♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, May 12, 2013

I love you, mama

Terharu sangat bila dapat kad ucapan hari ibu dari Niesreena. Lebih-lebih lagi bila kad tu dibuat sendiri olehnya...

Walaupun hasil tangan Niesreena ni tak sehebat mana, aku tetap rasa seronok dan teruja bila Niesreena berikan pada aku. Niesreena dapat meluahkan perasaannya di atas sekeping kertas putih. Penuh dengan bentuk hati dan kata-kata istimewa.

Uuuuuuuu... terharu sangat!

Paling tak tahan bila Niesreena serahkan kad tu pada aku waktu aku tengah dok bebel-bebel dengan dia sebab barang sekolah bersepah. Tapi bila tengok kad tu, rasa sejuk hati. Terus peluk Niesreena...

Pastu sambung bebel balik... Heheheh... Tak lah... Terus terbantut bebelan aku... Hehehhe...

Thanks Niesreena sayang... Mama pun sayang sangat pada Niesreena dan Naufal.

Aku pun sempat jugak call emak pagi-pagi; ucapkan 'Selamat Hari Ibu!'. Emak jugak ucapkan selamat hari ibu pada aku. Sayaaannngg sangat kat emak!

Lelaki berusia yang hensem tu abah aku, wanita berusia yang cantik sebelah kiri abah tu lah mak aku. Comel jer kan... Puteri-puteri mak abah pun 'comel-comel' jugak kan? Hehehehe...

Selamat hari ibu jugak kepada emak mertuaku yang sangat sporting. Susah nak dapat mak mertua macam mak. :) Love you!

Kepada adik-adik, saudara mara, sahabat handai dan semua wanita di luar sana, Selamat Hari Ibu! Let's enjoy our day!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top