♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, January 19, 2013

Sorting! Packing! Throwing! First trip!

10 pm : Semua dah pengsan... dah berdengkur... Penat sangat...

Aku... Layan Mission Imposible : The Ghost Protocol dulu yer... Sambil-sambil update blog... :)

* * * * *

Hari ni, kitorang mengambil langkah pertama bagi fasa perpindahan kitorang. Mengemas!

First thing... sort mana barang yang nak dan mana barang yang tak nak... Aku mulakan dengan barang-barang Niesreena dan Naufal dulu.

Buku-buku latihan Niesreena mana yang semua dah habis atau penuh Niesreena buat, buku-buku yang dah kena conteng, buku-buku yang dah tak cukup sifat... semua aku buang. Tak der pikir nak simpan-simpan untuk Naufal. Len kali beli yang baru jer... Niesreena redha jer aku nak buang buku-buku dia. Aku tahu dia sayang. Tapi kalau yang dia sayang sangat, ada nilai sentimental. Aku bagi jugaklah dia simpan...

Kebetulan lori 'paper lama' pun lalu depan rumah. Aku sedekahkan jer semua buku-buku yang dah tak nak tu pada diorang. Nak kira sangat pun dapat berapa sen jer lah pun kan. Nak suruh kire pun malu ;p

Next... toys! Niesreena memang tak berapa nak heran sangat. Niesreena memang kurang minat sikit pada toys. Niesreena lebih pada buku. Naufal yang terlebih-lebih sangat mainan dia.

Semua mainan yang dah tak cukup sifat, semuanya aku ke tong sampahkan. Tapi... semua yang aku buang dalam plastik sampah, semuaaaaa Naufal dok kutip balik. Adoiaaaiiii... mana mana siap kerja ni???

Naufal... Naufal...

So, hari ni first trip bawak barang-barang ke rumah baru. Bawak barang-barang yang fragile jer dulu. Barang-barang yang memang dah siap dalam kotak sebab tak pernah guna lagi. Bawa kipas-kipas dan lampu-lampu yang nak dipasang. Penuh kereta aku dan kereta enche Neezam. Dua kereta sekali jalan!

Sebenarnya rumah tu tak bercuci lagi pun sebab ada 'kerja' kotor-kotor lagi yang tengah diorang buat dalam rumah. Malaslah nak cuci banyak-banyak kali nanti kan... Tunggu siap 'kerja' nanti baru cuci rumah betul-betul. Aku cuma cuci ruang bilik stor jer dan simpan semua barang-barang yang dah diangkut kat sana.

Hmmmm... Niesreena dan Naufal pun sebuk nak menolong jugak. Sebuk nak tolong angkut barang. Seram jer aku dibuatnya. Takut jer ada barang pecah. So, kasi ajer lah diorang angkat barang-barang yang tak mudah pecah. Diorang nak rasa seronok angkat barang dan pindah rumah jugak. Walau berat mana pun barang, tetap diorang gagahkan nak angkat jugak... :)

Pukul 6 kitorang dah balik ke rumah sewa semula sebab ada penyewa baru nak tengok rumah sewa kitorang sekarang ni. Alhamdulillah dah ada penyewa yang akan masuk bulan akan datang ni. Insya Allah... mesti lega tuan rumah... Thanks to enche Neezam yang tolong advertise rumah sewa ni kat mudah.com.

Malam tadi lepas diorang balik, kitorang keluar lagi. Cari paip untuk sinki dapur pulak. Pening jugak nak cari paip. Ada macam-macam patern sekarang ni. Tapi aku berkenan sangat pada paip yang mudah lentur tu. Grab cepat!

Ya Allah... duit keluar macam air! Kan best kalau tetiba duit datang bergolek ke kakiku ini... hahahahhaa... mimpi jer lah Julie oiiiii... ;p

Esok... will be a very busy day as well...

Nite... Nite... sleep tight!

Ngguuuuaaaahhhhhhh... Zzzzzzzzzzzzzzzzzz....

posted from Bloggeroid

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top