♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, June 5, 2013

Melaka kami datang! | Taman Buaya Melaka

Melaka lagi?!

Mesti ramai kata cam tu kan? Hahaha... Ye... Melaka lagi... Menang favoritelah sangat datang Melaka ni kan... (^^)

Kali ni dah ntah kali keberapa kitorang ke Melaka. Dah tu... last minute holiday preparation. Melaka pun ok apa... Lagi pun banyak tempat lagi kat Melaka ni kitorang tak gi lagi...

Kitorang sampai kat Air Keroh dalam pukul 10.30 pagi. Masih awal nak check-in hotel. So kitorang pusing-pusing kat Air Keroh jer lah. Nak masuk bandar Melaka, tak sanggup kitorang nak harung jem!

First destination... Taman Buaya Melaka. Taman buaya ni first time aku masuk rasanya dalam beberapa belas tahun yang lepas kot. Huhuhu...

Rumah hantu ni rasanya dah bertahun ada kat sini. Ada orang nak masuk lagi ker? Eh mestilah ada! Aku dan enche Neezam masuk. Ntah hapa-hapa jer... Tapi aku menjerit sampai Niesreena dan Naufal yang tunggu kitorang kat luar tanya "Kenapa mama jerit kuat kat dalam?". Hahahha...

Keretapi dinasor ni lagi ntah hapa-hapa. Kenapalah kitorang boleh ternaik! Adoi ai...

Buaya! Buaya! Sana sini buaya... Dah nama taman buaya... Macam-macam jenis buaya ada kat sini. Seram gak tengok. Tapi yang bestnya bila tengok Niesreena dan Naufal enjoy tengok semua buaya-buaya ni. Memang banyak jenis buaya kat sini; ada buaya berbonggol macam unta, ada buaya kontot tak der ekor, ada buaya yang muncungnya tirus, macam-macam ada lah!

Ada jugak bird sanctuary. Macam-macam jenis unggas ada kat sini. Ramah-ramah plak tu. Sajer nak dekat-dekat. Aku yang takut!

Kitorang sempat jugak tengok pertunjukkan buaya. Besar betul buaya tembaga yang beraksi tu. Kalaulah dia ngap orang-orang yang buat persembahan tu, sekejap jer habis rasanya....

Berani betul diorang ni. Siap sua-suakan tangan masuk dalam mulut buaya yang besar tu! Haaiiisssshhhh...

Tengok... ayah Khairun yang lebih excited jumpa maskot. Hehehhe... Holiday mood!

Ada banyak jugak miniatur kat sini; KLCC ada, F1 Sepang ada, Masjid negara ada, bangunan Perdana Putra ada, macam-macam ada!

Yang kat bawah ni.... hmmmm... apa ek? Istana Melaka kot?! ;p

Yang terbaru kat dalam taman buaya ni ada water park! Aku dan enche Neezam tengok dari jauh jer. Takut nak gi dekat-dekat dengan water park tu. Takut Niesreena dan Naufal terjun masuk pool! Tu pun Naufal dah lompat-lompat dah excited nak mandi. Nasib baik dengar kata sikit hari ni... dapat pujuk... sebab nak gi hotel yang lagi best pool nya!

Sekian di Taman Buaya Melaka. Tunggu beberapa belas tahun lagi untuk datang semula ke sini yer... Hehehe...

Next stop is....

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top