♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, July 28, 2013

Bila rambutan dah mula masak ranum

Alhamdulillah... rezeki di bulan puasa ni, pokok rambutan kat rumah mertua berbuah banyak sangat! Seronok kitorang dok petik!

My superhero jadi tukang petik. Petik yang tinggi-tinggi!

My baby Niesreena jadi tukang kutip.

Seriously seronok kutip buah dari pokok. Nasib baiklah bulan puasa... kalau tak... mesti aku ngap kat situ jugak! ;p

Yang bestnya pokok ni berbuah dari atas sampailah ke bawah! Niesreena dan Naufal pun boleh petik sendiri!

Naufal... hantu rambutan!

Aku suka makan buah rambutan yang baru masak. Belum merah dan masih kuning-kuning lagi sebab masa ni buah rambutan rangup dan manis jugak.

Banyak kitorang dapat kutip buah rambutan. Dah beberapa hari ni berbuka dengan buah rambutan. Ada kawan kata, kerabu buah rambutan sedap. Tak pernah cuba plak. Betul ke sedap? Hmmm... nampak gayanya kenalah try dulu kan...

Jom! Jom cari resepi! Boleh makan masa berbuka... #keraburambutan

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top