♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, August 24, 2013

Day 1 | Seharian di Sungai Lembing

Hari yang sangat padat dan memenatkan! Tapi sangattttt seronok dan dapat banyak sangat pengalaman baru! Betullah kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan!

Tiga buah bas bertolak lebih kurang pukul 11 lebih dari office dan berhenti beberapa kali sepanjang perjalanan. For sure, tidur asyik terganggu jer. Nasib baik bas memang selesa, tapi kalau dapat bantal dan tilam serta gebor tebal-tebal lagi syoook! Hehehe...

Lebih kurang pukul 5.00 pagi, kitorang sampai di kaki bukit Panorama, Sungai Lembing. Waktu kitorang sampai, dah ada penduduk tempatan yang mostly Chinese yang dah mula berniaga sarapan. Awal betul! Berdekatan, ada jugak sebuah masjid. So, sebelum naik bolehlah solat subuh kat masjid ni dulu.

Perjalanan ke puncak bukit Panorama sangat mencabar! Lebih-lebih lagi dalam keadaan sangat gelap. Agak menyeramkan. Hahaha... Tak der lampu sepanjang jalan tau!

Sebelum naik, make sure korang dah ready dengan torch light, air dan tuala kecil. Kalau ready fizikal dan mental lagi bagus. Jangan jadi macam kitorang! Fizikal dan metal tak ready. Lagi pulak, bangun tidur, mamai-mamai terus naik! Tak warm up langsung! Kesian kaki terkejut!

Perjalanan naik ke puncak bukit mengambil masa lebih kurang 45 minit. Jalan naik ada yang bertangga, ada yang tidak, ada jugak tangga dah pecah-pecah dan sangat curam. So, kena sangat berhati-hati dan gunakan kasut sukan yang betul.

Memang sangat-sangat-sangat memenatkan. Tapi tetap kuatkan semangat untuk sampai ke atas. Dah half way, tak kan nak turun balik kot... Huhu...

Tepat 45 minit mendaki! Memang penat! Penat giler! Jantung berdegup sangat kencang! Adrenalin laju! Tapi bila sampai kat atas... rasa seronok sangat! Dan macam tak percaya... Akhirnya aku berjaya jugak! Alhamdulillah!

Dan pemandangan dari atas... Subhanallah... Subhanallah... Subhanallah... Allahu Akhbar! Cantiknya alam ciptaanMu Ya Allah... Ya Rahman... Ya Rahim...

Lautan awan yang luas terbentang di sebalik bukit-bukit sangat cantik dan tona awan yang sangat-sangat mempersonakan! Hilang rasa penat mendaki tadi. :)

Lebih kurang 15 minit, matahari baru menampakkan wajahnya. Dalam beberapa saat pertama, matahari naik macam sangat laju!

Bila pemandangan semakin terang, barulah nampak pemandangan sekeliling jauh nun di bawah; perkampungan, jalan raya, kolam, sungai, tanah perkuburan dan banyak lagi.

Turun bukit semestinya jauh lebih laju dari mendaki. Tapi waktu ni semua orang kaki dah shaking! Huhuhu... Dalam hati, "Adoiii... bilalah nak sampai bawah ni!"

Lebih kurang setengah jam berjalan turun, akhirnya kitorang tiba di kaki bukit. Kebetulan ada pasar pagi dan ramai peniaga yang sedang berniaga. Banyak sangat petai yang besar-besar matanya! Buah nenas yang besar, cantik dan wangi! Manggis dan macam-macam buah-buahan segar dan murah!

Paling tak tahan sekali tengok durian musangking yang diorang jual! Cantiknya! Rasa macam nak beli jer... tapi takkan nak masuk bas kan? Pengsan plak sumer orang nanti! Huhuhu...

Actually, kat kawasan ni terkenal dengan homemade tofu dan chee cheong fun serta biskut kelapa dan mee kuning yang dikenali sebagai biskut kelapa sungai lembing dan mee sungai lembing. Tapi ni buatan orang cina, homemade dan diragui kehalalannya. Tak lah berani nak beli. Colleagues yang chinese ni semua kata sedap dan murah! So kalau non-muslim yang ke Sungai Lembing, bolehlah try...

Pekan sungai Lembing ni hanyalah pekan yang kecil tapi tersusun dan bersih. Di kiri kanan jalan terdapat banyak kedai-kedai dua tingkat lama dan bangunan-bangunan lama. Yang paling menarik, di tengah-tengah jalan, terdapat beberapa batang pokok-pokok besar! Sangat besar! Aku rasa pokok-pokok ni mesti berusia beratus-ratus tahun!

Dan petrol pump yang terkecil aku pernah tengok! Unik kan? Tapi petrol pump ni dah tak berfungsi lagi. Cuma masih dikekalkan... Baguskan...

Panggung wayang lama pun ada kat sini tapi tak sure samada masih berfungsi atau tidak.

Lepas breakfast kat pekan Sungai Lembing ni, kitorang bergerak ke Muzium Sungai Lembing yang terletak bersedekatan dengan bukit Panorama ni. Kat muzium ni banyak menceritakan tentang sejarah Sungai Lembing suatu masa dahulu yang terkenal dengan kawasan perlombongan bijih timah.

Seterusnya ke Sungai Lembing Tin Mines. Kat sini kiter boleh tengok lombong bijih timah yang sebenar, yang orang-orang lama gali dulu. Diorang masih kekalkan lombong yang original. Memang boleh terbayang macam mana susah payah diorang nak menggali untuk mendapatkan kekayaan! Paling menarik kat sini, tentang 'Lubang Sejuta Ringgit'. Nak tahu pasal apa??? Kenalah datang dan tengok sendiri... (^^)

Sebelum meninggalkan Sungai Lembing, kitorang sempat singgah kat jambatan gantung kat sini. Jambatan-jambatan gantung ni menghubungkan kawasan perkampungan dan pekan Sungai Lembing. Panjang jugak jambatan ni!

Lebih kurang pukul 2 petang, kitorang bertolak untuk check-in ke Bukit Gambang Resort City. Dalam bas semua bantai tidur... Penat!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top