejap jer kan. Pejam celik, pejam celik, Ramadhan dah hampir ke penghujungnya.

Insya Allah... Raya tahun ni, aku dan keluarga akan balik beraya kat kampung enche Neezam. Semua adik- beradik enche Neezam akan berkumpul kali ni. Dan semua adik-beradik aku pulak beraya dengan keluarga mertua memasing. Emak pun sama! Balik beraya ke rumah mertua dia. Hehehe... rumah emak kepada abah aku. :)

Tahun ni tahun ketiga aku akan beraya dengan family mertua. Masa tahun pertama raya dulu, nangis bagai. Sebab first time berhari raya berjauhan dengan keluarga. Hehehe... Tambah sedih bila tengok juadah hari raya tak sama dengan apa yang biasa emak dan keluarga aku hidangankan di pagi raya. Kemain nangis lagi! Ngengada betul! ;p

Tapi sebenarnya untung kalau ada perbezaan cengginih. So, kiter dapat tahu dan dapat belajar masakan dan sambutan hari raya negeri lain.

Kalau macam keluarga aku. Kitorang akan masak juadah raya pagi-pagi. Biasanya pukul 5 pagi lagi emak dah bangun masak. Kalau rendang dan ketupat tu memang biasanya ada, pastu ada kuah lodeh, sambal kacang, sambal tumis sotong, sambal goreng dan yang paling best, paru goreng resepi emak! Nyummillisious sangat!

Berlainan dengan rumah mertua, biasanya hidangan hari raya disediakan pada hari terakhir Ramadhan. Petang tu, lepas semua juadah siap, kitorang akan sedekah dan bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga. So, masa berbuka Ramadhan terakhir kitorang dah dapat menikmati ketupat rendang semua dan banyak lauk pauk raya lagi. Pagi raya, tak lah bangun pepagi untuk masak. Just panaskan dan tambah apa yang patut.

Kat rumah mertua ada 2 menu special yang akan ayah mertuaku sediakan iaitu opor dan ungkep! Pernah dengar tak? Walaupun aku orang jawa tapi tahun tu, adalah tahun pertama aku dengar 2 lauk ni. Lauk orang jawa katanya. Mungkin jawa Johor kot, jawa Perak tak buat. ;p Tapi memang sedap!

Kalau balik kampung aku, kat Tapah Road, pakcik-pakcik biasanya akan buat lemang dan ketupat. Masa ni lah nak tunjuk hebat anyam ketupat sebab tak ramai yang pandai buat. Eceh! Hehehe...

Aku pun belajar anyam ketupat ni masa tahun pertama beraya kat rumah mertua. Mungkin yang ngajor tu cikgu kot, tu yang senang paham. So, menjadi dan sekarang aku memang terorlah buat ketupat bawang. Hehehe... Dan enche Neezam memang expert merebus ketupat.

Kuih raya tahun ni, satu pun kitorang tak beli. Aku cuma beli sebungkus kerepek pisang dan enche Neezam beli sebungkus rempeyek. Berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas, kuih raya akan terbuang begitu sahaja. So, kitorang decide untuk tidak membeli sebarang kuih raya tahun ni. Amazingly, stok kuih raya kat rumah ada jugak beberapa jenis tahun ni. Thanks to boss dan kengkawan yang menghadiahkan kuih raya. Jimaaaat sikit.

Dua hari lagi! Alhamdulillah... Niesreena masih berpuasa penuh. Insya Allah 2 hari ni jugak. Niesreena dah mula berkira-kira berapa habuan yang akan Niesreena dapat dari ayah dan ayah tok dia. Hehehe... Silalah tunaikan janji memasing yer...

Hmmm... tetiba teringat masa beraya di perantauan. Kenangan indah di Desa Bundoora, Melbourne! Malam raya kitorang gi Marhaban dari rumah ke rumah sahabat-sahabat desa Bundoora. Pagi raya, kitorang berkumpul kat dewan, sembahyang raya bersama. Enche Neezam berkesempatan bagi khutbah hari raya dan lepas tu, makan-makan! Macam-macam juadah Malaysia ada! Seronoknya masa tu...

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan

Dengan ingatan tulus dan ikhlas dari

No comments :

back to top