♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, August 31, 2013

Merdeka! And Happy Anniversary Emak Abah!

Beberapa hari yang lepas, tiba-tiba ada kawan bertanya, "sambutan kemerdekaan tahun ni kat mana yer?"

Hmmmmm... entah! ;p

Dulu masa abah masih dalam polis, kitorang yang paling tahu kat mana sambutan hari kemerdekaan setiap tahun akan diadakan. Sebabnya... setiap tahun abah akan menyertai perbarisan hari kemerdekaan dan akan mengetuai barisan anggota Polis DiRaja Malaysia.

Setiap pagi 31 Ogos, emak akan kejut kitorang bangun awal pagi dan boleh terus tengok tv! Hehehhe... kalau ikut peraturan rumah, selagi tak mandi dan siap kemas bilik dan kerja rumah lain, hmmmm... jangan harap boleh dok melanguk depan tv!

Biasanya perbarisan akan dimulakan dengan perbarisan anggota PDRM terlebih dahulu. Nama abah akan disebut sebagai mengetuai barisan PDRM. Bangga betul kitorang masa tu tengok abah dalam tv! Hehehe...

Tanggal 31 Ogos jugak, tarikh keramat untuk emak dan abah. 31 Ogos tahun ini, annivesary perkahwinan emak dan abah kali ke 34 tahun.

Happy 34th anniversary emak & abah!

Dan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 56 tahun Malaysia!

Aku rasa, ramai jugak yang akan mendirikan rumah tangga pada hari ni... (^^)

Tau pasal sejarah Sambutan Hari Kemerdekaan 1957? Tak tau? Jom baca kat bawah ni... Kiter study sejarah kejap yer murid-murid... Hehehe...

Sambutan Kemerdekaan 1957

Source ::here::

Empat belas jam sebelum pengisytiharan kemerdekaan berlangsung iaitu tepat pada pukul 9 pagi pada 30 Ogos 1957, Stadium Merdeka yang akan menjadi lokasi upacara pengisytiharan kemerdekaan negara telah dibuka dengan rasminya oleh Ketua Menteri, Tunku Abdul Rahman.

Pada hari pembukaan tersebut kedengaran Stadium Merdeka bergema dengan sorakan lebih 15,000 hadirin. Upacara ini diserikan lagi dengan pertunjukan acara padang oleh seribu orang kanak-kanak sekolah dengan iringan pancaragam Askar Melayu.

Menjelang tengah malam 30 Ogos pada hari yang sama, kelihatan jalan-jalan sekitar bandar Kuala Lumpur dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan awam yang membawa bendera. Tepat jam 11.58 iaitu beberapa minit sebelum menjelangnya tengah malam, semua lampu dipadamkan.

Apabila detik 12.00 malam tiba, lampu dipasang diikuti laungan merdeka yang menggegarkan seluruh padang. Serentak itu, bendera Union Jack diturunkan sebagai simbol berakhirnya pemerintahan British di Tanah Melayu.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh megah, diiringi alunan lagu kebangsaan negara yang buat pertama kalinya diperdengarkan kepada umum. Diikuti oleh laungan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali.

Selepas itu, satu barisan kawalan kehormat 300 orang pemuda Perikatan memberi tabik hormat kepada Tunku Abdul Rahman. Ketua Pemuda UMNO, Encik Sardon Bin Jubir menghadiahkan kalungan bunga kepada Tunku Abdul Rahman.

Serentak itu, kedengaran laungan 'Bapa Merdeka' ditujukan khusus kepada Tunku Abdul Rahman. Memetik ucapan Tunku Abdul Rahman pada malam tersebut, "It is freedom for the Malayan People, and once this torch of freedom is lit, let us hold it up high so that all around us will glow with radiant happiness".

Tanggal 31 Ogos, saat yang ditunggu-tunggu akhirnya menjelang tiba. Hari yang paling bersejarah buat seluruh rakyat di negara ini iaitu upacara pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai menandakan negara secara rasminya bebas daripada cengkaman penjajah. Suasana Stadium Merdeka pada pagi itu sangat meriah sekali.

