♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, August 18, 2013

Habis sudah cuti sekolah!

Hari ni kitorang just spent time kat rumah. Esok dah naik sekolah. Banyak benda nak kena settlekan...

Lucky, Niesreena dan Naufal dah siapkan kerja-kerja sekolah sejak awal lagi. So, hari ni, Niesreena sibuk siapkan buku-buku ikut jadual waktu dan buat ulangkaji sikit-sikit. Naufal... x makna studynyer... still berimaginasi dengan ultramen-ultramennyer... Sukati ko lah nak...

Memandangkan semalam dah berjalan seharian suntuk, so hari ni, aku sebuk dengan kerja-kerja rumah; membasuh, membersih, mengemas... Alhamdulillah... bersyukur sangat dapat suami yang memahami dan sangat rajin. Macam biasa... enche Neezam yang sebuk menggosok baju-baju sekolah Khairuns dan sediakan beg keperluan diorang kat taska. Malamnya... barulah aku sempat tengok beg-beg sekolah bebudak dan tengok kelengkapan alatulis diorang. On a very last minute indeed!

Biasanya masa musim cuti sekolah, weekdays, pukul 11 baru naik katil. Hujung minggu, pukul 1 pun belum tentu dah tidur. Lebih-lebih lagi Niesreena, sebuk layan Running Man setiap hari Jumaat malam dan hari Sabtu malam.

So, setelah tidur lewat selama 2 minggu ni memang susah sikitlah nak twist balik rutin jam tidur pukul 10 malam. Mata masing-masing segar bugar lagi. Liat sungguh nak tidur. Dah naik katil pun, masing-masing masih bergelak-gelak terkekeh-kekeh dalam gelap! Pukul 11 lebih baru nak tidur. Esok pagi mesti ada drama... Adoi aiii...

Beberapa hari ni jugak kena tahan drama dari drama prince, sapa lagi kalau bukan Naufal. Asal kejut bangun jer, mesti merengek "nak tidur... nak tidur...". Tu lah... Malam tak nak tidur awal... Pagi dah mengantuk...

Fuhhh...

Tapi dah biasa... kena tahan jer lah awal-awal ni. So, back to normal routine!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top