♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, April 24, 2013

Ayam Penyet

Korang suka makan ayam penyet??? Aku memang suka sangat! Actually, aku memang suka makan yang kering-kering ni. Tak suka berkuah-kuah sangat. Kena pulak tu makan dengan nasi panas dan sambal yang pedas berasap kan... memang terbaiklah!

First time makan ayam penyet ni masa aku dan enche Neezam bersama-sama keluarga pergi bercuti ke Kuching, Sarawak.

Wan Said, kawan kitorang, bawak kitorang gi makan kat satu kedai ayam penyet ni. Masa tengok ayam penyet ni punyer sambal... alahai... ciputnya sambal dia kasi... kedekut betul. Enche Neezam, tak sempat rasa lagi, dia dah mintak extra sambal. Tapi lepas tu... bila makan... ha hambek ko... keluar api kat mulut terus! Haha... Ingat lagi... pelayan kat kedai tu maknyah. Huhu...

Then balik semenanjung memang tak jumpa lagi dah ayam penyet. Pastu balik Melbourne semula... lagilah tak jumpa kan...

Sampailah bila aku start kerja, kengkawan office ajak makan kat restoran ayam penyet kat Ole-ole. Terus jatuh hati... tapi jarang dapat makan sebab restauran tu jauh dari office. Enche Neezam plak tak minat ayam penyet. Hmmm... kat Giant Nilai ada 1 kedai Ayam Penyet AP. Baru berkira-kira nak gi, tetiba dapat tahu yang kedai Ayam Penyet AP tu tak halal.

Beberapa bulan yang lepas, kawan sekerja ajak cari kedai ayam penyet kat Bukit Lanchong. Ayam penyet dia memang terbaiklah!

Selain ayam, ada jugak ikan lele. Ayam memang ayam kampung. Digoreng garing dan cukup dengan rempah dia. Sambal, memang superb! Meleleh hingus! Mengalir peluh! Hahahha...

Sejak gi makan kat sana, aku dan kawan-kawan office memang tak pernah miss untuk pekena ayam atau ikan penyet kat sana. Tiap-tiap minggu mesti pergi! Lagipun harganya pun berpatutan. Cuma RM5.50 sepinggan.

Enche Neezam pun lega sebab aku tak der lah asyik ajak dia gi cari kedai ayam penyet yang dia tak berapa minat nak makan. (^^)

Korang yang dok dekat-dekat Bukit Lanchong tu, gi lah try yer... :)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top