Tepat jam 8.15 pagi, Tunku Abdul Rahman tiba di perkarangan stadium. Disusuli dengan ketibaan Raja-Raja Melayu, Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan Raja Permaisuri Agong serta akhir sekali Duke dan Duchess of Gloucester.

Kedengaran bunyi nafiri dimainkan setiap kali pembesar-pembesar negara tiba. Mereka kemudian diiringi masuk ke tengah stadium.

Duke of Gloucester sebagai wakil kerajaan British memulakan upcara dengan ucapan beliau yang menyentuh mengenai pemerintahan British di Tanah Melayu.

Ucapan ini juga merupakan ucapan selamat tinggal kepada Tanah Melayu setelah memerintah negara ini sejak tahun 1874. Beliau kemudiannya menyerahkan watikah perlembagaan kepada Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.

Saat gilang-gemilang yang dinantikan akhirnya tiba apabila Tunku Abdul Rahman menyusuli dengan membacakan Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan penuh bersemangat. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasminya pada tepat jam 9.30 pagi 31 Ogos 1957.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Friday, August 30, 2013

Fabulous Friday with Al-Kahfi

❤ Assalamualaikum ❤

Al-Kahfi on Friday

Jom baca sesama,

::Klik Sini::

Thursday, August 29, 2013

Jodoh Itu Milik Kita

OK! Saper tengok drama 'Jodoh Itu Milik Kita'? Sila angkat kaki! Haha...

Aku sebenarnya dah lama tak ikut drama bersiri. Last sekali pun masa citer 'Adam dan Hawa'. Eh tak... last sekali ialah cerita 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'. Tapi SSID sekali seminggu. Pastu hari Jumaat. Ok lah... esoknya tak kerja, tak sekolah...

Aku bukan apa tak suka ikut drama bersiri ni... sebab komitmen. Cukup masa kena dok depan tv. Pas tu addicted! Tak sabar-sabar nak tunggu episod akan datang.

Lagi pulak kalau pukul 9 malam ke atas tu, waktu untuk aku tengok kerja rumah Niesreena dan Naufal, jadi cikgu garang jap, macam-macam lagi nak buat. Pukul 10 bawa Niesreena dan Naufal tidur. Kena tidur sekali, walaupun bilik lain-lain. Kalau aku tak tidur, bebudak ni pun tak tidur. Jadi tikus! Naik katil tapi dok main-main dalam gelap.

Tapi entah macam mana ntah. Aku boleh tertengok plak episod 2 JIMK ni. Alamakkkk... macam bestlah pulak... Dan sampai semalam, aku dah jadi pengikut setia JIMK. Tidakkkkk!!!

Memula tu, ingat tak nak ikut, tapi hati kata tengok! Tengok! So.... tengok jer lah! Huhuhu...

Sebenarnya konsep citer JIMK ni macam ada persamaan dengan citer SSID; bercinta lepas kahwin dan heroinnya Tizz Zaqyah. Tapi plot dan jalan citer dia of course lah lain. Totally! Kalau SSID, Firash mulanya suami yang poyo pastu romantik tapi dalam citer JIMK Aariz suami yang gentle dan sweet! Adooiii... luluh jantung I. Hehehe...

Hmmm... sebenarnya aku tak minat Farid Kamil. Tapi bila dah lama-lama tengok, hmmm... ok lahhhh... Agak-agak korang, kalau bukan Farid Kamil, saper lagi yang layak untuk bawa watak Aariz Danial???? Hmmmmmm... *thinking*

Dalam citer JIMK aku sebenarnya paling suka dengan lakonan Nabila Huda sebagai Alia. Nabila memang pandai berlakon! Lebih-lebih lagi kalau part dia marah-marah dan jerkah si Syafiq tu. Huhuhu... Loike!

