♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, February 25, 2013

Oh My Malaysian-English!

I've watched this video this morning shared by my friend in fb. This is a very interesting video to watch and to share! It is exactly what is happening in Malaysia; Malaysian-English!

Do enjoy the video! The speaker is Marianna Pascal.

She is a very good speaker! She must be a very good writer too! I'll try to find one of these..

Friday, February 22, 2013

Mari menunggang ke sekolah!

Alhamdulillah... beberapa hari lepas kitorang dah dapat ahli baru dalam keluarga kitorang. Kenderaan beroda dua! Hahaha...

Dah lama menjadi idaman enche Neezam. Memang hajat enche Neezam, kalau dah masuk rumah baru, enche Neezam nak beli sebiji motor. So, senang nak hantar Niesreena dan Naufal ke sekolah. Tak perlu mengharung jem bagai. 10 minit dah boleh sampai ke sekolah.

Untuk hari pertama hari tu, enche Neezam bawa Niesreena je dulu. Naufal masih takut-takut lagi nak naik motor dengan ayah dia. Hehe... Tapi dah beberapa hari ni Naufal dah confident. Naufal berdiri jer kat depan ayah dia. Bukan main happy tengok diorang. Naufal sekarang ni pun kalau gi sekolah mesti nak naik motor. Bangun pun cepat sebab takut ayah gi dulu dengan kakak. Kalau bangun lambat, nanti kena gi sekolah naik kereta kemudian dengan ayah.

Hmmmmm... tengok Niesreena happy jer... harap-harap semuanya ok lah! Aku je yang seram sebenarnya. Macam kesian jer kat diorang sebab naik motor. Padahal diorang lagi happy!

Lepas ni bolehlah jimat duit minyak sikit. Setakat nak pergi kedai ke, nak gi masjid ke, tak payahlah enche Neezam bawak kereta kan? Bawa motor jer senang... sampai cepat... parking mana-mana pun buleh...

Aku ni... tak sempat-sempat lagi nak round dengan enche Neezam dengan motor baru. Nak round macam mana? Aku baru duduk atas motor, Niesreena dan Naufal dan meraung nak ikut. Takkan nak naik 4 orang satu motor kot? Boleh ker? Hmmm... nak bawak motor sendiri, aku tak confident. Kang kalau jatuh... compom kena bebel dengan enche Neezam. Hehehe... So, tengok jer lah.... Janji diorang bahagia! ;)

Wednesday, February 20, 2013

Wordless Wednesday | When HE taking over

Sunday, February 17, 2013

Amah setan!

Semalam terkejut tengok Buletin Utama sebab ada meteor terhempas ke bumi. Hari ni terkejut lagi sebab tengok amah IR yang banting-banting bayi 4 bulan tanpa belas kasihan! Dibaling-baling macam buat roti canai!

Sedih dan sakit hati betul aku tengok video tu! Kalau aku jumpa perempuan giler tu nak jer aku tendang-tendang kepala hotak dia!

Ya Allah... apalah perasaan dia masa dia buat bayi tu macam tu kan? Tak der belas kasihan dan hati perut langsung ke? Tak sanggup aku tengok! Memang tak sanggup! Sebab tu aku tak berani nak letakkan video tu kat sini. Malah gambar sekalipun tak sanggup. Tapi kalau korang nak tengok, boleh ke link ni : MyNewsHub

Nasib baik bayi tu tak apa-apa. Dari luaran nampak macam ok lah kan. Tapi doktor kata memang ada kesan dalaman. Tu tak tau lagi emosi dia macam mana kan? Kesian baby tu. Harap-harap bayi tu sembuh dari segi fizikal dan mental.

Insiden macam ni ialah insiden yang paling menakutkan ibu bapa zaman sekarang sebenarnya. Susah nak cari pembantu rumah dan pengasuh yang betul-betul ikhlas, jujur, amanah dan betul-betul sayang kat anak-anak kiter kan. Keluar duit beribu-ribu nak ambil diorang kerja. Tapi... hasilnya mengecewakan.

Diorang ni pun, kalau rasa tak nak kerja, tak payahlah kerja. Menyusahkan orang jer... Agen plak, tolonglah supply amah yang mental dia stabil sikit. Tolonglah!!

Hmmm... setakat ni aku percaya dengan taska Islam yang menjaga Niesreena dan Naufal. Alhamdulillah....

Harap-harap kejadian macam ni tak kan berlaku pada kite pada masa akan datang. Amin...

Saturday, February 16, 2013

Armageddon???

Ya Allah... Terkejut sangat tengok Buletin Utama TV3 semalam. Ada meteor jatuh ke bumi!

