♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, April 28, 2013

Hari Sukan Naufal

Semalam harijadi Naufal. Pada masa yang sama hari tersebut adalah Hari Sukan tadika Naufal belajar; Tadika Islam Miftahul Ulum. Tadika yang sama Niesreena belajar tahun lepas.

Berbanding tahun lepas, kali ni acara sukan dibuat di tempat tertutup dan selesa sikit. Kat dewan tertutup KLIA.

Kitorang tiba kat sana agak lewat. Mana taknya... enche Neezam outstation. Terpaksalah aku seorang terkapai-kapai menyiapkan bebudak ni. Naufal plak, bleh tak nak gi sebab tengok kakak dia tak pakai baju sekolah. Puaslah pujuk. Barulah nak masuk kereta. Tu pun lemah longlai jer...

Rupa-rupanya Naufal jadi maskot kumpulan merah hari tu. Jadi Hang Tuah! Comel jer. Hehehe...

Bukan main semangat lagi bebudak ni bersorak. Naufal pun sebenarnya dah banyak kali berlatih, menjerit-jerit kat rumah. Cikgu Naufal pun pernah cakap, Naufal paling kuat bersorak! Jangan tak datang! Hehehe...

Berbaloilah... sebab team Naufal menang tempat pertama dalam perbarisan. Yey!!!

\(^^)/

Sebelum acara sukan bermula, wajiblah senamrobik dulu kan. Naufal dah beberapa kali buat kat rumah. Siap ajar Niesreena lagi.

Tapi part yang paling tak tahan sebab Naufal tertendang budak belakang dia. Mungkin sebab belakang pun rapat sangat ke depan kot. Adoooiiii... Apasal panjang sangat kaki ke belakang Naufal oii... Sian kawan... Haha...

~Niesreena jumpa kawan sekelas~

Naufal masuk beberapa acara. Acara senang-senang jer. Alaaa... acara bebudak 4 tahun.

Tengok Naufal enjoy sangat! Seronok betul!




~Siap tergolek lagi. Hahaha...~

~Terbang dah tudung Niesreena~

Acara penyampaian hadiah, macam tahun lepas jugak, tempat pertama hingga tempat terakhir semua dapat hadiah. Baguskan! Cuma yang beza hadiahnya dari segi kualiti dan saizlah. Kalau dapat nombor 1, dapat botol air besar sikit atau mahal sikit. Kalau tempat terakhir tu dapatlah yang cikai-cikai sikit. Tapi ok lah kan. Semua dapat hadiah.

Team Naufal dapat tempat kedua. Seronok betul Naufal. Muka dia masa ambil piala tu, memang nampak happy sangat!

~Emas ke? Tak lah... yang bawah ni baru Naufal punyer... (^^)~

~Tempat kedua pun ok apa~

Balik rumah... semua orang 'pengsan'... penat sangatlah tu... termasuklah aku... ZZZZzzzzzzzzz...

No comments :

back to top