Oh ya... dan aku suka juga Mat Over yang jadi watak ayah Dahlia. Baru lain sikit. Kalau tak, yang pegang watak ayah ni selalunya orang yang sama jer; Mustapha Kamal, Mustapha Kamal, Mustapha Kamal... ;p

Untuk tonton Jodoh Itu Milik Kita online, bolehlah gi sini.

Dan untuk mengikuti perkembangan drama ni, bolehlah like facebook fanpage JIMK kat sini. Kalau tak salah admin fanpage ni adalah penulis novel Jodoh Itu Milik Kita itu sendiri; Sara Aisha.

Untuk baca novel JIMK secara online, boleh lah klik sini.

Dan kalau nak baca novel ni bebetul, bolehlah dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran. Tengah dijual macam pisang panas katanyew... (^^)

Sunday, August 25, 2013

Day 2 | Treasure Hunt & Water Park

Bersiap sedia untuk bertempur!!!!!

**** lah sangatttttt.... ****

Hahaha...

Sebenarnya tentatif hari ni ada Treasure Hunt. So, kenalah semangat sikit banyak!

Dah lama tak bersukan... Tetiba semalam naik bukit dan hari ni nak berlari-larian pulak.

Terkejut otot semua!

Actually, ni first time aku join tressure hunt ni. Exitedlah tapi penat kemain. Lari sana, lari sini, buat itu, buat ini. Addooiiiii... nasib baik tak pengsan jer! Huhuhu...

Last sekali... sumer basah! Huhu...

Team kitorang tak menang pun walaupun at first kitoranglah yang lead. Mungkin ada silap taktik sikit. Hmmm... tak per... tak der rezeki...

Yang penting

KITER ENJOY!

Tamat jer tressure hunt, kitorang gi Water Park.

Sebenarnya aku tak dapat bayang cam ner lah gi water park tak bawak anak-anak ek? Sebab, biasanya, kalau gi water park, mesti ada Niesreena dan Naufal. Aku biasanya duduk kat tepi-tepi kolam... pastu dok berendam jap... perhatikan Niesreena dan Naufal main... kekadang enche Neezam tarik naik slide...

Tapi bila dah tak der anak-anak ni, cam ner? Kena main airlah yer?

Orang kata, memasing

LEPAS KELAKU!

Huhuhu... semua slide kat situ aku naik!

Ada yang best! Dan ada jugak yang seram!

Banyak gambar... tapi sumer basah... nanti banjir plak kat sini. Huhuhu... So, cukuplah apa yang ada ni yer...

Pendapat aku, Gambang Water Park ni, biasa-biasa jer lah. Slides dia agak best, tapi nak naik sambil angkat pelampung besar tu memang rasa nak pengsan lah. Kemain banyak tangga!

Pastu slides dia tak centralized. Bersepah dan tak banyak tempat yang boleh nak lepak sementara nak tunggu orang turun slide.

Anyway... I really enjoyed the day... banyak pengalaman baru... Mungkin next time bleh bawah my Khairuns ke sini plak! Insya Allah...

Saturday, August 24, 2013

Night 2 | Semalaman di Gambang Safari Park

Ni first time aku jejak kat Gambang Waterpark Resort City. Kitorang dok kat Arabian Bay. Oklah view kat sini. Boleh tengok swimming pool. Bilik... tak berapa best... Tapi sebab dah penat sangat... kitorang hentam tidur sampai petang!

Lunch kat sini tadi pun kureng sikit... tak banyak pilihan dan tak berapa sedap. Refill pun lambat.

Malamnya kitorang gerak ke Bukit Gambang Safari Park dengan menaiki tramp @ safari bus yang disediakan. Dekat jer pun.

Dinner kat White Lion @ Simba Restaurant, western course, memang sedap! Dan yang menariknya, dari tempat dine ni, boleh tengok 3 ekor singa yang tengah melepak. Huhuhu... Dine with white lions!

