♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, February 17, 2013

Amah setan!

Semalam terkejut tengok Buletin Utama sebab ada meteor terhempas ke bumi. Hari ni terkejut lagi sebab tengok amah IR yang banting-banting bayi 4 bulan tanpa belas kasihan! Dibaling-baling macam buat roti canai!

Sedih dan sakit hati betul aku tengok video tu! Kalau aku jumpa perempuan giler tu nak jer aku tendang-tendang kepala hotak dia!

Ya Allah... apalah perasaan dia masa dia buat bayi tu macam tu kan? Tak der belas kasihan dan hati perut langsung ke? Tak sanggup aku tengok! Memang tak sanggup! Sebab tu aku tak berani nak letakkan video tu kat sini. Malah gambar sekalipun tak sanggup. Tapi kalau korang nak tengok, boleh ke link ni : MyNewsHub

Nasib baik bayi tu tak apa-apa. Dari luaran nampak macam ok lah kan. Tapi doktor kata memang ada kesan dalaman. Tu tak tau lagi emosi dia macam mana kan? Kesian baby tu. Harap-harap bayi tu sembuh dari segi fizikal dan mental.

Insiden macam ni ialah insiden yang paling menakutkan ibu bapa zaman sekarang sebenarnya. Susah nak cari pembantu rumah dan pengasuh yang betul-betul ikhlas, jujur, amanah dan betul-betul sayang kat anak-anak kiter kan. Keluar duit beribu-ribu nak ambil diorang kerja. Tapi... hasilnya mengecewakan.

Diorang ni pun, kalau rasa tak nak kerja, tak payahlah kerja. Menyusahkan orang jer... Agen plak, tolonglah supply amah yang mental dia stabil sikit. Tolonglah!!

Hmmm... setakat ni aku percaya dengan taska Islam yang menjaga Niesreena dan Naufal. Alhamdulillah....

Harap-harap kejadian macam ni tak kan berlaku pada kite pada masa akan datang. Amin...

No comments :

back to top