♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, May 22, 2013

Naufal di tadika | Keputusan peperiksaan

Tugasan aku pagi ni ialah ke sekolah Naufal sempena hari perjumpaan guru-guru dengan ibubapa. Sebenarnya nervous gak nak ke sekolah Naufal ni. Bukan apa... sebab takut malu kalau keputusan peperiksaan Naufal teruk. Huhuhu...

Naufal ni kalau kat rumah, kalau suruh belajar bolehlah tahan takat 5 minit jer. Pastu mulalah... "Mama, ayah... Naufal penatlah...", "Mama, ayah... Naufal nantuk *read ngantuk* lah", "Mama, ayah... Naufal nak susu", "Mama, ayah... Naufal nak main otomen *read ultramen* dulu". Haishhh... macam-macam alasan kalau kena belajar!

Naufal memang lain sangat dengan Niesreena. Lain sangat! Malas sikit. Hehehe... Niesreena rajin. Rajin sangat! Kalau kat Naufal, aku dan enche Neezam kena cakap "Naufal, sudah-sudahlah main tu... gi lah belajar". Tapi kalau dengan Niesreena kena cakap "Reena, sudah-sudahlah belajar tu. Gi lah main". Serius! Huhu...

Hmmmm... enche Neezam terlepas hari ni. Tak boleh tidak enche Neezam kena gi kerja jugak sebab ada viva dengan student phD dia. Ok... tak per... Biarlah mama yang berkorban. Haha.. berkorbanlah sangatkan?!

Enche Neezam dan Niesreena dari pukul 7 pagi lagi dah keluar. Aku dan Naufal pukul 8.40 pagi baru terhegeh-hegeh nak keluar rumah. Dah lambat! Naufal plak wat lawak... sajer nak test kesabaran mama di pagi hari... haiiishhhh...

Mama : Ok Naufal. Cepat pakai stokin. Kiter dah lambat...

Naufal : Dahhhh...

Konfiden jer jawab "dah" kan... Aku pun lega jer dengan jawapan dia... Tapi... rupa-rupanya...

Adoilah anak aku sorang ni. Rasa macam nak marah pun ada. Tapi memang tak boleh tahan nak gelak!

Naufal... Naufal...

Memang nakal tau budak cheeky ni! :)

Sampai sekolah, nasib baiklah tak ramai parents yang datang. So tak perlu tunggu lama, terus jumpa guru kelas Naufal, teacher Faizah. Alhamdulillah... keputusan peperiksaan Naufal agak baik. Dapat nombor 3 daripada 10 orang dalam kelas dia. Syukur alhamdulillah... Dalam main-main Naufal tu, ada jugak yang dia simpan dalam otak dia. Hehehehe...

Hmmmm... tang 'tulisan' tu memang tumbs down lah. Tulisan Naufal memang buruklah. Kalau suruh ikut dot pun, ada 'lencongan'. Hahahha... Paling tak percaya, Jawi, Naufal dapat 99/100!

Actually aku selalu dengar Naufal nyanyi "Alif Ikan, Ba Baju, Ta Tangan, .... " Sebab tu aku rasa dia boleh ingat dan buat soalan Jawi kat atas tu. Macam tu jugak dengan soalan bahasa Arab kat bawah ni. Naufal selalu nyanyi "Ainun mata, Anfun hidung, ...." Alhamdulillah... dapat 10/10!

Hmmmm... lepas ni kalau nak menghafal kena buat irama atau lagu kot...Huhuhu...

Teacher Faizah kata, Naufal laju dalam belajar. Aktif dan dapat ikut P&P dalam kelas dengan baik. Dah kenal nombor dan huruf. Dah dapat bezakan huruf besar dan huruf kecil. Dan boleh baca beberapa sukukata dan mengeja. Alhamdulillah...

Boleh ke lawan enche Neezam yang boleh membaca masa umur 4 tahun??? Insya Allah...

Tapi...

Teacher Faizah kata jugak... Naufal ni banyak main! Kadang tu sajer jer buat cikgu terkejutlah. Pastu Naufal gelak. Ada jer keletah dia. Kadang tu kena cubit jugak. :) Bagus! Cubit jer... mama Naufal tak kesah pun. Asal jangan sampai cedera sudah. Hehehehe...

Lepas perjumpaan dengan guru, aku terpaksa balik semula ke office. Nasib baik Naufal nak tinggal kat taska. Sebab masa kat rumah, Naufal dah sound "Hari ni mama jangan pergi kerja tau. Jaga Naufal". Amboi! Tak bolehlah sayang... Rugi cuti kalau tak berjalan. Next time Mama cuti kiter gi jalan-jalan k sayang...

Hmmmm... tadi Naufal sempat kenalkan aku dengan girlfriends dia... Tak sama kelas pun. Diorang kelas 5 tahun dan kelas 6 tahun. Naufal di kelas 4 tahun.

Sorang ke sorang Naufal kenalkan dengan aku. Sumer gegirl. Boboy tak der ke sayang???

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top