Pertunjukan malam tu yang kitorang tunggu-tunggulah sebenarnya. Tarzan! Tapi agak mengecewakan dan membosankanlah bagi aku. Mungkin kalau Niesreena dan Naufal ada, diorang mesti enjoy kot. Boleh tengok Tarzan tu gayut-gayut, jerit-jerit bagai...

Tapi haiwan yang diorang keluarkan hanya 3 ekor jer dan sangat sekejap; burung nuri, kera kot, beruang kot yang sekor lagi tu binatang apa ntah. Mengarut betul! Ha... pastu ada gorila! Bukan gorila betul. Tapi orang pakai custom. Borriinnnnngggggg!!!

Aku ingatkan ada lah gajah ker, harimau ker, kan... Hampa...

Hmmmm... teringat masa tengok show masa company trip ke Phuket last year, segala binatang ada. Dari sekecil-kecil ayam hingga sebesar-besar gajah naik atas pentas! Well, aku tak der lah nak ada gajah kat sini, tapi maybe or at least harimau sekor ke kan... Terujalah jugak nak tengok, kan... Huhu...

Lepas 30 minit 'dihiburkan', kitorang ke luar dan ada pulak fire show. Agak menarik! Lebih-lebih lagi yang main api ni orang Malaysia. Orang Melayu! Ingatkan diorang import dari Hawaii ke kan...

Lepas tu kitorang pusing-pusing kat safari plak. Gambar sumer gelap. Flashlight tak dibenarkan yer... Harap maklum... :)

Personally, aku rasa Gambang Safari Park ni tak best sangatlah. Mungkin dari 10 bintang aku bagi ☆☆☆ jer. Tapi tak perlah... datang kali ni free, company sponsored. Kalau nak bawak Niesreena dan Naufal masa akan datang.... hmmmmm... tempat lain banyak lagi best kot...

Group photo! Wajib!

Say cheese!!!

*Ada gambar saya ambil dari fb kiter yer... mintak halal & thanks... (^^)

Day 1 | Seharian di Sungai Lembing

Hari yang sangat padat dan memenatkan! Tapi sangattttt seronok dan dapat banyak sangat pengalaman baru! Betullah kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan!

Tiga buah bas bertolak lebih kurang pukul 11 lebih dari office dan berhenti beberapa kali sepanjang perjalanan. For sure, tidur asyik terganggu jer. Nasib baik bas memang selesa, tapi kalau dapat bantal dan tilam serta gebor tebal-tebal lagi syoook! Hehehe...

Lebih kurang pukul 5.00 pagi, kitorang sampai di kaki bukit Panorama, Sungai Lembing. Waktu kitorang sampai, dah ada penduduk tempatan yang mostly Chinese yang dah mula berniaga sarapan. Awal betul! Berdekatan, ada jugak sebuah masjid. So, sebelum naik bolehlah solat subuh kat masjid ni dulu.

Perjalanan ke puncak bukit Panorama sangat mencabar! Lebih-lebih lagi dalam keadaan sangat gelap. Agak menyeramkan. Hahaha... Tak der lampu sepanjang jalan tau!

Sebelum naik, make sure korang dah ready dengan torch light, air dan tuala kecil. Kalau ready fizikal dan mental lagi bagus. Jangan jadi macam kitorang! Fizikal dan metal tak ready. Lagi pulak, bangun tidur, mamai-mamai terus naik! Tak warm up langsung! Kesian kaki terkejut!

Perjalanan naik ke puncak bukit mengambil masa lebih kurang 45 minit. Jalan naik ada yang bertangga, ada yang tidak, ada jugak tangga dah pecah-pecah dan sangat curam. So, kena sangat berhati-hati dan gunakan kasut sukan yang betul.

Memang sangat-sangat-sangat memenatkan. Tapi tetap kuatkan semangat untuk sampai ke atas. Dah half way, tak kan nak turun balik kot... Huhu...

Tepat 45 minit mendaki! Memang penat! Penat giler! Jantung berdegup sangat kencang! Adrenalin laju! Tapi bila sampai kat atas... rasa seronok sangat! Dan macam tak percaya... Akhirnya aku berjaya jugak! Alhamdulillah!

