♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, April 1, 2013

Musim cuti sekolah

Hahaha... Tajuk tak tahan!

Pernah tak masa sekolah rendah dulu? Naik jer sekolah lepas seminggu cuti sekolah, cikgu bahasa Malaysia **masa aku sekolah dulu subjek 'Bahasa Malaysia'... sekarang dah tukar jadi 'Bahasa Melayu'** bagi tajuk karangan "Musim cuti sekolah" atau "Bercuti di...". Apa-apa tajuk pasal cuti sekolah lah... Pastu mulalah pikir nak tulis pasal apa, sebab cuti sekolah dok kat rumah jer... Tengok tv... Bergaduh dengan adik-adik... Hahahaha... Kalau nasib baik sikit, mak abah bawak berjalan, berkelah atau paling-paling pun gi balik kampung. Barulah idea nak tulis karangan pasal cuti sekolah... ;p

Musim cuti sekolah yang lepas, memula tu aku angan-angan nak bawak bebudak ni gi bercuti jauh-jauh sikit. Bila tanya-tanya Niesreena dan Naufal, diorang prefer gi waterpark. Bila survey kat Morib Gold Coast tu, semua penuh. Tu lah... plan last minute. Memang tak der rezekilah. Akhirnya kitorang decide gi waterpark kat Pedas jer... Dah on the way balik ke Segamat. Ok lah kot...

~Off we go!~

Kitorang sampai kat waterpark ni dalam pukul 11 pagi. Alhamdulillah... cuaca tak panas sangat. Dan yang paling best, orang tak ramai! Not as I expected.

Bayaran masuk ke Pedas Waterpark ni murah jer. Orang dewasa baru RM12 untuk harga pada musim cuti sekolah. Ok lah kan? Lagipun waterpark ni biasa-biasa jer. Tak lah ekstreme sangat. So, sesuailah untuk bebudak sebaya Niesreena dan Naufal ni. Dan kat sini pun masih ada water slides dan tempatnya pun bersih.

Kat sini jugak ada kolam air panas. Natural katanya... memang panas giler. Aku baru masuk tapak kaki dah terasa kebas sebab panas. Takut nak masuk. Patutlah tak der orang berani nak masuk. Kosong jer...

Dulu masa aku mengandungkan Niesreena, aku boleh duduk dalam kolam air panas ni sampai paras dada. Dah duduk setengah jam, baru perasan papan tanda "Ibu mengandung tak digalakkan duduk di dalam kolah air panas". Terkejut baca tanda tu terus bangun. Pastu mula takut kalau ada effect kat baby. Alhamdulillah... Niesreena keluar sehat jer... cuma hitam sikit. Mungkin sebab dah "terlebih rebus"... Huhuhu...

Reflexology walk ni pun best. Memula pijak batu-batu tu memang rasa sakit sangat. Tapi lama-lama rasa selesa. Lebih-lebih lagi sambil berendam dengan air panas. Kat sini tak rasa panas sangat macam kat kolam satu lagi tu. Memang rasa selesa sangat!

Enche Neezam sempat tidur! Dapatlah jugak dalam setengah jam. Nyenyak betul!

Hitam dah Niesreena dan Naufal! Huhu...

Petang tu, terus kitorang balik Segamat. Hantar Niesreena dan Naufal. Sedih jugak nak tinggalkan diorang sebenarnya. Tapi tak per lah... Niesreena dan Naufal pun seronok kat kampung. Bleh main tab, computer, pusing-pusing kampung dengan ayah tok. Daripada hari-hari nak hantar ke taska, kesian gak kat diorang.

Seminggu diorang kat Segamat, rumah terasa sunyi betul. Tapi honesly, ini lah waktu untuk aku dan enche Neezam berehat gak sebenarnya. Pagi-pagi tak tergesa-gesa nak siapkan budak-budak dan kelengkapan diorang untuk dihantar ke sekolah. Bila diorang tak der.. pukul 6.30 pagi baru bangun. Lepas solat, tidur balik. Pukul 7.30 pagi baru bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Jalan pun smooth jer... tak banyak kereta.

Balik kerja dalam 5 hari tu, enche Neezam bagi cuti masak. Hari-hari dating... Hari-hari gi makan kedai. Merayap jer... Huhuhu... Seronoknya... Relax betul rasanya. Tapi tu lah... bila budak-budak tak der... gi makan luar, mulalah teringat kat diorang. Kalau Niesreena dan Naufal ada mesti suka makan ni... mesti suka itu... mesti suka ini...

Aku pun hari-hari call diorang. Sekali call borak panjang-panjang. Sampai bising enche Neezam. Ye lah... call pun tanya benda yang sama jer... "Reena dah makan? Naufal buat apa tu? Buat kerja sekolah tak? Gaduh tak?" Bla... bla... bla... Soal benda yang sama... ;p

Huiiishhh... dah panjang aku merepeks... Cukup sampai sini dulu... Insya Allah... nanti sambung part 2 yer...

Kemana pulak kitorang hari minggu yang lepas????

Jeng jeng jennnggggggg....

\(^^)/

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top