♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, May 25, 2013

1st Day Cuti Sekolah | Mari Mewarna

Bermulalah minggu cuti sekolah!

Kalau ikut cuti-cuti yang lepas, biasanya kitorang hantar Niesreena dan Naufal balik ke kampung. Tapi kali ni Niesreena dan Naufal kena duduk kat rumah jer sebab mama dan ayah ada beberapa plan untuk Niesreena dan Naufal sempena cuti sekolah ni.

Semalam enche Neezam dah bertolak ke Sekolah Menengah Sains Banting untuk program dengan anak-anak Permata Insan. Macam biasalah... berkhidmat untuk negara. So, hari ni, tinggallah kitorang bertiga jer...

Seperti biasa jugak bila musim cuti sekolah ni, aku akan bawak Niesreena dan Naufal ke kedai buku kegemaran aku; Popular. Cari buku-buku latihan untuk Niesreena buat sepanjang cuti ni.

Niesreena macam biasa, bila masuk kedai buku, mulalah rambang mata! Kalau boleh semua buku dia nak. Macam kan kedai buku tu aku yang punya. Muahahahahha...

Setelah ditapis-tapis, dapatlah beberapa buah buku untuk Niesreena dan sebuah buku mewarna untuk Naufal.

~Her favorites!~

~Naufal pun dapat satu!~

Memandangkan ayah Khairuns pun tak der, so untuk hari pertama cuti sekolah ni, kiter buat aktiviti kat rumah jer lah yer anak-anak.

Jom kiter buat pertandingan mewarna!

Tekunlah sangat diorang mewarna. Maklumlah masing-masing dapat pensil warna baru. Semangatlah...

~Ok! Dah siap!~

Siap akhirnya... Haaaa... Ni lah bezanya Niesreena dan Naufal. Niesreena mewarna ikut warna-warna dalam gambar yang dah disediakan. Naufal mewarna ikut suka hati dia jer. Tapi ceria kan?!

Macam tu jugak, kalau Niesreena ni memang senang nak handle sebab mengikut kata sikit, tapi Naufal memang ikut suka hati dia jer. Huhuhuhu...

Tapi yang penting, kedua-dua permata hati ku ini sihat, riang dan ceria sentiasa!

Done for today! Esok... kiter jalan yer... tapi nak kemana???

No comments :

back to top