Dan pemandangan dari atas... Subhanallah... Subhanallah... Subhanallah... Allahu Akhbar! Cantiknya alam ciptaanMu Ya Allah... Ya Rahman... Ya Rahim...

Lautan awan yang luas terbentang di sebalik bukit-bukit sangat cantik dan tona awan yang sangat-sangat mempersonakan! Hilang rasa penat mendaki tadi. :)

Lebih kurang 15 minit, matahari baru menampakkan wajahnya. Dalam beberapa saat pertama, matahari naik macam sangat laju!

Bila pemandangan semakin terang, barulah nampak pemandangan sekeliling jauh nun di bawah; perkampungan, jalan raya, kolam, sungai, tanah perkuburan dan banyak lagi.

Turun bukit semestinya jauh lebih laju dari mendaki. Tapi waktu ni semua orang kaki dah shaking! Huhuhu... Dalam hati, "Adoiii... bilalah nak sampai bawah ni!"

Lebih kurang setengah jam berjalan turun, akhirnya kitorang tiba di kaki bukit. Kebetulan ada pasar pagi dan ramai peniaga yang sedang berniaga. Banyak sangat petai yang besar-besar matanya! Buah nenas yang besar, cantik dan wangi! Manggis dan macam-macam buah-buahan segar dan murah!

Paling tak tahan sekali tengok durian musangking yang diorang jual! Cantiknya! Rasa macam nak beli jer... tapi takkan nak masuk bas kan? Pengsan plak sumer orang nanti! Huhuhu...

Actually, kat kawasan ni terkenal dengan homemade tofu dan chee cheong fun serta biskut kelapa dan mee kuning yang dikenali sebagai biskut kelapa sungai lembing dan mee sungai lembing. Tapi ni buatan orang cina, homemade dan diragui kehalalannya. Tak lah berani nak beli. Colleagues yang chinese ni semua kata sedap dan murah! So kalau non-muslim yang ke Sungai Lembing, bolehlah try...

Pekan sungai Lembing ni hanyalah pekan yang kecil tapi tersusun dan bersih. Di kiri kanan jalan terdapat banyak kedai-kedai dua tingkat lama dan bangunan-bangunan lama. Yang paling menarik, di tengah-tengah jalan, terdapat beberapa batang pokok-pokok besar! Sangat besar! Aku rasa pokok-pokok ni mesti berusia beratus-ratus tahun!

Dan petrol pump yang terkecil aku pernah tengok! Unik kan? Tapi petrol pump ni dah tak berfungsi lagi. Cuma masih dikekalkan... Baguskan...

Panggung wayang lama pun ada kat sini tapi tak sure samada masih berfungsi atau tidak.

Lepas breakfast kat pekan Sungai Lembing ni, kitorang bergerak ke Muzium Sungai Lembing yang terletak bersedekatan dengan bukit Panorama ni. Kat muzium ni banyak menceritakan tentang sejarah Sungai Lembing suatu masa dahulu yang terkenal dengan kawasan perlombongan bijih timah.

Seterusnya ke Sungai Lembing Tin Mines. Kat sini kiter boleh tengok lombong bijih timah yang sebenar, yang orang-orang lama gali dulu. Diorang masih kekalkan lombong yang original. Memang boleh terbayang macam mana susah payah diorang nak menggali untuk mendapatkan kekayaan! Paling menarik kat sini, tentang 'Lubang Sejuta Ringgit'. Nak tahu pasal apa??? Kenalah datang dan tengok sendiri... (^^)

Sebelum meninggalkan Sungai Lembing, kitorang sempat singgah kat jambatan gantung kat sini. Jambatan-jambatan gantung ni menghubungkan kawasan perkampungan dan pekan Sungai Lembing. Panjang jugak jambatan ni!

Lebih kurang pukul 2 petang, kitorang bertolak untuk check-in ke Bukit Gambang Resort City. Dalam bas semua bantai tidur... Penat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top