♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, May 26, 2013

Jom membaca @ Perpustakaan Negara

Lepas siap mengemas rumah... hmmmm... actually tak pernah siap mengemas rumah...

Oklah tukar... tukar!

Lepas dah buat kerja rumah sikit-sikit... ;p aku dan kesayanganku; Niesreena dan Naufal bertolak balik ke rumah mak abah aku. Alhamdulillah... highway nak ke KL memang clear berbanding highway nak ke Selatan memang jem teruk!

Bila dah masuk KL, jalan lenggang jer. Best betul!

Alang-alang dah sampai KL dan alang-alang jalan clear, aku decide bawak Niesreena dan Naufal ke Perpusatakaan Negara Malaysia! Hmmm... aku pun dah bertahun tak jejak kaki kat sana.

Ni pun first time Niesreena dan Naufal ke perpustakaan awam. Exited betul diorang.

Perpustakaan Negara ni tak banyak beza dari dulu sampai sekarang. Walaupun warna banggunan dah bertukar dari biru ke hitam tapi keadaan dalam masih sama. Buku every where! Hahaha... memanglah kan?!

Cuma sekarang tak strict sangat macam dulu. Kalau dulu, nak masuk dalam pun kena register. Sekarang, tak perlu register untuk sekadar masuk membaca. Tapi tak boleh buat peminjaman buku lah.

Hampir 2 jam jugaklah kitorang lepak kat sana. Sampailah Niesreena kata, "Mama, Reena laparlah..." Hahaha... Niesreena ni, kalau nak tau, memang kuat makan. Badan jer tak besar-besar. :)

So, kitorang pun terus gerak balik ke rumah wan dan atok abah. Nasib baik wan dah masak asam pedas ikan pari dan paceri nenas. Sedap giler!

Tengok! Dua hari jer... habis satu buku warna dah diwarna! Well done kids! Nampak gayanya kenalah cari buku warna lagi yer???

No comments :

back to top