♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, April 2, 2013

Dating @ Port Dickson

Seminggu tanpa anak-anak memang best! Tapi kalau lebih daripada tu... rasanya dah tak tertanggung rindu kat bebudak kot.... Huhuhu...

Hari Sabtu yang lepas, hari terakhir kitorang honeymoon. Haha... Honeymoon lah sangat kan... Enche Neezam bagi talk sebenarnya kat Tanjung Agas. So, alang-alang, sambil menyelam, minum air. Aku ngekorlah...

Sessi talk enche Neezam malam. So, pagi tu, kitorang plan nak keluar breakfast dekat-dekat jer dengan hotel. Tapi tup-tup sampai ke Port Dickson plak. Apa lagi... lepaklah sekejap kat tepi pantai... Cuaca pun cantekkkkk sangat! Best!

Rupanya ada banyak jugak pantai-pantai cantik kat PD ni. Ada beberapa pantai yang kitorang sempat singgah kat PD ni. Dan yang menarik kat Pantai Cahaya Negeri. Kat sini ada jambatan yang sambungkan pantai ni dengan Pulau Burung. Kecik je pulau ni. Banyak pokok-pokok bakau dan airnya jernih, tapi burungnya tak nampak lah pulak. Beruk ada lah! ;p

Lepas dah pusing-pusing kat tepi pantai, enche Neezam bleh pulak ajak aku ke Muzium Tentera Darat. Dekat jer dengan pantai. Adoooiii... aku dah sememeh jer... Baju t-shirt jer, seluar trek suit... Muka... bedak pun tak tepek! Handbag pun tak bawak! Mesti orang kata aku ni minah kampung dari manaaaaalah kan... T-shirt pun... t-shirt tuuuuu jugak! Hahahhaa... Nasiblah labu...

Menarik jugak muzium ni sebenarnya... Ada banyak cerita sejarah-sejarah perang sejak perang dunia pertama, peralatan-peralatan perang dan biography tokoh-tokoh polis dan tentera serta ahli-ahli politik. Teringat-ingat jugak sejarah yang masa kiter belajar kat sekolah dulu.

Bila baca-baca sejarah tentang betapa susahnya orang-orang terdahulu nak membebaskan diri dari penjajahan dan susahnya nak mendapatkan kemerdekaan pada waktu itu, terasa bersyukurnya sebab hidup dalam masa sekarang ni. Malaysia yang dah aman, damai dan tenteram. Jangan sampai negara tergadai lagi! Aiseh... tetiba semangat patriotik membara! :)

And later that evening... the kiddos are back! Miss them sooooo much!

Macam biasa... favorite diorang... swimming at pool!!!

Akhirnya... masa berdua-duaan habis jugak. Yes... times up! Bila nak enjoy berdua lagi yer enche Neezam! Hmmmmm... kena tunggu cuti sekolah akan datang. Hehehhehe... Lebih baik start plan cuti sekolah akan datang dalam bulan May ni sebaik mungkin. Nak ambil cuti panjang bercuti dengan bebudak! Hmmmm... nak kemana pulak ek???

1 comment :

Anonymous said...

Sweet couple

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top