♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, August 7, 2013

Hari Terakhir Ramadhan 1434

Esok hari raya! Esok hari raya!

Alhamdulillah... semalam dah selamat sampai ke rumah mertua. Jalan tak jem sangat... kot. Hehe... aku, Niesreena dan Naufal tidur jer sepanjang jalan. Tau tau jer dah sampai. Sian enche Neezam drive sesorang. :)

Hari ni sibuk dengan persiapan untuk hari raya esok. Ketupat dah siap dianyam dan diisi beras oleh emak mertuaku. So, enche Neezam dan ayah chik sebok dengan tugasan merebus ketupat sepanjang hari ni.

Kat dapur, macam biasa, chef in da house, ayah mertuaku itu, sibuk menyediakan juadah lauk-pauk hari raya. Aku just tolong potong-potong apa yang patut jer. Lauk wajib kat sini, opor ayam dan ungkep daging! Sedapppp! Hmmmm... bilalah nak belajar buat...

Aku jugak sempat menyediakan lauk kegemaran aku. Paru goreng! Kali ni buat 2 version; original dan hot & spicy. Aiseh! Dah macam KFC plak. :)

Amacam... nampak menarik tak? Resepi original tu aku belajar dari emak aku. Emak dapat resepi ni dari kawan dia dari Brunei. Rasanya sedaaaaapppp! Enak dimakan begitu sajer!

Dan version hot & spicy ni ialah dari version original tu, aku just sira dengan sambal jer. Pedaslah sikit. Enche Neezam suka!

Berbuka malam ni, banyak sangat lauk pauk. Selain yang kitorang masak, ada jugak lauk pauk dari jiran-jiran, hasil daripada bertukar-tukar juadah. Penuh satu meja!

Alhamdulillah... berakhir sudah Ramadhan tahun ni. Semoga semua amalan kiter di bulan yang mulia ni diterima oleh-Nya.

Niesreena pastinya orang paling seronok berpuasa tahun ni. Niesreena dapat berpuasa penuh dan dapat jugak bersama-sama dengan aku dan enche Neezam bersolat tarawih. Good girl!

Niesreena dah berkira-kira jugak, berapa yang dia akan dapat hasil daripada berpuasa penuh. Kaaacciiiinngggg $$$$$$!!!!! Ramai yang janji! Ready! Niesreena nak collect! :)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top