Memang terkejut. Macam tak percaya!

Cuba tengok video ni. Ini rangkuman rakaman video amatur yang diorang sempat rakamkan.

Takut tak??? Eeeee... aku serius takut.

Khabarnya lebih 1000 orang yang cedera dan banyak kerosakan harta benda.


The fragments were detected around a frozen lake near Chebarkul, a town in the Chelyabinsk region, where the meteorite is believed to have landed.

Russian scientists say the meteor weighed about 10 tonnes before it entered the Earth's atmosphere, travelling at some 30km (19 miles) per second, before breaking apart 30-50km (20-30 miles) above ground.

However, the US space agency Nasa said the meteor was 17m (55ft) wide and weighed 10,000 tonnes before entering the atmosphere, releasing about 500 kilotons of energy. The atomic bomb dropped on Hiroshima in 1945 was 12-15 kilotons.

Scientists have played down suggestions that there is any link between the event in the Urals and 2012 DA14, an asteroid which raced past the Earth later on Friday at a distance of just 27,700km (17,200 miles) - the closest ever for an object of that size.

Sumber: BBC News

Macam mana NASA boleh tak perasan meteor ni sejak awal lagi??? USA ni kalau buat cerita bukan main hebat. Awal-awal lagi boleh detect meteor nak hentam bumi. Hero boleh divert meteor yang besar tu koner baring hingga tak melanggar bumi. Kan? Kalau korang tengok armageddon lah. Huhuhu..

Kuasa Allah sangat besar. Dan tak de sesapa yang mampu melawanNya kan...

Apapun aku bersyukur sangat sebab meteor tu tak jatuh kat Malaysia... tak jatuh kat laut yang boleh sebabkan tsunami ke kan... Alhamdulillah... kiter semua selamat. Takziah pada yang terkena bencana ni.

Ya Allah... Semoga kita semua sentiada dilindungi daripada malapetaka macam ni. Semoga Malaysia akan terus aman makmur dan sejahtera. Amin...

Friday, February 15, 2013

Usique Usique

Hari Rabu yang lepas boss bagi bonus cuti. Best! Best! So, semalam baru naik kerja semula. Check email, tak sebanyak email kalau naik cuti-cuti lain. Kalau tak selalunya menimbun. Ye lah! Cuti raya cina, tapi semua bangsa dah tak der mood nak kerja. Holiday mood! Biasalah tu... 1 Malaysia! Huhuhuhu...

Alhamdulillah... semua kerja dapat catch up balik dalam 2 hari ni. Walaupun ada lagi yang masih bertangguh. Huhu... bila nak siap ni??? Kerja... mana pernah siap! Kan? Kan?

Kat office tak ramai lagi yang dah masuk bekerja. Tapi boss dah masuk. Dan kitorang dapat ini... lagi...

CNY ang pau & goodies! Thank you... Thank you...

Tunggu aidilfitri nanti, kitorang bawak ketupat dan lomang lah ye. :)

Hmmmm... tadi sempat jugak kacau sorang mamat ni kat fb dia. Dia agak kesedihan sebab jadual waktu semester depan dia tak 'cantek'. Cian... huhu...

Nakal betul bini dia kan??? Begitu jugak dengan sepupu dia... makcik pun ada... Hehehe...

Sorrylah sayang...

Semoga segala usikan boleh menceriakan hati yang duka itew... Duka ke? ;p

Eeee tapi masa aku jadi student dulu pun aku tak suka kelas Jumaat petang tau. Asal masuk hari Jumaat jer, kepala hotak dah pikir nak balik rumah. Mulalah tak fokus dalam kelas. Hari balik semula ke UTM JB kalau hari Isnin kelas start tengahari, haaa... pagi Isnin baru tolak dari KL. Pastu mulalah bergegas ke kelas! Dasat betul! - Pengalaman menimba ilmu di rantau orang...

Oooooo... tapi lepas kenal dengan enche Neezam, barulah tak sebuk nak balik rumah sangat! ;p Oooopppssss!

Kepada semua students yang ada kelas awal pagi hari Isnin dan lewat petang hari Jumaat, sila jangan ponteng kelas yer. Sesungguhnya dalam mencari ilmu ni memerlukan kesabaran, keredhaan dan pengorbanan. :)

Kalau rasa kesian kat diri sendiri sebab kena study sampai petang, cubalah kesian kat lecturer yang bertungkus lumus menyampaikan ilmu tak kira pagi petang siang malam. Sampai tak menentu fikiran mereka... Tak caya.. tengok ni???

