♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, March 29, 2013

Alhamdulillah... it's Friday!

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat!

Rasa minggu ni cepat jer berlalu. Rasanya hari Sabtu lepas baru jer hantar bebudak balik kampung. Tup tup dah hari Jumaat semula. Tapi bagus jugak... Rindu dah sangat rasanya kat Niesreena dan Naufal. Seminggu aku tak membebel! Rindu pulak rasanya. Haha...

Insya Allah hari ni, ayah tok dan mak tok akan bawa Niesreena dan Naufal ke KL. Aku dan enche Neezam pulak akan ke PD. Aiseh... honeymoon sekejap. Esok, Niesreena dan Naufal akan join kitorang ke PD pulak. Hmmmm... tambah hitamlah lagi diorang! ;p Ini plan terakhir sebelum cuti sekolah bermula. Hari Ahad kena prepare untuk ke sekolah semula!

Sempena dengan hari Jumaat hari ni, aku nak kongsikan dengan korang lagu yang Naufal selalu nyanyikan sekarang ni. Actually lagu ni sebenarnya bacaan doa solat dhuha. Naufal belajar kat taska. Alhamdulillah... Naufal boleh hafal jugak dalam pelat-pelat dia tu.

Solat dhuha ni banyak zatnya. Kalau berkesempatan marilah kite sama-sama amalkan yer...

Ok, sampai sini dulu... back to work! Esok cuti! Yey!

Salam hari Jumaat semua! Semoga kiter sama-sama mendapat keberkatan dan rahmat dariNya!

And please wish me luck!!! ;)

Thursday, March 28, 2013

Formula 'ABCDE' @ Al-Nashrah, USIM

Dah lama sebenarnya enche Neezam tak keluarkan apa-apa artikel. Dulu masa kat Melbourne, boleh kata kerap sangat artikel enche Neezam keluar paper; Utusan dan Berita Harian.

Alhamdulillah... ni ada satu yang baru...

Artikel ni enche Neezam pernah keluarkan tidak lama dahulu di Utusan Malaysia. Kalau berminat nak baca, boleh klik kat sini. :)

Saturday, March 23, 2013

Earth Our 2013 | Let's support!

Friday, March 22, 2013

Lala & Siput goreng berpeluh! Hahaha...

Assalamualaikum wbt... Salam hari Jumaat and alooo uollsss!!!

Lama tak update blog sebab dua minggu ni tersangatlah busy dengan kerja-kerja kat office. Nak jengah blog pun tak sempat. Nak update apa pun tak der idea gak sebenarnya.

Tapi hari ni, hari Jumaat yang indah ini, aku nak kongsikan satu resepi kegemaran aku. Iaitu Lala goreng cili Julie style. Masa makan mesti berpeluh! Aiseh! Hehehe... Sebenarnya resepi ni resepi dari emak. Emak masak memang sedap! Tiada tandingan!

Dulu masa mengandungkan Niesreena, aku mengidam makan lala masak macam ni laa... Enche Neezam siap bawa aku cari lala sampai ke Melaka. Tapi lala goreng dia tak sesedap mak yang masak. Ha... bila dapat lala goreng yang mak masak, baru lepas mengidam aku. :) Cayang emak!

Aku nak kongsikan resepi ni sebab ada kengkawan yang mintak. So, trylah ye kengkawan... sonang yo...

Bahan-bahannya ialah cili kering dalam 4 tangkai, cili merah sebiji, bawang merah kecil sebiji, halia sikit dan 2 biji bawang putih. Tumbuk halus semua bahan-bahan ni... Kena tumbuk tau... Jangan blend... Mak kata, kalau kiter masak dan tumbuk bahan-bahan, makan akan lebih sedap kalau banding kite blend. :) Kalau nak sedap, kenalah rajin sikit kan... Hehehehe...

Bahan-bahan lain ialah sos cili 'life'! Brand 'Life' tau! Sebab cili sos 'Life' sedap! Setuju tak? Hehehe... dan jugak gula dan garam sikit...

Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk. Bila dah naik minyak dan bahan-bahan tu dah hampir masak, masukkanlah dalam 2 sudu besar cili sos, garam dan gula sesuka hati korang. Janganlah manis sangat yer. Agak-agak gula dalam 1 sudu kecil tu cukuplah.

Kemudian masukkan lala yang telah dibersihkan. Masukkan air sikit. Api bolehlah kuatkan sikit.

Lala ni, bila dia dah masak, dia akan terngaga. Semua akan terbuka. Senang nak makan. Kalau yang tak terbuka tu, maksudnya something wrong some where! Hahahahaha... Mungkin dalam dia tu tak der isi tapi tanah... Jaga-jagalah sikit yer...

So, bila semua dah terbuka, bolehlah dihidangkan! Siap! Senangkan???

Hmmmmm... resepi ni, selain daripada lala, boleh jugak ditukar dengan siput sedut dan siput buluh. Memang sedap! Rasanya manis dan pedas.

Tu dia... siput sedut dengan resepi yang sama. Ni menu aku masak malam hari Rabu yang lepas. Siput sedut, kangkung goreng belacan dan ikan kembung rebus masak lomak cili padi. Ringkas jer... Masak lemak ikan kembung rebus tu, kalau dapat belimbing buluh mesti perrggghhhhh... mantop! Tapi susah nak cari belimbing buluh sekarang!

Korang makan ikan kembung rebus?

Ikan kembung rebus ni, goreng pun sedap! Pastu buat sambal tumis kering. Makan dengan nasi panas-panas. Peeerrrrrgggghhhh... terliur! Aku suka makan kering-kering macam ni. Terutamanya masa bersahur. Sangat menyelerakan...

