♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, August 4, 2013

Current Project | Laundry Area

Akhirnya bermula juga projek 'belakang rumah'. Sebenarnya dah lama plan tapi asyik dok tertangguh-tangguh jer memandangkan kitorang ni sebuk memanjang dan tak lekat kat rumah. Berjalan jer kerojenyew. Hujung minggu jer hilang! Huhuhu...

Tetapi disebabkan kat belakang rumah tu dah naik projek perumahan lain, so kitorang decide, this is the right time! Kitorang nak transform kawasan ni. Insya Allah...

Kawasan belakang rumah ni lebarnya dalam 10 kaki dan panjang 40 kaki. Ada longkang kat situ yang menyebabkan ruang ni nampak kecil. Kitorang memang jarang guna kawasan ni. Cuma enche Neezam ada tanam pokok serai dan daun pandan kat hujung nun.

Setelah aku dan enche Neezam bincang-bincang, bagi memanfaatkan kawasan ni, kitorang setuju untuk jadikan laundry area. Sekarang ni, mesin basuh kat wet kitchen dan aku sidai baju kat depan rumah. So, lepas ni, bolehlah sorok baju-baju sidai kat belakang rumah. Cun!

Kerja-kerja membuka pagar dan menaikkan tembok ni bermula sejak hari Isnin yang lepas. Dua hari jer dah naik batu-bata.

Naufal pun nak enterframe gak! Huhu... Ini kawasan tepi rumah. Dah macam kawasan construction dah. Project tepi rumah ni belum plan lagi. Insya Allah, kalau ada rezeki, akan datang.

So, hari ni, kawasan tersebut telah siap tiling dan siap paip. Tembok sedia ada antara rumah jiran tu, kitorang naikkan 1 kaki lagi.

Suka... suka... suka!!! Nampak luas sikit kan sekarang? Sebabnya... kitorang tanam longkang yang ada kat situ. So, bila tutup longkang tu, nampaklah kawasan ni lebih luas.

Kawasan wet kitchen dah separuh tile dengan tile yang sama.

Tak sabar nak tunggu siap. Rasanya ada dalam 50% lagi kot nak siap; tiling wet kichen lagi separuh, pasang awning, cat dan wiring lampu dan plug.

Lepas siap jer kawasan ni, aku nak proceed dengan laundry area interior! Tak sabar! Tak sabar! Tak sabar!

Aku admirer sangat laundry area macam kat bawah ni, especially the sorting baskets dan bekas-bekas detergent yang tersusun kemas tu. Rak warna putih! Awesome! Tapi aku prefer gelap sikit, so tak lah nampak sangat kalau kotor dan berhabuk.

{Source}

Cantik kan? Admire sangat!

Insya Allah... kalau ada rezeki, semangat tinggi, support tinggi *especially financial support dari Dr Neezam... hehehe...* Insya Allah projek ini akan menjadi dengan jayanya! Amin... Doakanlah yer! :)

No comments :

back to top