♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, June 2, 2013

Running Man

Niesreena ni dah demam 'Running Man'.

Setiap malam hari Jumaat dan malam hari Sabtu, mesti dia akan tunggu rancangan ni.

Malam Jumaat yang lepas aku 'tangkap' Niesreena pukul 1.20 pagi, tengah tergelak sorang-sorang layan running man.

Haiiiilah Reena... Dah berjangkit demam Korea dari maksu Eera dia...

Actually malam tu enche Neezam tak der. So, memandangkan dah tak sekolah ni, bagilah peluang diorang tidur lambat sikit. Then, bentang comforter depan tv. Aku pukul 10 lagi dah dibuai mimpi dah...

Pukul 11 lebih macam tu aku terdengar Niesreena kejut aku, "Mama, Running Man dah start". Aaaaaa... sorrylah... mama dah ngantuk. Tidur paling best waktu ni... :)

Niesreena, larat betul mata dia layan 'Running Man' sampai pagi!

Korang macam mana? Minat tak 'Running Man'. Actually, aku pun minat jugak! Hehehe...

Memula dulu aku tengok citer ni, eeee apalah yang diorang dok kejar? Macam main budak-budak jer... Hmmmm... tapi kreatif!

Then lawak-lawak spontan dia yang aku paling tak tahan. Boleh gelak sampai sakit perut!

Rupa-rupanya rancangan ni dah jadi kegilaan seluruh dunia ek. Dasyat betul impak dia... Main kejar-kejar jer pun... Layan jer lah...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top