So, korang... hujung minggu ni nak masak apa? Ada apa yang special nak masak tak? Esok dah start cuti sekolah. Aku dan enche Neezam nak bawa Niesreena dan Naufal gi waterpark esok. Surprise! Niesreena dan Naufal tak tau pun lagi. Mesti diorang happy! Then hantar diorang balik kampung then gi bercuti sebelum cuti sekolah bermula. Hmmm... gi cuti dekat-dekat jer pun.

Esok jugak mak abah back for good dari Kota Kinabalu. Alhamdulillah... setelah 4 tahun bermastautin kat sana akhirnya balik jugak diorang. Lebih-lebih lagi bila keadaan Sabah dah tak selamat ni kan. Memang risau sangat dengan emak dan abah kat sana. Walaupun KK jauh dari Lahad Datu dan Semporna tapi tempiasnya sampai gak ke KK. Mak kata nak cari barang fresh pun susah sekarang. Nelayan dah takut nak ke laut. So, ikan susah nak dapat. Kalau ada seekor dua tu harganya melonjak-lonjak naik. Bah kan ikan sardin dalam tin pun susah nak jumpa! Alhamdulillah... akhirnya tamat abah berkhidmat kat UMS. Mesti student-student dia rindu. Huhuhu...

Hari Jumaat yang indah... Semoga kite semua mendapat rahmat dariNya...

Waiting for the good news!!!!!! :)

Friday, March 8, 2013

It's W day!

Happy Woman's Day!

To all ladies out there!

Wednesday, March 6, 2013

Wordless Wednessday | Bila enjin panas...

Naufal... Naufal... *sigh*

Monday, March 4, 2013

Lahat Datu

Pencerobohan di Lahat Datu dan Semporna... berdebar-debar setiap kali membaca dan mendengar perkembangan kat sana.

Semoga semuanya selamat... dan kembali aman seperti sediakala...

Rasa sedih bila ada anggota keselamatan kita yang terkorban. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang syahid... Al-fatihah...

Ya Allah... Kau lindungilah bumi Malaysia yang tercinta ini. Amin...

Friday, March 1, 2013

Peria goreng garing

Dah lama sangat tak tampal resepi kat sini. Tapi... ellleeeehhhh... aku bukan jenis pandai masak pun walaupun hari-hari masak. Huhuhu... Tapi biasanya aku suka kongsikan resepi kat sini sebab samada resepi tu istimewa atau untuk jadi rujukan aku sendiri pada masa akan datang.

Kali ni aku nak kongsikan resepi... Peria goreng garing! Gerenti sedap punyer!

Hmmmm... saper suka makan peria? Ramai sebenarnya yang tak suka makan peria ni sebab peria ni pahit. Terutamanya peria katak macam kat gambar atas tu. Pahit sangat!

Tapi orang tua-tua kata, yang pahit tu ubat. Antara khasiat peria ni, boleh mengubati penyakit kencing manis. Wallahu alam...

Aku sendiri dulu pun tak suka makan peria. Tapi bila dah lama-lama try, rasa sedap plak expecially kalau emak yang masak. Sebab air tangan mak sedap. Hehehhe...

Dan peria katak ni, aku cuma makan kalau digoreng garing sahaja. Selalunya menu ni boleh didapati di kedai-kedai mamak.

Ari tu, lepas try makan sekali, memang tersuka terus! Lepas tu try nak buat sendiri sebab macam senang. Cuba cari resepi kat internet dan buat beberapa kali tapi tak menjadi. Bukan tak jadi sebab apa. Tapi sebab peria tu tak jadi garing. Lemau jer... Sadih betul... Huhuhu...

Sehinggalah pada suatu hari... aiseh... ada kawan bagi tau tips buat bawang goreng supaya garing. Dan aku praktikkan untuk buat peria goreng ni. Dan alhamdulillah... menjadi dengan jayanya!

So korang nak resepi dan tips? Senang jer pun...

Bahan-bahannya cuma peria katak dalam 3 biji, cili merah 2 ulas, bawang putih 2 ulas dan bawang merah kecil 4-5 biji. Ikut koranglah... kot yang suka bawang lebih tu, letaklah lebih. Kalau nak pedas tambahlah cili padi ke kan. Oh ya... dan minyak untuk menggoreng.

Mula-mula bersihkan semua bahan-bahan tadi. Peria tu hendaklah dibelah dua dan dibuang biji, kemudian dipotong nipis-nipis. Bahan-bahan yang lain tu pun perlu dipotong nipis-nipis dan dimayang.

Gaulkan semua bahan-bahan tadi dengan garam.

Cara mengoreng peria ni ialah dengan dip fry yer kengkawan. So minyak kenalah banyak.

Bila minyak dah panas, masukkan peria yang telah dipotong tadi. Kena rajin kacau-kacau supaya gorengnya sekata dan tak hangit. Bila agak-agak dah nak kering sikit, masukkan semua bahan-bahan yang lain tadi; cili, bawang semua tulah. Goreng sehingga semuanya kekuning-kuningan.

Angkat dan tuskan minyak. Dah siap!

Tips kat sini ialah semua bahan-bahan tu perlu digaul dengan garam terlebih dahulu baru digoreng. So barulah peria dan bawang-bawang tu semua garing. Kalau buat bawang goreng pun gunakan tips macam ni. Insya Allah... memang garing!

Senangkan?!

Peria goreng ni sedap kalau makan dengan gulai ke... kari kepala ikan ke kan... amboi! Memang ngam!

Ada jugak kawan-kawan yang goreng peria ni dengan serbuk kari dan lada sulah. Dan ada jugak yang goreng dengan tepung. Nanti bolehlah try buat.

Dan yang penting... resepi ni telah berjaya memikat hati abah aku dan jugak mak mertua ku... boleh kata semua sukalah! Huhuhu...

So, selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top