♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, August 31, 2013

Merdeka! And Happy Anniversary Emak Abah!

Beberapa hari yang lepas, tiba-tiba ada kawan bertanya, "sambutan kemerdekaan tahun ni kat mana yer?"

Hmmmmm... entah! ;p

Dulu masa abah masih dalam polis, kitorang yang paling tahu kat mana sambutan hari kemerdekaan setiap tahun akan diadakan. Sebabnya... setiap tahun abah akan menyertai perbarisan hari kemerdekaan dan akan mengetuai barisan anggota Polis DiRaja Malaysia.

Setiap pagi 31 Ogos, emak akan kejut kitorang bangun awal pagi dan boleh terus tengok tv! Hehehhe... kalau ikut peraturan rumah, selagi tak mandi dan siap kemas bilik dan kerja rumah lain, hmmmm... jangan harap boleh dok melanguk depan tv!

Biasanya perbarisan akan dimulakan dengan perbarisan anggota PDRM terlebih dahulu. Nama abah akan disebut sebagai mengetuai barisan PDRM. Bangga betul kitorang masa tu tengok abah dalam tv! Hehehe...

Tanggal 31 Ogos jugak, tarikh keramat untuk emak dan abah. 31 Ogos tahun ini, annivesary perkahwinan emak dan abah kali ke 34 tahun.

Happy 34th anniversary emak & abah!

Dan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 56 tahun Malaysia!

Aku rasa, ramai jugak yang akan mendirikan rumah tangga pada hari ni... (^^)

Tau pasal sejarah Sambutan Hari Kemerdekaan 1957? Tak tau? Jom baca kat bawah ni... Kiter study sejarah kejap yer murid-murid... Hehehe...

Sambutan Kemerdekaan 1957

Source ::here::

Empat belas jam sebelum pengisytiharan kemerdekaan berlangsung iaitu tepat pada pukul 9 pagi pada 30 Ogos 1957, Stadium Merdeka yang akan menjadi lokasi upacara pengisytiharan kemerdekaan negara telah dibuka dengan rasminya oleh Ketua Menteri, Tunku Abdul Rahman.

Pada hari pembukaan tersebut kedengaran Stadium Merdeka bergema dengan sorakan lebih 15,000 hadirin. Upacara ini diserikan lagi dengan pertunjukan acara padang oleh seribu orang kanak-kanak sekolah dengan iringan pancaragam Askar Melayu.

Menjelang tengah malam 30 Ogos pada hari yang sama, kelihatan jalan-jalan sekitar bandar Kuala Lumpur dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan awam yang membawa bendera. Tepat jam 11.58 iaitu beberapa minit sebelum menjelangnya tengah malam, semua lampu dipadamkan.

Apabila detik 12.00 malam tiba, lampu dipasang diikuti laungan merdeka yang menggegarkan seluruh padang. Serentak itu, bendera Union Jack diturunkan sebagai simbol berakhirnya pemerintahan British di Tanah Melayu.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh megah, diiringi alunan lagu kebangsaan negara yang buat pertama kalinya diperdengarkan kepada umum. Diikuti oleh laungan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali.

Selepas itu, satu barisan kawalan kehormat 300 orang pemuda Perikatan memberi tabik hormat kepada Tunku Abdul Rahman. Ketua Pemuda UMNO, Encik Sardon Bin Jubir menghadiahkan kalungan bunga kepada Tunku Abdul Rahman.

Serentak itu, kedengaran laungan 'Bapa Merdeka' ditujukan khusus kepada Tunku Abdul Rahman. Memetik ucapan Tunku Abdul Rahman pada malam tersebut, "It is freedom for the Malayan People, and once this torch of freedom is lit, let us hold it up high so that all around us will glow with radiant happiness".

Tanggal 31 Ogos, saat yang ditunggu-tunggu akhirnya menjelang tiba. Hari yang paling bersejarah buat seluruh rakyat di negara ini iaitu upacara pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai menandakan negara secara rasminya bebas daripada cengkaman penjajah. Suasana Stadium Merdeka pada pagi itu sangat meriah sekali.

Tepat jam 8.15 pagi, Tunku Abdul Rahman tiba di perkarangan stadium. Disusuli dengan ketibaan Raja-Raja Melayu, Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan Raja Permaisuri Agong serta akhir sekali Duke dan Duchess of Gloucester.

Kedengaran bunyi nafiri dimainkan setiap kali pembesar-pembesar negara tiba. Mereka kemudian diiringi masuk ke tengah stadium.

Duke of Gloucester sebagai wakil kerajaan British memulakan upcara dengan ucapan beliau yang menyentuh mengenai pemerintahan British di Tanah Melayu.

Ucapan ini juga merupakan ucapan selamat tinggal kepada Tanah Melayu setelah memerintah negara ini sejak tahun 1874. Beliau kemudiannya menyerahkan watikah perlembagaan kepada Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.

Saat gilang-gemilang yang dinantikan akhirnya tiba apabila Tunku Abdul Rahman menyusuli dengan membacakan Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan penuh bersemangat. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasminya pada tepat jam 9.30 pagi 31 Ogos 1957.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

No comments :

back to top