Pakai selipar pun boleh tak perasan sebelah lain sebelah lain... Banyak sangat pikir... Huhuhu... Habis cancel plan kitorang nak menyinggah-nyinggah selepas itu... Selipar punya pasal! Huhuhu...

Ok! Back to work! And the bebels to be continued...

Wednesday, February 13, 2013

Wordless Wednesday | Lazy Me

Friday, February 8, 2013

Happy CNY 2013!

To all my Chinese friends and colleagues...

Avery year at this time, we will always get hundreds of

mandarin oranges

Celebrating with colleagues with

Yee Sang!

And the best part is

a red envelope from lau pan!

Happy CNY & happy holiday everyone!!!

\^^/

Thursday, February 7, 2013

Minggu ke-3 @ home sweet home

Minggu ni dah 3 minggu kitorang dok kat rumah baru. Alhamdulillah... seronoklah! Ngeeee... :D

Kitorang pun dah dapat jiran baru. Tak sempat nak kenal-kenal lagi pun. Tapi lega lah sikit. Sekurang-kurangnya dah kira hidup berjiranlah... Kalau tak... kat lane tu, rumah kitorang jer yang berpenghuni. Sadis! Huhu...

Sebenarnya rumah kitorang masih belum betul-betul siap dikemas lagi, walaupun dah lebih 2 minggu masuk rumah. Masih ada lagi benda-benda dalam kotak yang masih tak dikeluarkan dan diletakkan di tempat yang sepatutnya lagi. Tak der masa nak mengemas weekdays. Balik kerja dah penat. Kalau setakat menyapu sampah sikit, mop lantai sikit... sempatlah... So, semua kerja mengemas dan deco-deco segala kenalah tunggu pada hujung minggu.

Hari minggu yang lepas sempatlah gantung jam-jam dinding dan frame-frame gambar. Hmmmm... kosong jer ruang bawah tu kan? Kena letak kabinet panjang rasanya. Pastu letakkan bunga atas kabinet tu... baru naik seri kan? Macam meja makan aku yang comel ni...

Meja makan ni, masa kat rumah sewa dulu, muat-muat jer kat ruang dia. Cukup-cukup jer untuk kami berempat. :) Bila dah masuk rumah baru... alahai... cenonetnyer. Hmmmm... nampak gayanya kena riki-riki meja makan 8 tempat duduk lepas ni. Dan kena tambah ahli keluarga jugak... Adik-adik Niesreena & Naufal to be exact! ;p Amin... Amin...

Berpindah dari rumah kecik ke rumah yang lebih besar ni ruang dalam rumah memang banyak sangat yang lompong. Nampak kosong jer... Barang-barang perabot, tv dan peti ais nampak kecik jer. Dulu masa rumah kecik, rasa macam semuanya besar! Besarnya tv! Besarnya peti ais! Besarnya mesin basuh! Gabaknya set sofa! Rasa dah sempit sangat. Dah tak boleh nak beli barang dah. Bila masuk rumah luas sikit, rasa macam... alamak siannya rumah tak der barang... ;p

Hujung minggu yang lepas jugak enche Neezam sempat ganti lampu bilik air. Haaaiiissshhh lampu ni... masuk rumah baru seminggu, banyak lampu yang terbakar. Tensi betul! Nasib baiklah ada enche Neezam yang tetiba pandai pulak tukar lampu. Jimat sikit duit dari nak panggil wire man.

Berpeluh-peluh laki aku... Cian...

Oh ya... lampu-lampu yang terbakar tu semuanya yang rupa macam ni...

Yang saiz pendek semua terbakar. Yang saiz panjang, alhamdulillah masih berfungsi lagi setakat ni. So, kengkawan, jangan beli lampu ini yer...

Hujung minggu ni masih banyak lagi task mengemas rumah menanti aku dan enche Neezam. Nasib baik hujung minggu ni cuti panjang. So, harap-harap dalam cuti CNY ni, dapatlah settlekan perihal rumah. Dan lepas tu barulah boleh pikir hal-hal nak pergi bercuti!!!

Semangat!!! Semangat!!!

Wednesday, February 6, 2013

Today is...

Semoga dipanjangkan usia dan sihat-sihat selalu.

Semoga dimurahkan rezeki dan kebahagian.

Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat kelak.

Dijauhkan dari segala kesusahan dan kesedihan.

Amin...

Niesreena & Naufal love you so much, ayah!

And I love you always! Forever & ever!

Logo Design by FlamingText.com

We love you so much!

Cayang cangat! Cangat!

Tuesday, February 5, 2013

اختبارات من الله

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top